Thursday, July 2, 2009

KARNIVAL SUKAN KOMUNITI DUN KUNAK 2009


Karnival Sukan Komuniti Kawasan DUN N51 Kunak akan bermula pada 17hb Julai 2009 dengan acara bola sepak. Tiga acara lain yang akan dipertandingkan ialah bola tampar, sepak takraw dan bola jaring.

Kelayakan Peserta
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 15 tahun ke atas pada 1 Januari 2009
3. Telah menetap atau bekerja di kawasan DUN N51 Kunak sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh pertandingan.
4. Belum pernah mewakili negeri atau negara dalam sukan berkenaan.

Hadiah
Hadiah disediakan dalam bentuk wang tunai
1. Johan : RM 500
2. Naib Johan : RM 300
3. Ketiga : RM 200
4. Keempat : RM 100

Untuk keterangan lanjut, pasukan-pasukan yang berminat untuk mengambil bahagian dalam karnival sukan ini bolehlah berhubung dengan kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat di pejabat UPKR Kunak seperti berikut:
  • Bola Sepak - En Rahim Resar, Pn Jahinah Kabang & Pn Kasmariah Alaman.
  • Bola jaring - Pn Hjh Maimunah Datuk Zainal, Pn Jaidah Hj Abd Rahman & En Dari Hj Tani.
  • Sepak takraw - En Saripuddin Sh Muhammad, En Muksin Hanafiah & Pn Masriyah Masdor.
  • Bola tampar - En Sh Abiluddin Alimuddin, En Laruna Lakila & En Abd Jana Surga.

No comments: