Monday, June 29, 2009

JEJAK INFLUENZA A(H1N1) - 29 JUN 2009

  • Sehingga pukul 5.00 petang 29 Jun 2009, sejumlah 116 buah negara dan jajahan telah disahkan dilanda wabak selsema babi dengan jumlah kes terkumpul sebanyak 70,983 kes yang melibatkan 311 kematian.
  • Berikut ialah 10 negara dengan bilangan kes tertinggi:
  • Negara-negara yang telah melaporkan kes kematian akibat jangkitan selsema babi adalah seperti berikut:
  • Argentina kemungkinan besar akan mengumumkan keadaan darurat berikutan kes kematian yang semakin meningkat. "Keadaan darurat bukan bererti kami akan menutup (memberhentikan kegiatan) segalanya. Ia lebih merujuk kepada penyediaan kemudahan untuk membeli ubat-ubatan serta persedian kakitangan perubatan untuk dihantar bertugas ke kawasan-kawasan yang memerlukan", demikian kenyataan Menteri Kesihatan Argentina, Claudio Zin.
  • Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula memberitahu bahawa keadaan di Malaysia masih terkawal dan belum perlu pelaksanaan plan kontinjensi (plan yang dirangka untuk menghadapi sesuatu kemungkinan).

4 comments:

Anonymous said...

Blog yang bermaklumat dan prihatin, teruskan usaha anda - AR

A.Anita said...

Lega mengetahui kerajaan ada plan kontinjensi.

Kunakpress.blogspot.com said...

Salam ziarah kepada rakan blogger di Kunak. Blog anda bermaklumat dan sesuai dikongsi dengan masyarakat terutama pengunjung internet.
Mungkin juga, Pelabuhan Kunak perlu dilakukan pemantauan oleh agensi yang berkenaan kerana ia merupakan antara transit kedatangan pelawat terutama kelasi-kelasi kapal dan mereka yang terlibat dalam industri perkapalan antarabngsa.
Cegah bersama penularan wabak Influenza, tanggungjawab komuniti kita.

kunakpress.blogspot said...

Pemantauan di semua pintu masuk negara perlu bagi mengelak penularan wabak tersebut.