SABAH KINI TERDEDAH KEPADA INFLUENZA A(H1N1)?
- Sehingga ke hari ini, penduduk Sabah seakan-akan terlepas dari ancaman influenza A(H1N1) yang mula dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 24 April 2009.
- Memandangkan kemungkinan menularnya pandemik berkenaan ke Negeri Sabah, kami telah memuatkan beberapa panduan ringkas dalam menangani wabak tersebut melalui blog ini dalam pos "Mengenali dan Menangani Influenza A(H1N1) bertarikh 29 Mei 2009. Komen dari seorang pembaca pos ini mungkin juga berfaedah kepada pembaca lain, terutama dari kalangan Umat Islam.
- Kini, wabak yang sedang menggerunkan penduduk seluruh dunia akhirnya telah sampai kepada kita.
- Pada pukul 1.41 petang hari ini, 25 Jun 2009, Agensi Berita Nasional (BERNAMA) melaporkan bahawa mangsa kes ke-91 wabak ini di Malaysia merupakan seorang warganegara Malaysia yang baru pulang dari Melbourne, Australia pada 20 Jun 2009. Mangsa tersebut, seorang lelaki, telah transit di KLIA sebelum menaiki penerbangan lain ke Kota Kinabalu, kemudian ke Sandakan pada hari itu juga.
- BERNAMA tidak pula menyatakan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh kita semua dalam usaha mengawal penyakit tersebut dari merebak:
- Di mana pesakit berkenaan sedang dirawat? Apakah pesakit berkenaan dan anak lelaki Datuk Peter Pang (Timbalan Ketua Menteri Sabah) yang baru sahaja pulang dari Melbourne seminggu yang lalu orang yang sama?
- Nombor penerbangan yang membawa beliau ke Kota Kinabalu dan Sandakan?
- Bagaimana nasib dengan penumpang-penumpang lain dalam penerbangan tersebut? Apakah mereka sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan segera sebaik sahaja mereka mengalami sebarang simtom yang berkaitan dengan influenza A(H1N1)?
- Datuk Peter Pang dan keluarga kini mengkuarantinkan diri sebagai langkah berhati-hati (untuk tidak merebakkan virus seandainya mereka turut dijangkiti). Suatu sikap yang bertanggungjawab dan patut dicontohi.
- Laporan WHO pada 24 Jun 2009 menunjukkan sejumlah 55,867 kes di seluruh dunia dengan angka kematian seramai 238 orang. Malaysia mencatat 91 kes, 74 berpunca dari luar negara dan 14 merupakan jangkitan dalam negeri.
7 comments:
Dalam beberapa kes atau laporan berita, pihak Akhbar atau pertubuhan berita bertanggungjawab dalam memastikan maklumat seseorang individu tidak disiarkan atas sebab-sebab tertentu.
Kebanyakan penulis blog masa kini dilihat tidak memahami prinsip atau etika kewartawanan kerana mungkin mereka bukannya dikalangan penulis yang memahami kod-kod etika dalam penulisan sesuatu rencana, berita atau mesej yang disampaikan terus menerusi blog.
Umum mengetahui, di Malaysia, kita mempunyai Akta Multimedia dan Komunikasi yang perlu dipatuhi.
Menyebut secara terang-terangan mengenai peribadi seseorang adalah salah lebih-lebih lagi jika ia melibatkan tuduhan atau prasangka, meskipun blog ketika ini adalah BEBAS untuk bersuara.
Aku rasalah, kes yg sdr kunakian sebut ni samalah. Akupun ada baca BERNAMA punya laporan pasal anak Datuk PP yg baru balik dari Australia minggu lepas... lebihkuranglah masa yg dilaporkan dalam kes ke 91. Sukur jugalah ikut itu laporan, keadaannya stabil.
Memang patut respeklah Datuk PP ni yang sanggup kuarantine diri utk kebaikan kita semua.
Terimakasih jugalah kepada sdr Kunakian yg tulis pasal Influenza ni termasuk yg awal-awal dulu walaupun sdr mungkin tidak dapat apa-apa bayaran macam wartawan yg banyak etika sampai sembunyi berita yg perlu diberitakan.
Teruslah khidmat kemanusiaan. Tuhan ada tengok sama sdr.
Saya puji komen yang ditulis oleh Samson Andun dalam blog Kunakian.
Tetapi, kenyataannya mengatakan 'bayaran' dalam komen itu seolah-olah merujuk yang semua wartawan di Malaysia dibayar imbuhan oleh individu tertentu untuk melaporkan sesuatu berita.
Kenyataan Samson seolah-olah menghina golongan wartawan di negara ini yang telah banyak berjasa sejak sebelum merdeka lagi sehinggalah ke hari ini media di Malaysia sentiasa bekerjasama dengan kerajaan untuk kestabilan negara .
Memang diakui ada dikalangan penulis atau wartawan khas yang bekerja dengan YB-YB atau oreang kenamaan, tetapi tidak semua yang mengamalkan minta bayaran baru siar atau tidak menyiarkan sesuatu berita itu .
Agensi media yang berdaftar di Malaysia sentiasa mengutamakan etika dan berhati-hati dalam laporan mereka.
Kepada Samson Andun, silalah bertemu dengan mana-mana wartawan dan berkongsilah cerita mereka bagaimana usaha golongan ini untuk memberi maklumat kepada masyarakat dengan tidak mengira masa untuk berkhidmat.
- bekas wartawan, Tawau .
Kebanyakan laporan dalam blog yang ditulis oleh penulis-penulis blog adalah diambil dari laporan akhbar atau media cetak yang diolah semula oleh pengendali blog sedangkan laporan tersebut bukannya hasil daripada 'keringat' mereka untuk mendapatkan bahan berita.
Samson Andun perlu berterima kasih kepada wartawan Bernama dan pihak media yang lain .
- Tawau
Aku ni pengguna saja. Lebih banyak maklumat, lebih baik. Terima kasih semua wartawan, blogger, yg komen-komen dan lain-lain. Terima kasih, TQ, kam si a...
Aku pun respek bah sama wartawan semua kecuali yg wartawan gossip hiburan tu kureng sikitlah.
Macammanapun dalam hal ni aku sokong si Samson. Kenapa pula mau di sembunyikan hal ini flu babi? Inikan satu wabak. Dia tidak kira mangsa, siapa-siapa pun boleh kena. Maka perlulah kita mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan diri, elakkan ke luar negara terutama yang kes flu babinya tinggi dan yang paling penting elakkan 'contact' secara langsung dengan mereka yang terjangkit. Macam itu datuk, saya respek juga dia pasal dia sayang sama kita bah tu sampai dia kuarantinkan diri dan keluarga dia.
Bah datuk, sabar ja mudah-mudahan semua kembali baik seperti sediakala.
Terima kasih kepada semua blogger termasuk Kunakians yang mengingatkan kita hal ini wabak. Kepada semua wartawan, aku rasa macam masih kurang bah artikel pasal ini wabak dalam akhbar kamu. Kalau boleh tu, cuba kunun kasi rancak lagi biar orang jadi takut supaya dorang serius mengambil langkah pencegahannya. Salam.
Bagi aku asal berita itu benar tak ada masalahlah nak siarkan apalagi rasanya berita orang yang mendapat influensa H1N1 selesema babi bukanlah suatu yang aib lagi mengaibkan. Ia suatu yang malang, tidak semestinya silap orang yang dijangkiti. Jadi tidak salah menyebut nama orang yang terkena sama seperti bila wartawan melaporkan nama mangsa kemalangan jalanraya dan sewaktu dengannya. Terkadang ada sekatan dan etika yang sebenarnya sudah tidak relevan dengan arus berteknologi maklumat pada masa kini.
Semalam satu media elektronik yg terkemukapun menyebut kes dan nama individu yang sama, agaknya akta yang sifahami oleh anonymous sudah lain ngan akta yang dipakai wartawan sekarang, entahlahlah labu......
Post a Comment