Tuesday, September 28, 2010

Professor Serba Tau

Professor Serba Tahu (PST) ialah nama sebuah karikatur yang menjadi 'maskot rasmi' sebuah majalah humor yang paling laris jualannya suatu ketika dulu, majalah Gila-Gila. PST digambarkan sebagai seorang lelaki berkepala botak, perut agak buncit, memakai cermin mata hitam bulat dengan janggut panjang berjuntai.

Karikatur Professor Serba Tahu yang menjadi ikon & maskot rasmi Majalah Gila-Gila

Sinonim dengan namanya, PST boleh menjawab apa jua soalan yang dikemukakan kepadanya dan jawapannya itu selalu melucukan. Maklumlah, PST adalah professor gila-gila. Yang pentingnya, tak kiralah sejauh mana canggihnya atau canggungnya soalan itu, ada saja jawapan PST yang mencuit hati. Soal logik atau tidak logik bukan persoalan kerana ia memang semata-mata untuk hiburan.
Kaedah PST tentunya tidak boleh digunapakai ketika menjawab soalan-soalan UPSR, PMR, SPM mahupun untuk menjawab soalan-soalan daripada wartawan, lebih-lebih lagi jika soalan itu diajukan kepada seseorang yang bergelar pemimpin.
Seseorang yang jujur akan menjawab soalan yang diajukan kepadanya dengan telus dan menjawab soalan itu berdasarkan apa yang diketahuinya. Jika dia tidak tahu jawapan soalan itu, maka dia akan menjawab, "Saya tidak tahu."
Sebaliknya, jika soalan itu diajukan kepada seseorang yang kurang jujur dan menganggap dirinya serba tahu, sedangkan pada hakikatnya dia juga tidak tahu, maka mulalah dia mereka-reka jawapan. Jika jawapan itu dari PST, kita terima sebagai humor, tetapi jika ia bukan dari PST maka ia adalah suatu 'pembohongan'.
Bagi saya, jawapan Datuk Nilwan kepada para wartawan dalam sesi temubual bersama beberapa wakil media dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Masyarakat Kunak pada Ahad, 26 September lepas, merupakan jawapan yang telus dan jujur, sebagaimana yang selayaknya dilakukan oleh seseorang yang diberikan kepercayaan oleh masyarakatnya untuk meluahkan permasalahan dan keperluan mereka.
Rakyat dan masyarakat yang rasional tidak mengharapkan yang setiap permohonan atau kehendak mereka itu akan dipenuhi oleh pemimpin atau wakil mereka. Lebih dari itu, rakyat dan masyarakat yang rasional tidak akan rela dibohongi oleh wakil yang telah mereka berikan kepercayaan, justeru yang demikian adalah pengkhianatan.
Memberikan surat amaran kepada pemaju yang dipertanggungjawabkan oleh SPNB kerana lambat menyiapkan projek perumahan berkenaan merupakan suatu langkah yang wajar. Adalah terpulang kepada pemaju berkenaan untuk memberikan penjelasan.


Kenyataan Datuk Nilwan: "Ini menjadi permasalahan kepada kita kerana SPNB memberikan projek itu terus kepada syarikat pemaju tanpa memaklumkan kepada Pejabat Daerah..." adalah sesuatu yang logik dan telus.
Ia juga bukan merupakan suatu tindakan menuding jari atau menyalahkan pihak lain. Sebaliknya, ia memberikan gambaran mengenai sikap ketelusan pimpinan. Perkara yang sebenarnya dikemukakan tidak kira samada yang terlibat merupakan agensi kerajaan, swasta mahupun NGO. Jika pihak yang terlibat mempunyai sikap terbuka, maka ia akan menyiasat perkara tersebut untuk selanjutnya dijadikan sebagai panduan untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada klien mereka.   


Adapun 'ideal' yang diutarakan oleh AMK PKR Kunak, melalui Sabahkini.net bertarikh 26 September, untuk  ADUN Kunak "memanggil SEMUA PIHAK yang terlibat memberikan data dan taklimat" sepatutnya tidak timbul. Dari laporan BERNAMA yang kita petik dari mStar Online di atas, jelas Datuk Nilwan telah berbincang dengan pihak Pejabat Daerah Kunak selaku pihak ketua eksekutif pentadbiran kerajaan di Daerah Kunak mengenai perkara tersebut. 
Jika diteliti, kenyataan AMK PKR Kunak itu telah dibuat dengan gopoh, berbentuk suatu provokasi, hasutan dan bersentimen tinggi. Pun begitu dengan ilustrasi yang diguna untuk menghias entri berkenaan dalam laman Sabahkini.net merupakan suatu pembohongan bergambar. Maklumlah, imej-imej yang telah dimanupulasi sedemikian sememangnya kerap dimuat melalui laman tersebut.

Friday, September 24, 2010

Lagi Kes Dera Pembantu Rumah, Lagi Majikan Bukan-Melayu

Belum reda lagi kemarahan rakyat Indonesia yang berdemonstrasi di hadapan kedutaan besar Malaysia pada 23 Ogos lalu, terjadi lagi insiden penganiayaan pembantu rumah di Pulau Pinang. Win Faidah, 26 tahun dilaporkan telah disiksa dan diperkosa oleh majikannya, sepasang suami isteri keturunan India, sebelum ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan luka parah. WF terkapar selama hampir 12 jam sebelum seorang pejalan kaki menemuinya dan membawanya ke hospital.


Seperti api yang baru mulai reda disiram petrol, sekumpulan penduduk Jakarta mengadakan tunjuk perasaan dengan mengepung kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta dan meberikan beliau tempoh 2 hari untuk meninggalkan Indonesia.
Demostrasi pada 22 September itu, tidak syak lagi, telah diketuai oleh Mustar Bona Ventura dan kumpulan BENDERAnya. Mereka juga mengancam untuk mengusir rakyat Malaysia yang sedang membeli-belah di pusat membeli-belah Senayan City Mall.
Indonesian activists shouting slogans during a protest in front of the Malaysian ambassador

Meski banyak yang kita dengar mengenai penderaan dan penyiksaan pembantu rumah di negara ini, tidak kedengaran pula yang ia dilakukan oleh majikan keturunan Melayu. Mungkin kerana sahsiah bangsa itu yang lebih bersifat penyayang, bertimbangrasa dan lebih berperi kemanusiaan. Mungkin juga kerana nilai-nilai murni ajaran agama yang dianuti.
Lain-lain kes penderaan pembantu rumah:



Thursday, September 23, 2010

"Ganyang Malaysia" - Konspirasi Menjatuhkan Pemerintahan Bangsa Melayu

Dua negara yang pucuk pimpinannya berkulit sawo-matang dan beragama Islam ialah Indonesia dan Malaysia.
Indonesia - Negara dengan Penduduk Islam Paling Ramai Di Dunia
Dengan penduduk sekitar 230 juta, Indonesia merupakan negara ke-empat paling padat penduduk dan dengan 86.1% dari penduduknya beragama Islam, ia merupakan negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia. Justeru musuh-musuh Islam amat gembira melihat negara berkenaan untuk berada dalam persengketaan dan kancah peperangan. Dengan yang demikian akan lebih ramai umat Islam yang menderita dan menjadi semakin lemah.
Malaysia - Islam, Melayu dan Bumiputera Dapat Keistimewaan
Malaysia pula hanyalah sebuah negara yang jauh lebih kecil berbanding Indonesia baik dari segi keluasan kawasan mahupun bilangan penduduk. Pada tahun 2009 penduduk Malaysia hanya sekitar 28juta dengan anggaran 60.4% beragama Islam. Agama Islam di Malaysia diberikan status yang istimewa dimana ia diiktiraf sebagai agama rasmi negara. 
Orang Melayu yang umumnya beragama Islam diberikan beberapa hak istimewa bersama dengan penduduk bumiputera (penduduk asal negeri-negeri dalam Malaysia). Hak keistimewaan itu adalah sebagai imbangan kepada prinsip jus soli yang diambilkira dalam pembentukan perlembagaan negara, berikutan keengganan pihak British menghantar pulang tenaga kerja asing, terutama dari Cina dan India. 
Keistimewaan yang diberikan kepada Melayu dan bumiputera telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada segelintir individu dan kumpulan yang tidak tergolong dalam kedua-dua kategori tersebut. Mereka sengaja menjadi pekak, tuli dan buta mengenai sejarah pengwujudan hak keistimewaan itu yang membolehkan mereka menjadi warganegara negeri bertuah ini. Mereka sengaja lupa bahawa perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu adalah atas pengorbanan orang Melayu. Bibit-bibit perjuangan di Sabah dan Sarawak pula adalah atas pengorbanan kaum bumiputera, misalnya Paduka Mat Salleh di Sabah dan Rentap di Sarawak.
Mereka sengaja menidakkan ehsan yang mereka telah nikmati: Sebelum tahun 1955 Orang Melayu merupakan 80% daripada warganegara Tanah Melayu. Berikutan dengan sokongan warganegara dari kaum Cina dan India (yang pada masa itu hanya sedikit bilangannya) ke atas konsep Perikatan, Tunku Abdul Rahman telah menghadiahkan kepada dua kaum tersebut sejuta kewarganegaraan tanpa syarat. Akibatnya majoriti Melayu menjunam ke 60%.
Individu dan kumpulan yang merasa tidak puas hati itu sentiasa mengintai peluang dan kesempatan untuk menghapuskan keistimewaan hak Melayu dan bumiputera. Namun usaha mereka menghadapi kegagalan kerana hak tersebut terus dipertahankan oleh pucuk pimpinan negara yang diterajui oleh orang Melayu dan di Sabah dan Sarawak oleh golongan bumiputera. Mereka berusaha pula menimbulkan perpecahan antara bumiputera bukan-Islam dengan bumiputera-Islam dan Melayu, juga perpecahan di kalangan Melayu. Mereka akan segera 'menangguk di air keruh' sebaik sahaja adanya sedikit kekeruhan persefahaman di kalangan pemimpin Melayu. Mereka akan segera menjadi 'kawan' kepada pihak yang menentang pucuk pimpinan lalu menyuntik racun hasutan mereka. Acapkali mereka mendapat pula sokongan moral dan dana dari luar, daripada organisasi yang mempunyai agenda yang sama dengan agenda mereka. Seterusnya, mereka rela diperalat untuk kepentingan organsisasi tersebut untuk mengkhianati negara sendiri.
Hasil yang diperoleh dari usaha-usaha tersebut mungkin terlalu lambat dan kurang berkesan maka cara lain perlu dicari. 






Beberapa Insiden Yang Dieksploitasi oleh Dalang
Pertindahan tuntutan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan antara Malaysia dan Indonesia berkesudahan dengan memihak kepada Malaysia. Keputusan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada tahun 2002 itu telah diterima oleh pimpinan kedua-dua negara, namun ada pihak yang menggunakan isu tersebut untuk menghasut rakyat Indonesia bagi membenci Malaysia. Kesilapan Discovery Channel menyelitkan gambar penari pendet dalam sebuah video pendek bertajuk "Enigmatic Malaysia" diguna pula sebagai "minyak" menyiram api kemarahan rakyat Indonesia kepada Malaysia.

Isu Tarian Pendet Enigmatic Malaysia 2009 Ads Discovery Channel
Keadaan itu dieksploitasi sepenuhnya oleh pihak-pihak yang mengidamkan perbalahan antara Indonesia (negara dengan penduduk Islam terbesar di dunia) dengan Malaysia (negara yang meletakkan status Islam pada kedudukan yang tinggi).
Paling banyak menggunakan isu tersebut dan memprovokasi rakyat kedua-dua negara untuk membenci satu sama lain ialah kumpulan tidak berdaftar di Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat atau singkatnya BENDERA. Ketiga-tiga pelopor dan pimpinan tertinggi kumpulan tersebut, Mustar Bona Ventura Manurung, Adian Natilupulu dan Serdi Semaun adalah orang Batak Kristian dan ahli-ahlinya adalah orang-orang yang mempunyai perwatakan seperti mereka yang merupakan pendemo upahan profeisonal. Profail Mustar seperti yang ditulisnya sendiri adalah seperti berikut:

"Saya adalah mustar bona ventura manurung yang lahir tepat pada tanggal 1 feb 1975 dengan bintang aquarius,saya dilahirkan dari asli orang tua batak yang hanya pekerja biasa-biasa dan saja dan ibu yang hanya menjadi tulang punggung keluarga kami…..saya dilahirkan dikota hujan bogor.dan selesaiakan sekolah dasar di SD negeri pabrik gas III bogor,menyelesaikan sekolah menengah pertama Kristen (SMPK)bogor,dan melanjutkan sekolah menengah atas di sekolah menengah atas Katholik Budi Mulia(BM) Bogor.dan pada tahun 1994 saya mendaftarkan diri dikampus uki,tapi pada tahun 95 baru mulai aktif kuliah,karena pada thn 1994 saya coba kursus dibandung untuk bisa masuk di univ katholik parahayangan bandung namun gagal masuk,lalu kemudian saya melanjutkan kuliah di Universitas Kristen Indonesia(UKI) fakultas ekonomi jurusan akuntansi…saat ini juga belum lulus kuliah dan masih CSE(calon sarjana ekonomi) dan ini masih menjadi tanggung jawab beban hutang yang harus aku lunasi pada kedua orang tua saya,keluarga saya dan juga pada adik-adik tercinta saya dan juga kekasih hati saya yang baik hati……tetapi belum tau kapan akan lulus dan dapatkan gelar sarjana...
Klik di sini untuk profil lanjut Mustar.




Melihat kepada perwatakan pimpinan BENDERA maka tidak dapat tidak akan menimbulkan sangkaan tentang adanya motif anti-Islam dalam demonstrasi yang mereka anjurkan. Golongan seperti merekalah yang paling beruntung bila berlaku perbalahan antara dua negara Islam berjiran itu. Oleh kerana sebahagian besar penduduk Indonesia beragama Islam maka demonstrasi yang mereka anjurkan bertopengkan nasionalisma, hak paten budaya dan sebagainya. Andai ketara agenda sebenar mereka, tentu mereka akan dibelasah oleh rakyat Indonesia yang beragama Islam.
Turut dijadikan isu ialah layanan Malaysia terhadap Tenaga Kerja Indonesia (TKI) meski pada hakikatnya pihak berkuasa Malaysia banyak memberikan kemudahan lebih kepada TKI berbanding dengan tenaga kerja asing dari lain-lain negara. Malah isu penderaan pembantu rumah dari Indonesia yang banyak membangkitkan kemarahan rakyat negara itu, dilakukan oleh majikan bukan-Melayu. Jurnalis dari Australia, Helen Vatsikopoulus menyatakan bahawa "polisi kerajaan yang memberikan hak keistimewaan kepada orang Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada kaum-kaum lain. Kes-kes penderaan pembantu rumah menunjukkan suatu tingkahlaku "kompensasi" dimana majikan yang tidak berpusahati itu melepaskan geram ke atas pembantu rumah mereka (yang mereka anggap sebagai sebahagian dari orang Melayu).


Pihak-pihak lain yang berkepentingan untuk menjatuhkan pemerintah sah, yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat masing-masing di kedua-dua negara itu akan turut mengambil peluang dalam kekecohan tersebut. Oleh yang demikian, Perdana Menteri Malaysia menasihatkan agar rakyat negara ini tidak termakan umpan atau terperangkap dengan agenda penghasut anti-Malaysia itu.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da'i Bachtiar pula memberitahu bahawa demonstrasi sedemikian hanya dilakukan oleh segelintir rakyat negara itu, tidak mendapat restu pemerintah dan akan diambil tindakan sewajarnya. 





Tuesday, September 21, 2010

Ubi Kayu Kini Mendapat Permintaan Pasaran Tinggi di Kunak

Lima tahun dahulu, penggunaan ubi kayu atau nama saintifiknya, Manihot esculenta, amat terhad. Ketika itu ia setakat digunakan sebagai makanan sampingan terutama di kalangan suku kaum Bajau dan juga untuk membuat kuih-muih untuk hidangan seisi keluarga.
Di pasar terbuka Kunak, atau lebih dikenali sebagai Pasar Minggu oleh penduduk tempatan, pada setiap hari Ahad, kelihatan longgokan ubi kayu tinggal menjadi kering atau buruk kerana pengeluaran oleh para petani dan pekebun kecil melebihi permintaan.

Kini keadaan itu amat berbeza. Jarang ditemui ubi kayu dijual di Pasar Minggu Kunak. Hal ini adalah kerana permintaan pasaran yang agak tinggi di Daerah Kunak. Tentunya para petani yang mengusahakan ubi kayu samada sebagai tanaman utama mahupun sampingan merasa lega.
Permintaan hasil pertanian itu menjadi tinggi berikutan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pertanian Kawasan Kunak melalui Kumpulan Petani Wanita Maju (KPWM). Tiga atau empat tahun yang lalu KPWM telah menganjurkan beberapa siri kursus dengan sasaran khas kepada suri rumahtangga yang tidak bekerja. Kursus yang bertujuaan untuk membantu meningkatkan pendapatan isirumah membimbimbing para peserta untuk mengusakan produk berasaskan pertanian bermula dari rumah.
Sambutan amat menggalakkan terutama dari kalangan peserta kursus yang diadakan di Balairaya Kg Cenderawasih. Beberapa orang suri rumahtangga dari kampung tersebut telah memulakan perusahaan kecil dengan membuat kerepek menggunakan ubi kayu sebagai bahan asas.
Seorang daripada suri rumahtangga tersebut ialah Puan Striani Binti Mohd Ali. Bermula dengan modal sejumlah RM 200 yang diambil dari lebihan belanja dapur yang diberikan oleh suaminya setiap bulan, Puan Striani mula mengaplikasi ilmu yang dipelajarinya dari kursus anjuran KPWM itu. 
Beliau bermula dengan membuat kerepek ubi bergula bersaiz besar. Di peringkat awal kerepek yang dihasilkan oleh beliau tidak begitu memuaskan seperti keadaan kurang rangup, gula mudah cair dan sebagainya. Dengan kegigihan, beliau terus mencuba dengan mengubahsuai komposisi bahan yang disyorkan. Akhirnya beliau berjaya menghasilkan antara kerepek ubi bergula yang paling mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan. 
Kebanyakan kerepek keluaran beliau dipasarkan di Gerai Simpang Empat Kunak berhampiran dengan bulatan utama daerah ini.
Kini Puan Striani telah mempelbagaikan jenis produk kerepek ubinya menggunakan jenama Produk Desa. Selain daripada kerepek ubi bergula, Produk Desa juga menyediakan kerepek ubi dengan perisa kari, tenusu,  black pepper, dan kerepek ubi pedas. Produk lain ialah kuih bahulu bijan, keropok lekor, keropok ikan dan kerepek pisang.
Untuk tempahan jualan borong, Puan Striani boleh dihubungi melalui telefon bimbit 016-5848727 atau kediaman 089-854039 atau email: anural25@gmail.com.


Monday, September 20, 2010

Kes Sosilawati: Siapa Isteri Sebenar A.Muthuraja

"Drama" terbaru berkaitan dengan rentetan peristiwa pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya beserta 3 orang yang lain muncul pula di India. Selain daripada S.Usharani, wanita yang mengaku sebagai isteri kepada A. Muthuraja, usahawan India yang telah dilaporkan hilang, seorang lagi wanita di India, S.Ramalakshmi mendakwa dialah isteri yang sah kepada Muthuraja.


Menurut Ramalakshmi, meskipun hubungannya dengan suaminya itu agak renggang, mereka telah merancang untuk memulihkannya. Tambahnya, Usharani tidak dikahwini secara sah oleh Muthuraja.
Muthuraja dikatakan telah hilang selepas membuat pertemuan dengan dua peguam adik-beradik yang merupakan suspek utama dalam pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.



Dua lelaki telah ditahan reman selama seminggu berkaitan dengan kehilangan usahawan dari India itu, manakala lanjutan tahanan reman dikenakan kepada tiga yang lain, termasuk peguam adik-beradik itu.
Pihak polis masih lagi menunggu sampel DNA ahli keluarga Muthuraja dari India dengan bantuan Interpol. Sampel berkenaan diperlukan dalam siasatan berikutan penemuan ratusan cebisan tulang di dasar sungai Panchau di Banting.



Friday, September 17, 2010

Pengakuan Tertangkap: Mangsa Diikat, Dipukul, Ditikam, Dibakar dan Abunya Dibuang ke Dalam Sungai


Sembilan Lagi Kes Jenayah termasuk Dua Kes Kehilangan Individu

Hasil siasatan pihak polis menunjukkan 9 lagi kes jenayah telah dilakukan oleh Pathmanabhan a/l Nalliannen, iaitu suspek utama pembunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.dan tiga yang lain.
Menurut ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar peguam yang menjadi dalang pembunuhan kejam itu telah terlibat dalam 7 kes komersil bernilai RM 7.1juta sejak tahun 2005.
Dua lagi kes yang lain melibatkan kehilangan dua individu yang dipercayai turut dibunuh.

Wednesday, September 15, 2010

Suspek Utama Pembunuhan Datuk Sosilawati di FACEBOOK & Video Terkini myMetro

Di bawah ini ialah imej laman Facebook suspek utama pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan 3 yang lain. Setakat ini, dia mempunyai cuma 13 rakan FB.


Pasukan forensik pula telah mula menggeledah pejabat suspek di Banting dan mengambil beberapa bahan serta dokumen dari pejabat berkenaan untuk siasatan lanjut.

Monday, September 13, 2010

Kes Bunuh dan Bakar Datuk Sosilawati Lawiya


Kronologi Peristiwa Pembunuhan Datuk Sosilawati
28 Ogos: Pengasas sebuah syarikat pembuatan kosmetik tempatan Datuk Sosilawati Lawiya kali terakhir dilihat orang ramai pada majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
30 Ogos: Sosilawati, 47, keluar dari rumahnya di Gombak ke Banting untuk urusan jual-beli tanah berniai RM1.4juta. Belia memberitahu anak perempuannya yang beliau akan berada di Banting selama tiga hari.
01 Sept: Tiga hari telah berlalu namun tiada khabar berita dari Sosilawati, pemandu beliau Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Karim, 32, mahupun penasihat kewangan beliau Noorhisham Mohammad, 38.
05 Sept: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah memberitahu yang pihak polis telah menerima laporan mengenai kehilangan keempat-empat orang berkenaan.
06 Sept: Kereta mewah milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemuai di Subang Jaya.
09 Sept: Seorang suspek ditahan.
10 Sept: Suspek yang ditahan menunjukkan kepada polis tempat dimana beberapa barangan milik Sosilawati ditemui. Lima orang dari kawasan tersebut telah ditahan. Seorang peguam telah dipanggila untuk memberi keterangan di ibupejabat polis Kuala Langat, kemudian dibebaskan.
11 Sept: Dua beradik telah ditahan. Polis mengesyaki bahawa mangsa telah dibunuh dan mayat mereka dibakar dan habuknya dibuang ke sebatang sungai berhampiran ladang Gadong di Tanjung Sepat, dekat Morib.
12 Sept: Pihak polis menahan dua orang peguam adik-beradik berkaitan dengan kes pembunuhan tersebut, seorang daripadanya bergelar Datuk.





Pembakaran Mayat Datuk Sosilawati Menggunakan Kaedah Tradisi
Mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang mangsa yang dibakar bersama beliau dikatakan menggunakan kaedah tradisi menggunakan najis lembu dan petrol. Kaedah itu dikatakan boleh membakar hangus mayat manusia menjadi habuk dalam tempoh antara 30 minit hingga satu jam sahaja.
Purata masa yang biasa bagi pembakaran mayat dalam keranda pada suhu 1,100°C biasanya mengambil masa antara dua hingga tiga jam.
Kaedah tradisi yang berasal dari India itu melibatkan penggunaan najis lembu yang diletakkan diatas mayat kemudian disiram petrol lalu di bakar.
Gas yang terhasil dari najis lembu yang sedang terbakar meningkatkan gejolak api yang menyebabkan tubuh badan cepat menjadi habuk.