Saturday, June 26, 2010

GERHANA BULAN - 26 JUN 2010

Gerhana Bulan Separa pada 26 Jun 2010

Gerhana bulan separa dapat dilihat dari kawasan Kunak dan juga Sabah dan Sarawak, kawasan Pasifik serta bahagian timur Australia hari ini 26 Jun 2010. 
Animasi menunjukkan laluan bulan menerusi bayang bumi. Berdasarkan informasi dari NASA.

Masa Berlakunya Gerhana

Gerhana penumbra ("P1") bermula pada pukul 3:57 petang tetapi tidak dapat dilihat kerana keadaan masih terang. Gerhana separa ("U1") mula dilihat pada pukul 6:38 petang dan berakhir ("U4") pada pukul 8:00 malam. Gerhana penumbra berakhir ("P4) pada pukul 9:21 malam.

Kawasan-kawasan dimana Gerhana Separa dapat dilihat

Gerhana Bulan Separa pada hari ini dapat dilihat di kawasan-kawasan berikut:
  • Hawaii.
  • Western Alaska.
  • Australia.
  • New Zealand.
  • Bahagian Timur Malaysia dan lain-lain kawasan di Asia.

FIFA PIALA DUNIA 2010 - PUSINGAN KEDUA


Perlawanan peringkat kumpulan FIFA Piala Dunia 2010 telahpun berakhir semalam, 25 Jun 2010 dengan pertemuan antara Chile menentang Sepanyol berkesudahan dengan Chile 1, Sepanyol 2. Gol terakhir pusingan ini dijaringkan oleh Rodrigo Millar (CHI) pada minit ke-47. 



Perlawanan antara Switzerland dengan Honduras tidak menghasilkan sebarang gol. Dengan itu Sepanyol dan Chile merupakan dua pasukan terakhir yang layak meneruskan perjuangan ke pusingan kedua atau Pusingan 16 pasukan.


Perlawanan

Pusingan 16

Suku Akhir

Separuh Akhir

Akhir

Separuh Akhir

Suku Akhir

Pusingan 16

W53
[57] 02/07
W54
W49
[58] 02/07
W50
W52
[59] 03/07
W51
W55
[60] 03/07
W56
W58
[61] 06/07
W57
W59
[62] 07/07
W60
L61
[63] 10/07
L62
W61
[64] 11/07
W62