Pengenalan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang dengan izinNya jua dapatlah saya memuatnaik siri ini semoga bermanfaat kepada yang mengikutinya.
Sebenarnya, siri ini saya terbitkan melalui laman blog ini atas permintaan kalangan bekas pelajar-pelajar saya yang mendakwa bahawa kaedah ini telah banyak membantu mereka dalam mengikuti matapelajaran Matematik samada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Begitu juga dengan mereka yang telah meninggalkan bangku sekolah, mereka dapati bahawa kaedah ini amat berguna dalam kehidupan seharian.
Sewaktu dibangku sekolah, dari Darjah Satu (sekarang disebut Tahun Satu) hingga Darjah Empat, saya cukup lemah dalam matapelajaran Matematik walaupun tidak banyak masalah yang saya hadapi dalam lain-lain matapelajaran. Keadaan ini menyebabkan kedudukan saya dalam kelas selalu mendapat tempat kedua sahaja. Teringin juga merasai berada di puncak sebagai juara kelas. Tiba tahap Darjah Lima, saya mendapat petunjuk untuk meneliti nombor dan pola operasi matematik. Alhamdulillah, saya mula mengorak langkah meningkatkan prestatsi dalam matapelajaran ini. Begitu pula, hasrata saya untuk menjadi juara kelas akhirnya tercapai.
HASIL TAMBAH – CARA PANTAS MEMERIKSA SAMADA JAWAPAN SESUATU HASILTAMBAH ITU BENAR ATAU SALAH
Ramai dari kalangan kita yang menganggap bahawa operasi tambah merupakan operasi matematik yang paling mudah. Memang benar, sehingga kita kadangkala terlupa untuk memeriksanya kembali samada jawapan kita itu benar atau salah. Kemahiran pra-sayarat untuk menggunakan kaedah ini ialah, anda mestilah telah faham maksud nombor ganjil dan nombor genap.
- · Nombor ganjil ialah sesuatu nombor yang apabila dibahagi dengan dua maka hasil bahaginya akan mempunyai baki 1. Contoh-contoh nombor ganjil ialah 1,3,5,9,11,13,15,17,...dan seterusnya. Nombor ganjil berakhir dengan 1,3,5,7 atau 9.
- · Nombor genap ialah sesuatu nombor yang apabila dibahagi dengan dua maka hasilbahaginya tidak mempunyai baki. Contoh-contoh nombor genap ialah 2,4,6,8,14,100,324,..dan seterusnya. Nombor genap berakhir dengan 0,2,4,6 atau 8.
Selepas membuat perkiraan bagi sesuatu operasi hasiltambah periksa jawapan anda:
- Ø Nombor ganjil + nombor ganjil = nombor genap
Contoh: 17 + 29 = 46
- Ø Nombor ganjil + nombor genap = nombor ganjil
Contoh: 55 + 56 = 111
- Ø Nombor genap + nombor genap = nombor genap
Contoh: 76 + 88 = 164
Sukacita para pembaca dijemput untuk menambahbaik atau memberikan komen bagi siri ini untuk kepentingan para pelajar kita khsnya dan masyarakat amnya.
3 comments:
good info.thanks!
good info.thanks!
Kalau nombor genap + nombor ganjil = nombor apa. Tolong beri contoh?
Post a Comment