Tuesday, July 27, 2010

Terowong Mostyn & Pembentukan Tiub Lahar


Dalam pos bertajuk "Jelajah Potensi Pelancongan Daerah Kunak" bertarikh 16 Mei 2010 di blog ini ada menyebut:
"andaian bahawa ia (terowong Misteri Mostyn) dibina oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua sukar diterima. Ini adalah kerana, tentera Jepun menduduki Negeri Sabah hanya dalam tempoh 4 tahun. Agak luar biasa untuk mereka mampu membina terowong selebar lebihkurang 15 kaki dengan ketinggian juga 15 kaki sepanjang 12 km seperti yang didakwa dalam tempoh tersebut. Perlu diingat bahawa jentera pengorek di Borneo pada ketika itu belum ada lagi. Mungkinkah terowong itu sebenarnya merupakan "gua bawah tanah"?"







Terowong yang terdapat di kawasan perladangan Sime Darby di Kunak itu pada hemat saya kemungkinan besarnya terbentuk ketika berlakunya letupan Gunung Merapi Mostyn sekitar 30 ribu tahun dahulu. 
Lahar panas dengan suhu sehingga 2000 darjah Fahrenheit mengalir dari kawasan tanah tinggi di sekitar gunung merapi ke kawasan lebih rendah. Ia lalu membentuk terusan sebagaimana air membentuk sungai. 




Bahagian permukaan aliran lahar itu, yang terdedah kepada atmosfera, menyejuk dan membeku lebih cepat berbanding dengan bahagian dalam. Bahagian permukaan yang membeku itu membentuk lapisan yang disebut karst. Ia bertindak sebagai penebat yang melambatkan penyejukan lahar bahagian dalam. Di bawah lapisan karst itu lahar terus mengalir hingga beberapa kilometer sebagaimana bekalan air dari loji penapisan mengalir dalam paip ke tangki-tangki simpanan air.
Pada tahap awal, terusan lahar itu agak cetek dan lapisan karst lebih tipis. Dengan tambahan aliran lahar dari gunung merapi, sebahagian lahar memecah keluar ke permukaan kemudian membeku mengakibatkan lapisan karst bertambah tebal. Maka terbentuklah tiub lahar.
Aliran lahar yang berterusan menghakis tanah di tepi dan dibawahnya menyebabkan tiub lahar itu menjadi lebih dalam dan lebih luas. Tiub itu boleh menjadi amat besar sehingga lahar hanya mengalir sehingga separuh daripada kedalaman tiub itu dan bahagian atas dipenuhi dengan gas yang amat panas.
Dengan terhentinya letupan gunung dan berakhirnya penghasilan lahar dari gunung tersebut maka tinggallah tiub yang dipenuhi dengan gas-gas panas. Sisa-sisa lahar di dasar tiub itu juga akhirnya menyejuk dan membeku. Maka terbentuklah tiub-tiub lahar yang besar seakan-akan terowong yang dibina oleh manusia.








Wednesday, July 21, 2010

Kesilapan Diagnosis Awal Barah Payudara Menimbulkan Masalah


Bayangkan seorang wanita sihat menjalani pembedahan payudara, mendapatkan rawatan radiasi, mematuhi jadual pemakanan ubat-ubatan dan paling perit, berada dalam keadaan ketakutan. Demikianlah yang dialami oleh Monica Long, seorang ibu kepada tiga orang anak. 

Derita itu beliau alami semata-mata kerana kesilapan yang dilakukan oleh ahli patologi yang telah mendiagnosis beliau sebagai mengalami ketumbuhan awal barah payudara.
Menurut sebuah artikel The New York Times berikutan diagnosis itu Monica telah menjalani pembedahan dimana sebahagian buah dada kanannya dibuang lebihkurang sebesar sebiji bola golf. Setahun kemudian, beliau diberitahu bahawa ahli patologi yang mendiagnosis beliau telah melakukan kesilapan. Doktor lain yang merawat Monica yakin bahawa beliau tidak pernah mengalami barah payudara itu yang dikenali sebagai ductal carcinoma in situ (DCIS). Pembedahan, radiasai, ubat-ubatan serta kebimbangan yang telah dialami oleh Monica semuanya sia-sia dan tidak perlu.
Menyentuh tentang perkara itu, koresponden CBS News Medical, Dr Jennifer Ashton berkata, "Apabila kita bercerita tentang barah payudara, ia seolah-olah seperti cerita tentang cuaca. Terlalu banyak jenis barah payudara.



"DCIS ialah jenis barah payudara tidak merebak atau "in-situ" yang paling biasa. Ia juga dikenali sebagai barah payudara peringkat sifar dan terdapat lebihkurang 50,000 diagnosis sedemikian setiap tahun".
Dr Ashton memberitahu bahawa 90 peratus daripada DCIS boleh diubati, namun, "artikel tersebut telah menimbulkan kebimbangan tentang lebih dari 17 peratus diagnosis mungkin silap, menyatakan bahawa wanita yang didiagnosis mengalami barah payudara sedangkan pada hakikatnya, tidak terdapat penyakit tersebut pada wanita berkenaan".
Menurut beliau masih terdapat banyak kelemahan dalam kaedah dan teknologi mendiagnosis DCIS. Dr Ashton menasihatkan wanita yang didiagnosis sebagai mengalami DCIS untuk mendapatkan pendapat atau pandangan dari doktor lain, kalau perlu dapatkan pandangan dari dua orang doktor lain dari bidang tersebut.
Kata Dr Ashton, "Bercakap tentang diagnosis barah, anda mungkin perlu slaid (dari sampel tisu) itu disemak semula oleh lain-lain ahli patologi. Jangan terlalu terburu-buru untuk segera menjalani rawatan. Ambillah sedikit masa untuk mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada. Dan akhir sekali, seperti mana dalam banyak hal, pertimbangkan risiko dengan kebaikannya dan dengan pilihan-pilihan yang ada bagi sesuatu rawatan yang disyorkan".
Semoga nasib seperti yang menimpa Monica Long tidak tidak berulang.

Saturday, July 10, 2010

Melayu Sedang Dipecah Untuk Jadi Melukut Di Tepi Gantang?

Orang Melayu tidak sedar yang mereka sedang diperkotak-katikkan untuk membenci antara satu sama lain dan antara sekutu-sekutu yang dulunya bersama mereka.


- Petikan artikel yang disiarkan melalui Utusan Online. Untuk artikel penuh sila klik di sini.




Thursday, July 8, 2010

Jaringan Puyol Bawa Sepanyol ke Perlawanan Akhir

Sepanyol - 1, Jerman  0

Kelebihan saiz, kekuatan fisikal serta kelajuan pemain-pemain Jerman yang telah membenam Argentina 4 -0 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 ternyata tidak cukup ampuh untuk mengatasi kelincahan La Roja dan strategi yang telah diatur oleh Del Bosque.
Gol tunggal perlawanan separuh akhir Sepanyol menentang Jerman pada 8 Julai 2010 pukul 2:30 pagi waktu Malaysia itu, dijaringkan oleh Carles Puyol (ESP) pada minit ke-73. Dari sepakan sudut oleh Xavi, Puyol meluru dan melompat mengatasi rakan sepasukan Gerard Pique untuk melakukan tandukan kencang yang tidak dapat diselamatkan oleh, Neur (penjaga gol Jerman).






Sepanyol akan menentang Netherlands di perlawanan akhir pada 11 Julai 2010 pukul 8:30 malam, waktu Afrika Selatan, iaitu 12 Julai 2010 pukul 2:30 pagi waktu Malaysia. 

Monday, July 5, 2010

Dendang Suku Kaum Cocos

Rekod Jenayah Menurun 
Rekod jenayah yang melibatkan suku kaum Cocos, khususnya di Daerah Kunak telahpun menurun. Demikian menurut Yang Dipertua Persatuan Cocos (PECOS) cawangan Kunak, Encik Hydel Bin Abah. Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya di Majlis Malam Kebudayaan PECOS yang diadakan pada 3 Julai 2010 bertempat di Mini Dewan Kampong Skim Cocos, kira-kira 12 kilometer dari Pekan Kunak.
"Saya telahpun bertanyakan keadaan ini di Ibupejabat Polis Daerah Kunak dan diberitahu bahawa walaupun masih ada kejadian jenayah yang melibatkan suku kaum Cocos namun bilangannya telahpun berkurangan pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya", tambah Encik Hydel.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan N51 Kunak, Datuk Nilwan Bin Kabang, yang menjadi tetamu kehormat pula memberitahu bahawa di zaman persekolahandi Lahad Datu, beliau banyak berinteraksi dengan pelajar-pelajar dari suku kaum Cocos. Beliau dapati sememangnya mereka merupakan golongan yang mudah mesra dan peramah.
Mereka Suka Berdendang
"Saya dapati orang Cocos tidak suka bergaduh, saya dapati mereka suka berdendang", kata Datuk Nilwan berseloroh mengingatkan kembali nostalgia zaman tahun 60an dimana suku kaum Cocos terkenal dengan acara tari-menari atau lebih dikenali sebagai "Dendang". 
Di Daerah Kunak pada masa itu, dendang selalunya diadakan selepas hari menerima gaji dari majikan. Acara itu melibatkan sekumpulan pemuzik yang mengiringi gadis-gadis penari. Pengunjung yang umumnya terdiri daripada teruna-teruna akan mempelawa mana-mana antara gadis-gadis tersebut untuk menari bersama dengan sedikit bayaran.


Turut menjadi tetamu kehormat dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen P188 Silam, Tuan Haji Salleh Kalbi.
"Walaupun merupakan golongan minoriti, suku kaum Cocos tetap mempunyai hak yang sama dengan lain-lain kaum dan mampu tampil ke hadapan memegang jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, malah mampu menjadi sebahagian daripada pemimpin terkemuka negara", jelas Tuan Haji Salleh.
Beliau memberi contoh ketokohan Datuk Railey Jeffrey yang menjadi Ahli Parlimen Silam selama tiga penggal dan pernah memegang jawatan timbalan menteri.


Malam Kebudayaan itu diserikan dengan persembahan tarian "Dansa Cocos", "Nona Samba", tarian a'la Dendang bersama orang ramai dan persembahan nyanyian dari ahli-ahli PECOS.


Sunday, July 4, 2010

Lirik Waka Waka bersama Shakira & Freshlyground

Bagi peminat Argentina, seperti saya, yang hampa dengan kekalahan kepada Germany (4 telurrr pulak tu!!! phuiii!!!), hiburkan hati dan nyanyi bersama Shakira...




 
You're a good soldier, Choosing your battles, Pick yourself up, And dust yourself off, And back in the saddle
You're on the frontline, Everyone's watching, You know it's serious, We're getting closer, This isnt over

The pressure is on, You feel it, But you've got it all, Believe it
When you fall get up, Oh oh..., And if you fall get up, Eh eh...
Tsamina mina, Zangalewa, Cuz this is Africa
Tsamina mina eh eh, Waka Waka eh eh
Tsamina mina zangalewa, This time for Africa,
-------------------------------------------------------
Listen to your god, This is our motto, Your time to shine, Dont wait in line, Y vamos por Todo
People are raising, Their Expectations, Go on and feed them, This is your moment, No hesitations
Today's your day, I feel it, You paved the way, Believe it
If you get down, Get up Oh oh..., When you get down, Get up eh eh...
Tsamina mina zangalewa, This time for Africa
Tsamina mina eh eh, Waka Waka eh eh, Tsamina mina zangalewa, Anawa aa
Tsamina mina eh eh, Waka Waka eh eh, Tsamina mina zangalewa, This time for Africa..

(Lady Singing)

Tsamina mina, Anawa a a, Tsamina mina, Tsamina mina, Anawa a a, 

Tsamina mina, eh eh, Waka waka, eh eh,

Tsamina mina zangalewa, Anawa a a, Tsamina mina, eh eh, Waka waka, eh eh
Tsamina mina zangalewa, This time for Africa
Django eh eh, Django eh eh
Tsamina mina zangalewa, Anawa a a
Django eh eh, Django eh eh
Tsamina mina zangalewa, Anawa a a,
This time for Africa, This time for Africa
We're all Africa, We're all Africa

Friday, July 2, 2010

Aksi Jaringan David Villa Membawa Sepanyol ke Suku Akhir

Portugal Gagal ke Suku Akhir
David Villa menjaringkan goal tunggal perlawanan pada minit ke 63 untuk pasukan Sepanyol menewaskan Portugal. Jaringan itu terhasil berikutan hantaran bergaya oleh Andres Iniesta (?) yang menguis bola secara membelakang ke hadapan pintu gol Portugal. 






Villa meluru dan menyepak bola dengan kaki kiri namun sepakan itu terkena lutut Eduardo (penjaga gol Portugal). 




Bola memantul kembali lalu Villa menyepak dengan kaki kanan pula. Bola terkena bahagian bawah palang dan terus masuk ke gawang. 




Sepanyol 1, Portugal 0.

Thursday, July 1, 2010

Kenapa Pemimpin Kunak Beri Tumpuan Pada Naik Taraf Jalan

Jalan Tun Fuad dan Jalan Kg Selamat sudahpun siap diturap pada penghujung tahun 2009. Baru-baru ini pula, iaitu pada 30 Jun 2010 ADUN Kunak, YB Datuk Nilwan Kabang merasmikan Jalan Pengkalan Madai sepanjang 4 kilometer yang baru selesai diturap dengan kos RM 3.9 juta. Jalan Pangi hampir siap diturap manakala Jalan Dasar Baru dan Jalan Ulu Madai sedang dalam pembinaan. Begitulah kerancakan usaha naik taraf jalan di Daerah Kunak akhir-akhir ini.

Kenapa kerajaan sanggup membelanjakan wang yang begitu besar, dan kenapa ADUN Kunak memberi perhatian yang begitu tinggi terhadap kerja-kerja menaiktaraf jalan?  


Pengangkutan dan Kepentingan Ekonomi


Sektor pengangkutan merupakan komponen penting dalam ekonomi yang mempengaruhi kadar pembangunan dan kebajikan penduduk. Sistem pengangkutan yang efisien membuka peluang-peluang peningkatan ekonomi dan sosial kerana ia memberi kesan positif yang berganda dari segi kemudahan pemasaran, peluang pekerjaan dan pelaburan tambahan. Sebaliknya sistem pengangkutan yang kurang cekap samada dari segi kapasiti mahupun reliabiliti, akan meningkatkan kos perekonomian, misalnya berkurangnya atau ketiadaan peluang. Pengangkutan juga mempengaruhi keadaan sosial dan persekitaran. Dengan itu secara am pengaruh sistem pengangkutan terhadap ekonomi boleh jadi secara langsung atau tidak langsung.
  • Pengaruh Secara Langsung ialah yang berkaitan dengan keadaan dimana sistem pengangkutan memungkinkan peningkatan pemasaran serta menjimatkan masa dan kos.
  • Pengaruh Secara Tak Langsung ialah yang berkaitan dengan kesannya sebagai pengganda ekonomi, dimana ia menyebabkan penurunan harga komoditi, barangan atau perkhidmatan dan/atau bertambahnya pilihan.
Impak sistem pengangkutan bukan semuanya disengajakan, dan boleh sahaja memnimbulkan keadaan-keadaan yang tidak diduga atau tidak diingini, misalnya kesesakan. Mobiliti merupakan ciri-ciri asas yang penting bagi kegiatan ekonomi kerana ia memenuhi keperluan asas untuk mampu bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain, suatu keperluan yang dikongsi oleh penumpang, barangan dan maklumat. Keperluan mobiliti adalah berbeza-beza mengikut sistem ekonomi dan juga kawasan kerana kebanyakannya berada pada tahap peralihan mobiliti yang berlainan. Ekonomi denghan mobiliti lebih tinggi selalunya lebih berpeluang untuk berkembang maju. Mobiliti yang rendah menghambat kemajuan menakala mobiliti yang lebih tinggi merupakan rangsangan kepada kemajuan. Dengan yang demikian, mobiliti boleh dijadikan sebagai petanda aras kemajuan atau pembangunan.
Dari keperluan mobiliti ini pula maka timbul industri yang menawarkan perkhidmatan kepada yang memerlukan, membuka peluang pekerjaan kepada penduduk, membuat pelaburan dan menghasilkan pendapatan. Justru itu, kepentingan ekonomi industri pengangkutan boleh dinilai dari perspektif ekonomi makro dan juga ekonomi mikro:
  • Dari segi ekonomi makro (kepentingan sistem pengangkutan bagi keseluruhan ekonomi), pengangkutan dan mobiliti yang dijana adalah berkaitan dengan tahap pengeluaran, peluang pekerjaan serta pendapatan dalam ekonomi sesebuah negara. Di banyak negara maju, pengangkutan menyumbang antara 6 hingga 12 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
  • Dari segi ekonomi mikro (kepentingan sistem pengangkutan bagi sesuatu bahagian tertentu dalam ekonomi), sistem pengangkutan dikaitkan dengan kos pengeluar, pengguna dan pengeluaran. Dengan itu kepentingan kegiatan tertentu dalam pengangkutan dan infrastruktur boleh dinilai bagi setiap sektor ekonomi. Secara purata, pengangkutan adalah antara 10 hingga 15 peratus daripada belanja sesebuah isirumah, dan lebihkurang 4 peratus daripada kos pengeluaran barangan perkilangan. Walau bagaimanapun, angka tersebut adalah berbeza-beza mengikut sub-sektor.
Pengangkutan menghubungkan faktor-faktor pengeluaran dalam jaringan hubungan yang kompleks antara pengeluar dan pengguna. Ia memungkinkan agihan pengeluaran yang lebih efisien dengan menggunapakai kelebihan dan keistimewaan sesuatu lokasi pengeluaran juga sebagai jalan untuk membangun ekonomi berasaskan saiz dan skop. Dengan itu, produktiviti ruang, modal dan tenaga kerja dipertingkatkan melalui keberkesanan agihan dan mobiliti kakitangan. Tidak dapat dinafikan bahawa hubungan antara perkembangan ekonomi dengan pembangunan sistem pengangkutan semakin berkait rapat, terutama infrastruktur serta kecekapan pengurusan yang amat penting untuk logistik. Kepentingan sistem pengangkutan boleh dinilai dari aspek-aspek berikut:
  • Jaringan (Networks). Mewujudkan laluan bagi entiti ekonomi yang baru mahupun yang sedia ada untuk berinteraksi antara satu sama lain.
  • Pencapaian. Penjimatan kos dan masa untuk penumpang dan juga penghantaran barangan.
  • Reliabiliti. Pencapaian yang lebih baik dari segi masa terutamanya dari segi ketepatan masa, begitu juga dengan pengurangan kerugian atau kerosakan.
  • Saiz Pasaran. Capaian kepada pusat-pusat pemasaran yang lebih meluas yang memungkinkan kadar pengeluaran boleh ditingkatkan dan edaran serta penggunaan dapat diperluaskan.
  • Produktiviti. Peningkatan produktiviti melalui capaian lebih meluas terhadap input (bahan mentah, alat ganti, tenaga atau teaga kerja) serta pasaran lebih terbuka untuk kepelbagaian keluaran (barangan separuh siap atau siap sepenuhnya).