Thursday, January 28, 2010

SAKIT BELAKANG - PERGERAKAN LEMBUT DAN BERSEPADU BOLEH MEMBANTU PESAKIT

Ramai orang yang sakit belakang tidak tahu apa yang menyebabkan mereka mengalami masalah itu dan mereka tidak mendapat rawatan yang berkesan. Namun, mengikut satu kajian yang dilakukan di Sahlgrenska Academy, University of Gothenburg, Sweden, belajar atau berlatih untuk melakukan gerakan secara bersepadu mungkin boleh membantu.
"Orang yang sudah lama mengalami sakit belakang, biasanya melindungi diri, secara tidak sedar, dengan menghadkan pergerakan mereka," kata Christina Schön-Ohlsson, seorang jurufisioterapi. "Corak gerakan kurang efisien sedemikian lama kelamaan akan menjadi suatu tabiat yang terus dilakukan meskipun kecederaan atau kesakitan sebenar sudah tiada."

Penyelesaian bagi masalah itu ialah pembelajaran deriaan motor, dimana pesakit dibimbing untuk mengenalpasti bagaimana mereka bergerak dan bagaimana cara untuk bebas dari membelenggu diri sendiri dengan had-had tertentu. Proses ini membolehkan pesakit membangunkan kesedaran tentang kemampuan jasadnya serta mengembalikan keyakinan terhadap deria tubuh badannya. 
Satu daripada kajian itu melibatkan 40 pesakit yang dibahagi secara rawak kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diberikan terapi senaman manakala kumpulan yang satu lagi didedahkan kepada pembelajaran deriaan motor.
"Pesakit dalam kumpulan pembelajaran deriaan motor memberitahu bahawa mereka berhasil memperoleh keyakinan diri dan mereka kini rasa mampu untuk mengendali masalah sakit belakang mereka tanpa perlu bantuan rawatan perubatan lanjut," kata Schön-Ohlsson.

Hal itu bertentangan bagi pesakit-pesakit dalam kumpulan senaman. Mereka tidak yakin pada diri sendiri dan amat bergantung kepada nasihat-nasihat dari para pakar sakit belakang.
Secara keseluruhan tujuan tesis tersebut adalah untuk menilai kesan pembelajaran deria motor ke atas pesakit yang telah lama mengalami sakit belakang dan belum pernah mendapat rawatan berkesan. Perubahan positif  dari segi fizikal dan psikologi yang dialami secara subjektif oleh pesakit adalah bersesuaian dengan penilaian objektif dari segi peningkatan kemampuan ruang pergerakan.
Schön-Ohlsson menyimpulkan bahawa pembelajaran deria motor membantu pesakit lebih mengenali kehendak dan kemampuan tubuh badan, yang membolehkan mereka mengatasi masalah sakit belakang yang mereka alami tanpa bergantung kepada orang lain.

Wednesday, January 27, 2010

MEMBUKA LALUAN KE ARAH INOVASI

Malaysia Inovatif 2010 baru sahaja selesai dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya beberapa jam tadi. 

Penganjuran Malaysia Inovatif 2010 adalah seiring dengan hasrat untuk melakukan perubahan melalui inovasi secara menyeluruh untuk membawa negara ke tahap ekonomi yang lebih maju.


Dengan tema 'Meraikan Kreativiti' ia bertujuan bertujuan menyedarkan masyarakat Malaysia terutama generasi muda dan akar umbi mengenai pentingnya inovasi dan kreativiti, dan seterusnya dapat membudayakannya sebagai amalan seharian. 


Ini bertepatan dengan konsep 1Malaysia di mana setiap anak Malaysia adalah modal insan berpotensi yang penting kepada negara. Oleh itu, budaya kreativiti dan inovasi perlu diterapkan supaya mereka dapat mengoptimakan potensi masing-masing ke arah menyumbang dalam pembangunan negara.


Pelbagai definisi telah diberikan untuk menerangkan apa itu innovasi. Dari beberapa bahan rujukan yang dapat saya capai dan gabungkan maka saya kira inovasi bolehlah ditakrifkan seperti berikut:
Inovasi ialah suatu proses dimana sesuatu buah fikiran atau ciptaan diterjemahkan kepada suatu bentuk faedah yang boleh dimanfaatkan oleh umat manusia. 

Untuk sesuatu buah fikiran dianggap sebagai innovasi, ia mestilah boleh digunapakai berulangkali dengan penjimatan kos dan memenuhi sesuatu keperluan.

Innovasi melibatkan penggunaan maklumat, imajinasi, dan inisiatif untuk mendapatkan nilai baru atau nilai yang lebih tinggi dari sesuatu punca, serta merangkumi semua proses dimana cetusan-cetusan buah fikiran diolah atau diterjemahkan menjadi produk yang berguna. 

Langkah pertama untuk membuka laluan ke arah innovasi ialah dengan mempersoal sesuatu yang sudah sekian lama dianggap sebagai yang terbaik dari segi kaedah, peraturan, dan sebagainya. Jika tanggapan itu menjadi taboo untuk dipersoalkan, maka ia akan menghambat innovasi. 

Jika sesuatu kaedah misalnya, dibuka untuk dipersoal dan dibincangkan, maka akan timbul pelbagai buah fikiran yang menyumbang dalam usaha meningkatkan nilainya atau mendapatkan kaedah lain yang lebih baik.

Tuesday, January 26, 2010

ASTEROID BERHAMPIRAN-BUMI DIKESAN


Sebuah asteroid yang belum pernah dilihat sebelumnya telah dikesan oleh satelit WISE milik NASA. Objek berhampiran Bumi itu yang diberi tanda pengenalan sebagai 2010 AB78, ditemui oleh WISE pada 12 Januari.

WISE atau nama lengkapnya, Wide-field Infrared Survey Explorer ialah sebuah satelit dilengkapi dengan teleskop yang sensitif kepada gelombang cahaya inframerah. Ia merupakan projek yang dibiayai oleh NASA untuk mengumpul maklumat tentang sistem suria kita, Bima Sakti dan alam semesta. Antara objek-objek yang akan dikaji oleh WISE ialah asteroid, bintang-bintang paling sejuk dan paling malap, serta galaksi-galaksi paling bersinar.


Objek yang sekurang-kurangnya berada pada tahap suhu bilik akan mengeluarkan sinar inframerah. Oleh itu, teleskeop dan alat-alat pengesan WISE perlu sentiasa disejukkan. Ia dilakukan menggunakan cryostat – seakan-akan peti ais tetapi ia berisi hidrogen beku, bukan air batu.

WISE telah dilancarkan dari Pengkalan Tentera Udara Vandenberg, California pada 14 Disember 2009 menggunakan roket Delta II yang meletakkan WISE pada orbit kutub sejauh 543 km dari Bumi.

Ketika WISE sedang mengelilingi Bumi sambil mengimbas angkasaraya di atasnya, ia telah ‘melihat’ asteroid itu beberapa kali selama satu hari setengah sebelum objek itu beredar jauh dan menghilang dari pandangannya.


Asteroid 2010 AB78 dianggarkan kini berada 158 juta km dari bumi. Ia mempunyai diameter lebihkurang 1 km dan sedang mengelilingi matahari dalam orbit lonjong yang condong ke satah sistem suria. Objek itu menghampiri matahari sebagaimana hampirnya bumi ke matahari, namun kerana orbitnya yang condong, ia tidak akan melintas rapat ke bumi dalam tempoh berkurun lamanya.

Buat masa kini tiada ancaman dijangkakan ke atas bumi oleh asteroid tersebut. Walau bagaimanapun, ahli-ahli sains akan terus memantaunya.

Objek-objek berhampiran-bumi, ialah asteroid dan komet yang orbitnya melintas berdekatan orbit bumi mengelilingi matahari. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, objek-objek sedemikian boleh mendatangkan bencana kepada Bumi. Sebuah asteroid dengan garispusat 10 km dipercayai telah menjunam ke bumi 65 juta tahun dahulu, lalu mencetuskan bencana global yang menyebabkan kepupusan dinosaur.

WISE dijangka dapat menemui 100,000 asteroid yang belum dikenali sebelumnya dalam bengkung asteroid utama kita, iaitu suatu lingkaran serpihan batu yang terletak antara orbit Mars dan Jupiter. Ia juga akan turut mengesan ratusan objek-objek berhampiran-bumi yang belum pernah dikesan sebelum ini.

Dengan kemampuannya mencerap cahaya inframerah, WISE berupaya mendedahkan objek-objek berhampiran-Bumi yang paling gelap, iaitu objek-objek yang tidak memantulkan cahaya tampak. Hasil tugasan WISE akan menyumbang maklumat-maklumat penting tentang saiz asteroid dan komet. Anggaran saiz asteroid menggunakan cahaya tampak boleh mengelirukan kerana objek angkasalepas yang besar tetapi mempunyai hanya bahagian kecil yang boleh memantul cahaya, akan kelihatan kecil sahaja. Sebaliknya dengan menggunakan pengesan inframerah, anggran saiz sebenar objek itu dapat dilakukan dengan lebih tepat kerana sebahagian besar bahagian objek akan memancarkan gelombang inframerah. Maklumat tentang saiz objek itu membolekan para penyelidik memberikan jangkaan lebih tepat akan kemungkinan Bumi dihentam objek-objek angkasalepas yang boleh membawa bencanan.

Monday, January 25, 2010

“I WAS TRICKED AND EXPLOITED” - RAIMAH

A widow was tricked to pose for an internet post that portrayed as if the Malaysian government is insensitive to the plight of the poor in Kunak.
“I thought they were sincere. They told me that they come to help, when in fact, they had tricked me and exploited my condition for their own political interest.”
Raimah Among, a widow, from Kampong Getah Kunak said this on Wednesday, January 20, to staff of the local People Development Leadership Unit (UPKR), or more commonly referred to by the people of Kunak, as The Unit.
She was referring to a post at Sabahkini.net, on January 19, 2010, where she was reported to be in despair waiting so long for her application for a PPRT house (a project where houses are built for the poor, fully funded by the Malaysian government). A photo of her with the logo of UMNO at the background, in a house with leaking roof, was attached to the post to sensasionalize her story.
Halid Harun, who headed The Unit, stumbled on the post while browsing the net, with some of his staff, for news update. He was apparently shocked as as far as he could recall, Raimah has been receiving numerous aid and support from the government.
The RM 300 monthly benefits from the Welfare Department mentioned in the post is one of them. Raimah also receives RM 600 every three months from the Sabah Department of Islamic Affairs (JHEAINS), making the monthly average cash that she receives to RM 500.

To support Raimah’s venture into sundry shop business, the government through Kunak District Office provided her with sundry goods amounting to the value of RM 10,000 in March 2009.
After being made aware of the post, the chairman of Kampung Getah Village Development and Safety Committee, Dahlan Hj Hananu accompanied Raimah to the Unit’s office to clear the situation of the actual account in the said post.
According to Raimah, several people visited her at her house in Kampong Getah that day, professing symphaty on her condition and that they had come to help her.
“I didn’t realize then, that they were agents of propaganda from the opposition party,” said Raimah. “I was so naïve; it didn’t occur to me that they would manipulate my destitute condition for their political advantage.”
“They brought this gentleman along,” Raimah continued, pointing at the reporter who posted the article to sabah.net, who was also present. “They said, they come to help, and asked me to pose infront the logo of UMNO on a used billboard plywood, that I have been keeping in my house.”
According to the reporter, he was merely reporting what he saw and heard. He was not aware of the assistance given by the government to Raimah, other than the one mentioned in the post.
Consequently, the reporter mentioned them in a follow-up post to the same website on January 21, 2010.
Raimah laments that post that has wrongly given impressions of her being ungrateful.
“I have been receiving so much help from the government and I’m very grateful,” Rahimah said, now and then.
Containing the tears that had begun to cloud her eyes, Raimah cleared her throat and continued, “I can’t imagine how I would carry on without those assistances.”
“Don’t worry. I don’t think the BN (Barisan Nasional) government will withdraw those assistances,” said Halid assuring her.

Sunday, January 24, 2010

HAITI: TERSELAMAT SELEPAS 11 HARI TERPERANGKAP


Pantang mati sebelum ajal. Begitulah keadaan yang telah dialami oleh Wismond Exantus, seorang lelaki Haiti yang terselamat selepas terperangkap selama 11 hari di bawah runtuhan bangunan sebuah kedai di Port-au-Prince.
Adiknya, Jean Elit Jean Perry telah terdengar bunyi yang datang lebihkurang 20 kaki dari bawah runtuhan kedai itu dan memberitahu pasukan penyelamat dari Greece.
Ketika gempabumi berlaku pada 12 Januari lepas, Wismond, 24 tahun, telah meluru untuk berlindung di bawah sebuah meja tulis dalam kedai itu. Runtuhan bangunan telah jatuh ke atas meja itu dan disekelilingnya dan beliau terperangkap dalam ruang yang sempit di bawahnya.
Dalam kegelapan, Wismond meraba sekelilingnya dan mendapati beberapa tin minuman serta biskut bertaburan, telah berkongsi ruang sempit itu dengannya. Itulah yang telah menyelamatkannya dari mati kelaparan dalam timbunan itu.
“Ketika itu, saya sangat lapar”, kata Wismond dari katilnya di hospital. “Saya tidak tahu samada hari telah siang ataupun malam.
Saya selalu memikirkan tentang pengalaman yang saya boleh ceritakan andai saya selamat keluar.
“Saya makan dan minum apa sahaja yang dapat saya capai dalam kegelapan itu.”

Wismond kemudian menoleh ke arah keluarganya yang berada disisinya di hospital itu dan berkata, “Jika kamu berada dalam ruang sempit, saya juga pasti akan berusaha untuk mencapai kamu.”
Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengumumkan yang kerajaan Haiti telah menghentikan operasi menyelamat. 
Meskipun demikian, puluhan pasukan antarabangsa meneruskan usaha mencari kalau-kalau masih ada yang terselamat seperti Wismond di celah-celah runtuhan bangunan.

Saturday, January 23, 2010

THE BEAUTY OF SPARTACUS PASSED AWAY



British actress Jean Simmons who played the character of the lovely Varinia in Spartacus, died on January 22 at her home in Santa Monica, California, after suffering from lung cancer, the Los Angeles Times said.

Adapted from the novel by Howard Fast, Spartacus concerns itself with the two extremes of Roman society: the slaves and the senators. Kirk Douglas plays Spartacus, a Thraecian slave by birth who gets recruited by a Roman gladiatorial school. There he learns to fight to the death for the amusement of pagan aristocrats. The training scenes at the school are choreographed like militaristic dances; one can see the beginnings of Kubrick’s man-as-machine obsession. Douglas, square jawed and block shouldered, hardly speaks. His Spartacus is both a savage and an automaton, able to perform with physical perfection but harboring deep, unspoken rage.
Part of that rage runs over when he falls in love with the demure slave girl Varinia (Jean Simmons). Their first scenes together are beautiful, near wordless encounters. She is presented to him as a courtesan, and he, clearly a novice at romance, does not know what to do with her. They take to giving each other long, aching glances across courtyards and through iron bars. Later, when she’s callously given to another gladiator for the evening, Spartacus must endure the sounds of love making, and he paces his cell like a caged beast. His almost constant state of repression, emotional or otherwise, constitutes what screenwriter Dalton Trumbo calls in the audio commentary the "small Spartacus." It is the Spartacus we can empathize with and pity – a dark, brooding ex-slave plagued by self-doubt and a low self-esteem. It is the Spartacus who, in spite of his humble nature, leads a spontaneous revolt against the school. Letting out all of his repressed anger, Spartacus attacks the school guards with amazing savagery and leads his fellow gladiators on a rampage through the countryside.
Apart from Kirk Douglas, Simmons also starred in films with other legendary actors such as Laurence Olivier and Marlon Brando. She earned two Oscar nominations during a career spanning seven decades.








Name
Jean Simmons
Height
5' 6"  (168 cm)
Eye Color
Hazel
Hair Color
Brown - Dark
Date of Birth
January 31, 1929
Birthplace
Crouch Hill, London
Star Sign
Aquarius
Died
January 22, 2010 (Aged 81)
Cause of Death
lung cancer
Nationality
England
Occupation
Actress




THE SULTAN OF JOHOR PASSED AWAY


The Sultan of Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, died Friday, January 22, 2010 after ruling the state for almost three decades.

The Sultan breathed his last at 7.15pm at the Puteri Specialist Hospital after he was admitted to the hospital earlier following an illness.


The death of the sultan was announced by Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, here Friday night.


The ruler left behind his wife, the Sultanah of Johor Sultanah Zanariah and 10 children.


Sultan Iskandar was born in Istana Semayam, Johor Baharu on April 8, 1932, and was made the Sultan of Johor on May 11, 1981.
He was installed as the 8th Yang di-Pertuan Agong on Nov 15, 1984.

Wednesday, January 20, 2010

SUMATERA HADAPI ANCAMAN GEMPABUMI LEBIH BESAR



Gempabumi yang meranapkan Kota Padang di Sumatera Barat September tahun lepas dan telah mengorbankan lebih dari 1000 jiwa bukanlah ‘gempabumi besar’ yang diduga oleh ahli-ahli sains kajibumi. Kejadian itu meningkatkan kemungkinan berlakunya gempabumi yang lebih besar.
Demikian rumusan utama suatu kertaskerja yang diterbitkan pada 18 Januari dalam jernal Nature Geoscience. Berikutan penerbitannya, Professor John McCloskey dari University of Ulster, menyeru pihak-pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, NGO, untuk segera membuat persediaan bagi melakukan tindakan kecemasan bagi menyelamatkan jiwa dari terkorban bila gempabumi berlaku dan bukannya menunggu sehingga saat ia melanda.
Beliau, seorang yang tersohor dan disegani di peringkat antarabangsa dalam kajian tentang gempabumi Sumatera, menegaskan, “Kita tidak sepatutnya terus-menerus menyangkal sesuatu yang sesungguhnya bakal terjadi; gempabumi sememangnya berlaku, ia mengorbankan jiwa, ia akan terus mengorbankan lebih ramai umat manusia jika kita tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya. Kita mesti bermula dari sekarang.”
Professor McCloskey dan rakan-rakan telah menganalisa gempabumi bermagnitud 9.3 yang mencetuskan tsunami 2004 dan memberi amaran akan kemungkinan besar berlakunya satu lagi gempabumi besar di kawasan Lautan Hindi berhampiran Sumatera, 10 hari sebelum bencana itu benar-benar terjadi.
Beliau yang mengetuai Kumpulan Geophysics Research di Institut Kajian Sains Persekitaran di Ulster berkata, “Selepas seminggu dihantui dengan peristiwa memilukan di Haiti, menyedari bahawa gempabumi lebih besar sedang berada di ambang, benar-benar menggusarkan hati.
“Sudah beberapa tahun ahli-ahli sains mengingatkan tentang berlakunya tegangan yang semakin meningkat di satu daripada persempadanan plat bumi terbesar di sebelah barat Sumatera. Pergeseran antara plat Lautan Hindi dengan plat Asia lebih dari 200 tahun menyebabkan pengumpulan tenaga yang amat besar.
“Seperti menarik busur raksaksa dengan perlahan, kedua-dua plat kerak bumi itu melengkung-membengkok, mengumpul tenaga ratusan tahun lamanya. Kemudian, dalam beberapa saat sahaja tenaga terkumpul itu dilepaskan lalu menjana gempabumi yang dahsyat, dan kadangkala menyasarkan dasar laut, mencipta tsunami.
“Di perairan sebelah barat Sumatera, 'busur' itu sedang ditarik kencang. Goncangan terbesar ialah 200 tahun dahulu dan tegangan ketika ini mungkin lebih besar berbanding waktu itu; gempabumi besar akan berlaku tidak lama lagi.
“Sains gempabumi masih jauh dari kesempurnaan dan ramalan mengenainya masih terlalu samar.
“Sains dan ahli-ahli sains tidak mempunyai jawapan pasti untuk semua. Kita tidak pasti bila dan di mana gempabumi besar seterusnya akan terjadi. Ahli-ahli sains tidak sependapat dalam banyak perincian tentang gempabumi, bagaimana ia bermula dan bagaimana ia berhenti, tetapi banyak perkara yang dipersetujui oleh semua.
“Bagi Sumatera Barat, semua tanda-tanda menunjukkan perkara yang sama -- satu lagi gempabumi besar akan melanda kawasan itu dan akan berlaku bila-bila masa sahaja.
“Ahli-ahli sains tidak dapat mengagak sebesar mana gempabumi itu, namun dalam hal ini semua sependapat ianya amat besar, mungkin melebihi magnitude 8.5, jauh lebih besar dari yang melanda Haiti. Kami juga tidak dapat menentukan sebesar mana tsunami yang terjadi tetapi ia berupaya untuk menimbulkan malapetaka – malah mungkin lebih buruk dari peristiwa tahun 2004.

“Kendatipun demikian, masa depan tidak seharusnya seburuk Haiti. Kita sedar gempabumi itu sedang menjelang tiba dan kita mungkin masih ada beberapa tahun, malah mungkin beberapa dekad untuk mempersiapkan diri.
 “Dengan paparan derita dan korban bencana dari sehari ke sehari berikutan gempabumi Haiti, dan kelembapan tindakbalas antarabangsa, tanggungjawab pemerintah Indonesia, masyarakat dan NGO antarabangsa adalah amat besar.



“Kita mesti segera bekerja bersedia menerima kedatangan gempabumi itu jika kita tidak lagi mahu melihat peristiwa pilu dimana kanak-kanak menghembuskan nafas terakhir hanya kerana tidak dapat diberikan sedikit jahitan pada lukanya atau sekadar balutan pada betisnya yang patah.
“Tragedi September di Padang dan tragedi Januari di Haiti sewajarnya member keinsafan akan peri mustahaknya persediaan. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan impak gempabumi. Banyak daripadanya adalah kaedah mudah yang telah dicuba dan diuji.
“Ketika berlaku gempabumi sebuah meja mungkin boleh menyelamatkan jiwa. Kaki meja cukup kuat menahan tekanan, jadi apabila bumbung runtuh, terdapat ruang udara kecil di bawah meja. Seseorang yang berada di situ masih ada peluang untuk diselamatkan.
“Cukup jelas yang kita belum lagi mengatur diri secukupnya di peringkat antarabangsa.
“Sungguh mendukacitakan menyaksikan kanak-kanak terlantar di lantai hospital tanpa ubat penahan sakit, langsung tiada bantuan perubatan. Berapa ramai jiwa yang dapat diselamatkan andai masyarakat antarabangsa membuat persiapan sewajarnya untuk bencana sedemikian?
“Ahli-ahli sains tidak dapat memastikan bila dan di mana, tetapi akan berlakunya lagi gempabumi seperti itu adalah suatu kepastian.
“Sesuatu yang malang bagi dunia ini, bahawa sedikit sekali kemajuan yang kita capai dalam hal membuat persediaan. 'Masyarakat antarabangsa' membuat persediaan perang yang sungguh rapi, tetapi amat sedikit usaha membuat persediaan bagi membantu golongan miskin, iaitu golongan yang paling banyak menderita ketika bencana berlaku.
“ Jika kita menganggap diri bertamaddun, kita perlulah memastikan keadaan seperti itu tidak akan berulang lagi. Jadikanlah motto kita : ‘Lain kali, kami akan melakukannya dengan lebih baik’.
“Lain kali itu mungkin lebih hampir dari yang kita sangkakan.”





Tuesday, January 19, 2010

HAITI : ANDAI GEMPA DAPAT DIJANGKA

Gempabumi 12 Januari lepas, yang membawa malapetaka ke Haiti sememangnya diluar kemampuan manusia pada masa kini untuk mengagak atau menjangkakannya. Demikian menurut mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Namun begitu ahli-ahli seismologi kini sedang mencapai kemajuan untuk membolehkan mereka mengenalpasti kawasan-kawasan berisiko tinggi untuk dilanda gempabumi besar dalam beberapa dekad mendatang.





"Buat masa kini, tiada kaedah mahupun teori saintifik untuk menjangka akan berlakunya gempabumi," kata David Oglesby, seorang professor madya sains bumi di University of California, Riverside, AS.
Ahli-ahli kajibumi semangnya telah sekian lama menyedari bahawa suatu gempabumi besar akan menggoncang garis satah bumi di bawah kawasan Port-au-Prince, ibu negeri Haiti.  Masalahnya ialah sangat sukar untuk dijangka bila ia akan berlaku.

Pada tahun 2008 ahli-ahli geologi AS telah membentangkan suatu kertaskerja yang merumuskan bahawa Port-au-Prince, yang sudah lama tidak dilanda gempabumi semenjak peristiwa tahun 1751, kelak akan menghadapi gempa berukuran 7.2 magnitud. Namun begitu, mereka tidak dapat memberikan penjelasan samada ia akan berlaku keesokan harinya atau 30 tahun akan datang.
Menurut Sipkin, seorang ahli geofizik Geological Survey AS,"Kita masih kekurangan kemampuan untuk benar-benar menjangka bila akan belakunya sesuatu gempabumi, maksudnya menentukan tarikh, saiz kejadian dan lokasinya."
"Kita hanya mengalami kemajuan dalam meramal gempabumi, dimana ahli-ahli sains dapat mengenalpasti kawasan-kawasan yang berkemungkinan besar akan dilanda gempabumi berskala tinggi dalam tempoh beberapa dekad akan datang," jelas beliau.
Ramalan sedemikian dilakukan dengan mengukur kekuatan tegangan yang terjadi pada kawasan sesuatu pertembungan plat-plat bumi, kemudian diperkirakan berapa banyak tenaga yang akhirnya akan dibebaskan dari tegangan tersebut.
Walau bagaimanapun, kejadian gempabumi boleh berlaku dimana-mana bahagian disepanjang pertembungan plat bumi berkenaan, dan tindakan memindahkan penduduk dari satu tempat ke tempat lain menghadapi risiko mengeluarkan mereka dari mulut harimau ke mulut buaya.
Kertaskerja yang dibentangkan dalam persidangan Caribbean Geological Conference ke-18 di Santo Domingo pada tahun 2008 itu antara lain merumuskan bahawa dengan gempabumi berukuran 7.2 magnitud Port-au-Prince, dengan kanun binaan yang lemah dan cara pembinaan yang bermutu rendah, menghadapi malapetaka. 




Malapetaka Haiti 12 Januari lepas merupakan gempabumi berukuran 7.0 magnitud. Pusat gempa berlaku berhampiran Léogâne, lebihkurang 25 km ke barat Port-au-Prince, pada kedalaman 13 km. Ia berlaku kira-kira pukul 4:53 petang waktu tempatan, dan diikuti oleh sekurang-kurangnya 33 gegaran, 14 daripadanya pada magnitud antara 5.0 hingga 5.9.
Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa menganggarkan 3 juta penduduk Haiti terjejas oleh musibah tersebut, dan pada 15 Januari, Menteri Dalam Negeri Haiti, Paul Antoine Bien-Aimé, menjangkakan antara 100,000 hingga 200,000 telah terkorban. Pada 18 Januari, Perdana Menteri Haiti, Jean-Max Bellerive, mengumumkan 70,000 mayat korban telah dikebumikan beramai-ramai. Sementara itu, kekurangan tenaga dan ruang menyebabkan masih banyak mayat bergelimpangan yang belum sempat dikebumikan.
Gempabumi itu telah menyebabkan kerosakan besar ke atas Port-au-Prince dan kawasan sekitarnya. Mercutanda negara itu kebanyakannya musnah atau rosak termasuklah Istana Presiden (President René Préval terselamat), Bangunan Dewan Kebangsaan, Gereja Besar Port-au-Prince dan penjara utama. Tragedi bertambah buruk akibat kemusnahan kebanyakan hospital di kawasan terbabit.




Friday, January 15, 2010

LINGKARAN API - 15 JANUARI 2010


Gerhana matahari yang berlaku hari ini, Jumaat 15 Januari 2010, yang menyebabkan matahari kelihatan seperti lingkaran api yang mengelilingi cakera hitam telah direkodkan sebagai gerhana 'cincin' paling lama dalam tempoh 1000 tahun. 
Fenomena ini berlaku selama 11 minit 8 saat, telah mencatatkan rekod yang tidak akan diatasi dalam millennium akan datang. Lingkaran api ini telah disaksikan oleh penduduk bahagian Afrika Tengah, Kepulauan Maldives, selatan India, utara Sri Lanka dan sebahagian negeri Myanmar dan China.
Media-media tempatan telah mengingatkan akan bahaya memandang tanpa perlindungan mata ke arah matahari, namun ketika samar-samar kegelapan mula menyelubungi mereka, ramai penduduk yang begitu ghairah berpusu-pusu ke jalanraya untuk menyaksikan sendiri fenomena ini dan mendongak ke langit tanpa perlindungan yang sewajarnya.
Anda tidak memerlukan perlindungan mata untuk menyaksikan fenomena tersebut melalui klip video berikut yang telah kami upload ke youtube.

Thursday, January 14, 2010

LALUAN GERHANA MATAHARI ESOK, 15 JANUARI 2010



Gerhana matahari yang dijangka berlaku esok akan bermula di Uganda dan berakir di Negeri China.
Tatkala matahari mula terbit di Kampala pada pukul 6:55 pagi Jumat esok waktu tempatan, gerhana matahari akan mula mengambil tempat. Dijangkakan sekitar pukul 7:06, bulan mula menutupi bahagian atas matahari. Pada 8:25, bulan akan berada tepat antara matahari dengan bumi, dan kesan 'cincin' akan kelihatan.
Masa inilah yang sebaik-baiknya jika anda ingin mencuba untuk melihat Planet Venus. Venus akan berada pada kedudukan kurang satu darjah dari matahari yang sedang gerhana, dan ia kelihatan amat terang pada ketika itu. Pada sekitar 10:04, gerhana akan berakhir di Kampala.
Di laluan akhir gerhana yang berlaku di Chongqing, Negeri China, gerhana bermula pada 2:22 petang waktu setempat dengan bulan mula menutupi dari sebelah kanan bahagian bawah matahari, dan mencapai maksima sekitar 3:51 petang. Planet Venus akan dapat dilihat di bahagian kiri gerhana. Pada 5:07 petang gerhana akan berakhir sebelum matahri berlabuh di ufuk barat 10 minit kemudian.


Tuesday, January 5, 2010

BULAN 'AVATAR' MUNGKIN WUJUD



Menurut  seorang ahli falaq terkemuka, bulan yang boleh dihuni seperti yang digambarkan dalam filem Avatar kemungkinan besar akan menjadi fakta sains dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Dalam filem 3D itu, Na'vi, iaitu suatu makhluk seakan manusia dengan ketinggian 3.5 m, berekor dan berkulit biru mendiami bulan Pandora yang mempunyai ekosistem menyerupai Bumi.

Pandora mengorbit sebuah planet gas yang seakan-akan planet Jupiter.
Dr Lisa Kaltenegger, seorang ahli falaq Amerika Syarikat percaya bahawa 'Pandora sebenar' akan dapat ditemui tidak lama lagi. Dalam kajian beliau, sebuah teleskop yang sedang dalam perancangan pembinaan akan mampu mengesan bulan dari sistem suria lain dan menentukan samada ia boleh dihuni atau sebaliknya.

Teleskop Angkasalepas James Webb (JWST) milik NASA dijadualkan untuk pelancaran pada 2014.
Dr Kaltenegger memberitahu, "Jika Pandora wujud, kita mempunyai potensi untuk mengesannya dan mengkaji atmosferanya dalam dekad akan datang."
Ahli-ahli falaq telah mengesan ratusan planet gas mirip Jupiter yang mengorbit bintang, namun tiada yang didapati sesuai untuk kehidupan seperti keadaan Bumi.
Namun begitu, bulan yang bertanah dan mengorbit planet gas boleh menyokong hidupan jika ia berada dalam "zon kehidupan" dalam sistem surianya, iaitu kawasan yang suhunya membolehkan air berada dalam bentuk cecair.
"Kesemua planet gas yang besar dalam sistem suria kita mempunyai bulan bertanah dan berais," jelas Dr Kaltenegger. "Itu menunjukkan bahawa planet-planet serupa Jupiter di sistem suria lain kemungkinannya besar juga mempunyai bulan. Beberapa daripada bulan-bulan itu boleh jadi mempunyai saiz sebesar Bumi dan berupaya mewujudkan atmosfera di sekelilingnya."
Bulan seumpama Pandora boleh dikenalpasti tatkala ia "transit" merentas permukaan bintang induknya. Jika bulan itu mempunyai atmosfera, ia akan menyerap sedikit cahaya dari bintang induk berkenaan, dan menghasilkan spektograf yang boleh diguna oleh ahli-ahli sains untuk mengenalpasti komposisi atmosfera itu.
Menurut hitungan Dr Kaltenegger, Alpha Centauri A, bintang yang digunapakai dalam plot Avatar, merupakan target yang baik bagi ahli-ahli falaq untuk mencari bulan yang boleh dihuni kehidupan.
Alpha Centauri ialah sistem suria paling dekat dengan sistem suria Matahari, iaitu 4.37 tahun-cahaya. Ia terdiri dari 3 bintang dimana Alpha Centauri A adalah yang terbesar dan sedikit lebih terang daripada matahari kita.
"Alpha Centauri A merupakan sebuah bintang yang terang, dekat, hampir serupa dengan matahari kita, maka ia  memberikan kita signal (membolehkan kita untuk mendapatkan spektogram) yang jelas," kata Dr Kaltenegger. "Dengan hanya beberapa transit, kita akan dapat mengesan air, oksigen, karbon dioksida dan metana pada bulan yang menyerupai Bumi, seperti Pandora."  

Monday, January 4, 2010

15 JANUARI - GERHANA MATAHARI CINCIN PALING LAMA

Gerhana matahari annular (bentuk cincin) dijangka akan berlaku pada 15 Januari, di beberapa bahagian Afrika, India dan China. Oleh kerana bulan pada ketika itu berada pada kedudukan apogee (titik orbitnya yang paling jauh dari Bumi) dan Bumi baru sahaja melepasi perihelion (jarak paling dekat dengan matahari), bulan kelihatan lebih kecil dari biasa manakala matahari tampak lebih besar.
Dari kawasan gerhana, bulan hanya menutupi kira-kira 92 peratus pandangan terhadap matahari, yang bermakna 4 peratus kawasan matahari disekeliling akan kelihatan dan membentuk "cincin". Dengan itu, fasa cincin akan terbentuk selama 11 minit 8 saat, suatu masa yang agak panjang bagi gerhana annular. Ia dikatakan sebagai gerhana annular yang masanya paling panjang dalam Millenia ke-3 ini. Rekod masa itu tidak akan diatasi sehingga tahun 3043!
Bumi berada pada kedudukan perihelion (lebihkurang 147 juta km dari matahari) di awal Januari setiap tahun dan akan berada pada kedudukan aphelion (jarak paling jauh dari matahari, iaitu lebihkurang 152 juta km) di awal Julai.

Saturday, January 2, 2010

2012 DUNIA BELUM KIAMAT

"Masihkah Kau Ingat" (Kopratasa) dan "Dunia Belum Kiamat" (Muchsin & Titiek Sandhora)?


Masih ingatkah kebimbangan Y2K yang berlaku menjelang tahun 2000 dahulu? Ia menjelma dan berlalu tanpa sebarang masalah yang dibimbangkan benar-benar berlaku. Kemusnahan Bumi tidak akan berlaku pada 21 Disember 2012, melainkan dalam bentuk special effect yang mengagumkan dalam filem 2012. Walau bagaimanapun, pada tarikh berkenaan akan berlaku fenomena winter solstice (pegun musim dingin), iaitu keadaan dimana kecondongan paksi Bumi menjauhi matahari mencapai maksima pada 23 darjah 26 saat.
Seperti Y2K, 2012 telah dianalisa dan sains berkaitan kemusnahan bumi telah dikaji secara mendalam. Sains tentang akhir hayat bumi memang mempunyai jawapan apabila masa semakin menghampiri tahun 2012. Di bawah adalah jawapan kepada beberapa soalan yang mungkin timbul dalam fikiran kita berkaitan dakwaan berlaku kiamat pada 2012.
Soalan (S): Adakah terdapat ancaman ke atas Bumi pada tahun 2012? Banyak laman web yang menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada Disember 2012.
Jawapan (A): Sesuatu yang buruk tidak akan berlaku kepada Bumi pada tahun 2012. Planet kita ini telah melalui peredaran zaman dalam keadaan baik selama lebih 4 billion tahun, dan ahli-ahli sains terkemuka mendapati tiada malapetaka yang akan menimpa Bumi yang boleh dikaitkan dengan tahun 2012.
S: Dari manakah bermulanya ramalan tentang berlakunya kiamat pada tahun 2012?
J: Cerita itu bermula dengan tanggapan yang Nibiru, sebuah planet yang kononnya dikenalpasti oleh orang-orang purba Sumer, sedang bergerak menuju dan akan melanggar Bumi. Malapetaka itu pernah juga diramalkan akan berlaku pada Mei 2003, namun apabila tiada apa-apa yang berlaku pada ketika itu, tarikh kiamat itu mereka tunda pula ke Disember 2012. Kemudian kedua-dua dongeng tersebut dikaitkan pula dengan akhir kitaran kalendar kaum purba Maya yang jatuh pada tarikh berlakunya winter solstice tahun 2012—maka berlakulah kepercayaan yang kiamat akan terjadi pada 21 Disember 2012.
S: Adakah kalendar kaum Maya berakhir pada Disember 2012?
J: Sebagaimana kalendar 2009 yang anda gantung di ruang dapur akan berakhir pada 31 Disember2009, kalendar Maya yang mengikut kiraan lebih panjang berakhir pada 21 Disember 2012. Kalendar 2009 anda memang sudah berakhir, tetapi ia bermula lagi dengan kalendar 2010 pada 1 Januari 2010. Pun begitu dengan kalendar Maya, satu kiraan tarikh yang panjang akan bermula lagi selepas 21 Disember 2012.
S: Bolehkah fenomena berlaku dimana susunan sebaris planet-planet akan memberi kesan ke atas Bumi?
J: Tiada susunan sebaris planet-planet menjelang beberapa dekad akan datang, Bumi tidak akan melintasi satah galaktika pada 2012, dan biarpun susunan sebaris berlaku, kesannya ke atas Bumi tidaklah begitu ketara. Setiap bulan Disember Bumi dan matahari akan sebaris hampir dengan pusat galaksi Bima Sakti, namun itu adalah peristiwa yang berlaku setiap tahun tanpa sebarang akibat.
S: Benarkah ada planet atau brown dwarf bernama Nibiru atau Planet X atau Eris yang sedang menuju Bumi dan mengancam keselamatan planet kita?
J: Nibiru dan cerita-cerita tentang planet-planet aneh hanyalah muslihat internet semata-mata. Tiada fakta mengenainya. Jika Nibiru atau Planet X benar-benar wujud dan sedang menuju untuk melanggar Bumi pada 2012, ahli-ahli falaq sudah pasti telah mengesannya sedekad yang lalu, dan pergerakannya akan boleh disaksikan dengan mata kasar pada ketika ini. Mendongaklah ke langit di waktu malam. Jika anda tidak melihatnya, jelaslah ia tidak wujud. Eris memang wujud, tetapi ia merupakan planet kecil lebihkurang Pluto yang akan tetap berada diluar sistem suria; jaraknya yang pernah paling hampir dengan Bumi ialah 4 billion batu.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan teori anjakan kutub? Benarkah kerak bumi berputar 180 darjah mengelilingi pusatnya dalam beberapa hari atau beberapa jam?
J: Keterbalikan putaran bumi adalah mustahil. Sememangnya berlaku pergerakan benua, misalnya Antartika berada hampir dengan khatulistiwa ratusan juta tahun dahulu, namun itu tiada kaitan dengan cerita keterbalikan kutub pusingan. Namun begitu, banyak lamanweb yang pro-kemusnahan menangguk keadaan sedemikian untuk mempersenda orang lain. Mereka mendakwa adanya hubungan antara putaran Bumi dengan kekutuban magnetiknya, yang sememangnya terjadi dari masa ke semasa, dengan keterbalikan magnetik berlaku secara purata setiap 400,000 tahun. Sepanjang pengetahuan, keterbalikan magnetik sedemikian tidak memudaratkan hidupan di Bumi. Untuk pengetahuan, keterbalikan magnetik tidak akan terjadi dalam waktu beberapa millennia akan datang.
S: Mungkinkah Bumi akan dihentam meteor dalam tahun 2012?
J: Banyak komet dan asteroid yang jatuh ke Bumi, namun jarang ada yang besar. Impak besar mutakhir berlaku 65 juta tahun dahulu, yang menyebabkan kepupusan dinosaurs. Dewasa ini, ahli-ahli falaq Agensi Angkasalepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) sedang menjalankan pemantauan untuk mengesan asteroid-asteroid besar yang menghampiri Bumi. Mereka dapati tiada ancaman asteroid seperti yang telah memusnahkan dinosaurs.
S: Terdapatkah bahaya dari ribut suria diramal berlaku pada 2012?
J: Aktiviti suria mempunyai kitaran tertentu, yang kemuncaknya berlaku setiap 11 tahun. Menjelang kemuncak aktiviti sedemikian, lonjakan bahang suria mampu mengganggu komunikasi satelit, dan para jurutera sedang berusaha menghasilkan elektronik yang kalis lonjakan bahang suria. Namun begitu, tiada risiko khusus yang berkaitan dengan 2012. Aktiviti suria maksima akan datang dijangka berlaku antara tahun 2012 dan 2014 dalam keadaan kitaran suria yang sederhana, tiada beza dengan kitaran-kitaran yang pernah dialami sebelumnya sepanjang sejarah umat manusia.



Sumber Rujukan: Bahan terbitan Agensi Angkasalepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA).