Friday, March 4, 2011

Pesawat Perang Gempur Pemberontak Libya - Harga Petroleum Melepasi USD100

Pasukan yang setia kepada Muammar Gadhafi melancarkan serangan udara ke atas kawasan yang dikuasai oleh pemberontak pada Khamis 03 Mac 2011. Bom dijatuhkan dari udara dengan mengsasarkan lapangan terbang dan radar berhampiran telaga pengeluaran minyak petroleum dekat Bandar Benghazi. Serangan di darat pula dilakukan dengan tembakan dari kawasan tanah tinggi. Walau bagaimanapun selepas beberapa jam pertempuran pihak pemberontak berjaya menguasai semula kawasan tersebut.


Di New York, harga minyak mentah melepasi "tahap kebimbangan", USD100 se tong, apabila ia didagangkan di Asia trade pada harga USD100.33 se tong lewat pagi tadi. Saham-saham di Wall Street turut berjatuhan apabila Ketua Federal Reserve AS mengeluarkan amaran bahawa harga minyak yang tinggi boleh mencetuskan inflasi dan melembabkan pemulihan ekonomi.

Pertempuran antara pemberontak dengan penyokong Gadhafi menyebabkan penurunan drastik terhadap pengeluaran petroleum. Sebelum pemberontakan itu, Libya yang merupakan pengeluar minyak mentah ke-12 terbesar di dunia mengeluarkan 1.6 juta tong sehari. Kini pengeluarannya hanya antara 700,000 hingga 750,000 tong sehari. Para pelabor kini bimbang akan berlakunya pula pergolakan dan keganasan di lain-lain kawasan di rantau itu, yang memilik lebih daripada 60% simpanan minyak dunia.

Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) keadaan di sempadan Libya-Tunisia kini berada dalam keadaan kritikal dengan dibanjiri oleh ribuan pekerja asing yang ketakutan. Lebih 100,000 orang telah meninggalkan Libya sejak tercetusnya pergolakan di negara itu, dalam usaha mengelak dari ancaman elemen-elemen yang setia kepada rejim Gadhafi. Sekurang-kurangnya 1000 jiwa telah terkorban.

Sementara itu, dua kapal perang AS, USS Kearsarge dan USS Ponce, semalam telahpun memasuki Terusan Suez menuju kawasan Mediterranean, dengan membawa pasukan marin dan kelengkapan.

USS Kearsarge yang dilengkapi dengan kelengkapan amfibi, 800 anggota marin, seangkatan pesawat helikopter serta fasiliti perubatan, mampu memberi bantuan kemanusian, dan dalam masa yang sama mampu melancarkan serangan bersenjata.

Gadhafi masih terus berdegil dan bersedia menjerumuskan negaranya ke kancah perang saudara.

No comments: