Monday, March 30, 2009

Kursus Jatidiri






Pada 11 hingga 14 March 2009 yang lalu, seramai 70 orang Ketua Kampung (KK) dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Daerah Kunak telah mengikuti suatu kursus yang dianjurkan oleh Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kawasan N51 Kunak. Sememangnya telah banyak kursus yang diadakan diserata tempat, tetapi kursus ini memang lain dari yang lain.Yang Berhormat Encik Nilwan Bin Kabang, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan N51 Kunak adalah orang yang telah mencadangkan untuk mengadakan kursus ini. Dalam satu perjumpaan dengan kakitangan UPKR N51 Kunak, YB telah menegaskan akan kepentingan para pemimpin masyarakat luar bandar mempunyai jatidiri yang tinggi. Mereka perlu cekal dalam menghadapi permasaalahan masyarakat serta petah menyampaikan maklumat atau maksud secara lisan.

Dua nilai yang disebutkan, iaitu, kecekalan hati dan kepetahan lidah hendaklah dibangunkan serentak dalam satu kursus. Kursus yang bagaimanakah agaknya?

Berkursus di Pulau Terpencil

Melatih kepetahan berbicara boleh dilakukan dimana-mana sahaja namun latihan kecekalan hati hanya boleh dilakukan dalam persekitaran yang mencabar - suatu keadaan dimana prasarana yang biasanya diambil mudah tidak lagi dapat dicapai. YB dan kakitangan UPKR Kunak sependapat bahawa persekitaran sedemikian wujud di pulau-pulau kecil yang t
erdapat di perairan Daerah Kunak.

Jawatankuasa Pelaksana (JKP) yang dianggotai oleh kakitangan dari jabatan-jabatan kerajaan yang terdapat di Daerah Kunak telah dibentuk pada 9 Feb 2009. Dalam mesyuarat pada 25 Feb 2009 JKP memilih Pulau Silumpat sebagai tempat mengadakan kursus. Pulau tersebut terletak kira-kira 11 km ke arah Timur-Laut Jeti Kunak.

Pada 4 Mac 2009 YB turun padang untuk meninjau sendiri kawasan di pulau berkenaan yang sesuai dijadikan tapak perkemahan para peserta dan urusetia. Beliau diiringi oleh kakitangan UPKR Kunak, Bomba & Penyelamat dan Polis.

Kawasan yang dipilih ialah bahagian Utara pulau tersebut berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Kawasan lapang sedia-ada kerana ia merupakan tempat kaum nelayan berhenti rehat. Pertimbangan ini adalah untuk meminimakan gangguan ke atas ekologi pulau.
  • Ia berhampiran dengan pos kawalan 3RAMD di Pulau Tabawan. Jaraknya hanya 0.36 km . Pertimbangan ini adalah sebagai langkah meningkatkan keselamatan peserta.
Pelaksanaan Kursus

Rabu, 11 Mac 2009. Jeti Pengkalan Kunak menyaksikan hampir semua ketua kampung, pengerusi JKKK, kakitangan UPKR, JHEAINS dan lain-lain jabatan kerajaan yang terdapat di Daerah Kunak ,lengkap dengan kelengkapan kembara menaiki tiga buah kapal nelayan. Mereka belayar ke arah matahari terbit. Pelayaran ke destinasi mengambil masa 1 jam 28 minit.

Ketibaan peserta kursus disambut oleh Sarjan Rashid dan beberapa orang perajurit dari 3RAMD. Mereka datang untuk mengetahui bilangan rombongan agar merek dapat mengatur langkah-langkah keselamatn yang sewajarnya.

Sebaik sahaja rombongan mendarat, hujanpun turun. Kemah belum sempat didirikan. Keadaan itu dijadikan sebagai inti kursus - latihan kecekalan. Ia merupakan kandungan kursus yang bukan dirancang oleh JKP. Bahkan ia dirancang lebih awal oleh Al-Alim (Yang Maha Mengetahui). Dia mengetahui segalanya. Dia tahu niat tulus para peserta untuk melatih diri menghadapi situasi-situasi yang mencabar dan tidak diduga.

Semangat gotong-royong terhimpun di jiwa setiap ahli. Tanpa mengira pangkat dan darjat mereka bergegas mendirikan kemah utama untuk tempat berlindung. Tatkala kemah telah siap, hujanpun berhenti. Mereka memandang satu sama lain lalu tersenyum.

"Coba-aaan!", laung KK Jalil meniru gelagat Bujang Lapok. "Duga-aaan!", sahut seorang ustaz dari kalangan peserta.

Solat Jumaat Yang Pertama

Ketika masuk waktu Zohor pada 13 Mac 2009, Pulau Silumpat menyaksikan buat pertama kalinya Solat Jumaat ditunaikan di dadanya. Jemaah kembara ini disertai pula oleh YB Encik Nilwan, ADO Encik Husin Ibrahim serta Leftenan Farid dan beberapa orang perajurit dari 3RAMD.

Penutupan Kursus

Kursus ini ditutup dengan resminya pada 14 Mac 2009 oleh YB Encik Nilwan Kabang dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada peserta, fasilitator (penceramah) dan individu-individu yang telah membantu menjayakan kursus.