Kami dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara perasmian penutupan Kem Padu Anak Malaysia anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Tawau di kawasan Hutan Simpan Madai berhampiran Air Terjun Madai, yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Nilwan Kabang, ADUN N51 Kunak.
Saya dan tiga rakan lain menumpang kereta "R" (lihat ilustrasi di bawah) yang dipandu Encik Halid, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kunak. Dihadapan kami ialah kereta (Q) yang dinaiki oleh Datuk Nilwan yang mengekori sebuah trak (P). Ketika menghampiri Simpang Kampung Dasar Lama, berlaku satu kemalangan di hadapan mata.
Sebuah kereta Avanza (A) berwarna putih dengan 6 orang penumpang termasuk pemandu, telah terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta Kancil (K) yang keluar dari simpang Kg Lormalong. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3:50 petang, Ahad 27 Mac 2011.
Untuk mengelak kereta yang keluar dari Simpang Kg Lormalong itu, pemandu Avanza mengambil jalan ke sebelah kanannya. Namun, dari arah bertentangan terdapat beberapa kenderaan yang didahului oleh sebuah trak ringan. Pemandu Avanza mengelak pula dari pertembungan dengan trak tersebut tetapi kereta itu terbabas dan naik ke tebing yang agak tinggi. Ia terus meluncur sejauh kira-kira sejauh 20 meter sebelum berpusing dan terbalik ke sisi.
Kamipun berhenti untuk memberikan bantuan. Hati terasa lega apabila kami melihat penumpang-penumpang keluar satu-persatu dari kereta malang itu. Dari luaran, tidak ada penumpang yang cedera parah, tetapi tiga orang daripadanya kelihatan lemah. Datuk Nilwan menawarkan bantuan untuk membawa mereka ke Hospital Kunak. Tawaran itu diterima dan ketiga-tiga mereka di bawa ke hospital menggunakan kereta Encik Halid.
Ilustrasi menunjukkan bagaimana kemalangan pada petang 27 Mac 2011 berhampiran Simpang Kg Lormalong berlaku |
Datuk Nilwan (memakai topi) menawarkan bantuan membawa mangsa (baju hitam) ke hospital. |
Bumper hadapan terpisah dan tertinggal jauh sebelum kereta itu terbalik |
Lokasi kejadian |
3 comments:
ribuan terima kasih diucapkan kpd datuk nilwan, encik halid dan semua yang mberi pertolongan kpd kami mangsa kemalangan ni..alhamdulillah kami beransur pulih dan sudah kembali mengajar..tp pengalaman ni tetap tepahat dlm ingatan kami... kami berharap pemandu kancil tu sedar akan kesilapannya dan kejadian seumpama ini xkan berlaku lg....
Syukur Alhamdulillah sdr/sdri semua selamat. Kami di Kunak turut simpati dan mendoakan semoga sdr/sdri semua cepat pulih sepenuhnya.
Sememangnya terdapat banyak kawasan merbahaya (accident prone) sepanjang laluan Kunak-Lahad Datu. Perkara ini pernah disuarakan oleh Datuk Nilwan dalam persidangan DUN Sabah ketika membahas Bajet Negeri 2011 pada November tahun lalu. (lihat teks perbahasan tersebut di sini: http://pdfcast.org/pdf/ucapan-bahas-bajet-negeri-sabah-2011-oleh-adun-kunak Kita harap semoga pihak kerajaan mengaMbil langkah-langkah segera untuk mengatasi masalah tersebut.
Di kawasan dimana kemalangan berlaku kpd sdri & rakan2, mungkin perlu dibina "roundabout".
"GET WELL SOON"
alala. nasib baik semua selamat. saya kerja di kg lormalong. hari2 bawak keta. mmg kadang2 tu ada keta yang x tgk kiri kanan pun. harap2 lepas ni pemandu tu lebih berhati2. jgn disebabkan kecuaian dia, nyawa orang lain menjadi mangsa.
Post a Comment