Friday, December 21, 2012

211212 Sudah Tiba dan Dunia Belum Kiamat

Hari yang dinanti-nanti untuk melihat berakhirnya riwayat bumi telah tiba, namun bumi masih berputar seperti biasa. Menurut tafsiran para pengkaji Kalendar Maya, saat akhir itu bertepatan pada pukul 5.07 pagi waktu Mexico iaitu pukul 7.07 malam waktu Malaysia, lebih 1 jam yang lalu. 

Hadapan Candi Maya "Gran Jaguar"  (AFP Photo / Johan Ordonez)

Namun begitu, menurut kenyataan dari Mexico’s National Institute of Anthropology disebabkan ketidaktepatan pada perkiraan, saat yang dinanti hanya disahkan berakhir pada Ahad ini, 23 Disember 2012.

Jangkaan beberapa golongan bahawa planet-planet dalam sistem suria akan berada pada kedudukan sebaris pada hari ini juga turut meleset. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan planet-planet tersebut pada ketika ini.


Dunia pasti akan berakhir tapi nampaknya bukan hari ini ...

Sunday, December 16, 2012

Kaedah Mudah Darab dengan Sebelas

Terdapat suatu kaedah yang membolehkan anak-anak memperoleh jawapan cepat bagi sesuatu nombor dua-digit yang didarab dengan sebelas misalnya:

(a) 22 x 11 = ?,
(b) 43 x 11 = ?,
(c) 72 x 11 = ?

Caranya ialah dengan meletakkan hasiltambah kedua-dua digit tersebut di tengah nombor asal.
Kita ambil contoh (a) di atas iaitiu 22 x 11 ...

2 + 2 = 4, maka 22 x 11 = 242

Untuk contoh (b) pula iaitu 43 x 11 ...

4 + 3 = 7, maka 43 x 11 = 473

Untuk contoh (c) tentunya anda sudah dapat menjawabnya dengan mudah iaitu 792!

Kaedah ini perlu diubahsuai sedikit apabila hasiltambah kedua-dua digit lebih daripada 9.
Contoh: 85 x 11 = ?
Dalam hal ini, digit pada kedudukan PULUH ditambah 1, dan letakkan SA dari hasiltambah di antara dua digit.
Dari contoh di atas, 85 x 11 = 9#5 dimana # ialah 3 sebab 8 + 5 = 13

59 x 11 = 649 (5 + 1 = 6) dan (5 + 9 = 14)

Cubalah selesaikan yang berikut dengan pantas tanpa menggunakan kalkulator atau pen dan kertas;

  • 34 x 11 = ?
  • 81 x 11 = ?
  • 73 x 11 = ?
  • 78 x 11 = ?
  • 49 x 11 = ?
SELAMAT MENCUBA ...