Sunday, April 11, 2010

KARNIVAL KUNAK 1MALAYSIA BENCI DADAH

Bulan April 2010 ini menyaksikan pelbagai acara dianjurkan di Daerah Kunak. ADUN Kunak, YB Datuk Nilwan Kabang terpaksalah berkejar ke sana ke mari untuk memenuhi jemputan penganjur untuk merasmikan acara-acara berkenaan seperti berikut:
  • 6 April 2010 (Selasa): Hari Potensi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS peringkat Zon 6 bertempat di Dewan Masyarakat Sri Kunak.
  • 7 April 2010 (Rabu): Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Kunak bertempat di Dewan Masyarakat Sri Kunak.
  • 8 April 2010 (Khamis): Festival Kesenian Islam kakitangan KEMAS bertempat di Dewan Masyarakat Sri Kunak.
  • 8 April 2010 (Khamis): Seminar Sehari Satu Malaysia Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEAINS) Daerah Kunak bertempat di Rumah Rehat Kerajaan Daerah Kunak.
  • 10 April 2010 (Sabtu): Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Kg Selamat bertempat di Dewan Kantin SK Kg Selamat.
  • 14 April 2010 (Rabu): Mesyuarat Agung PEMADAM Kunak. Sebelah petang, YB ADUN terpaksa berkejar ke Kota Kinabalu untuk menghadiri Istiadat Pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN Sabah yang ke-13 pada 15 April 2010.
  • 17 – 18 April 2010 (Sabtu & Ahad): KARNIVAL KUNAK – 1 Malaysia Benci Dadah.  Pada sebelah petang, YB ADUN sekali lagi terpaksa bekejar ke Kota Kinabalu untuk sesi soaljawab dan perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan pada 19 hingga 22 April 2010.

Kepada rakan warga masyarakat Daerah Kunak yang ada cadangan untuk menganjurkan acara atau program, semoga jadual di atas dapat menjadi panduan bagi mengatur acara/program agar tidak bertindih supaya semua program/acara yang dirancang mendapat sambutan menggalakkan.