Pusat Amaran Tsunami Pasifik Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami melanda seluruh kawasan lembangan Pasifik melainkan AS dan Kanada berikutan gempabumi berukuran 8.9M yang berlaku di bahagian timur Honshu, Jepun, pada 0546 GMT hari ini, Jumaat 11 Mac 2011.
Amaran itu turut merangkumi Hawaii dan kawasan sepanjang pantai Pasifik dari Mexico hingga ke negara-negara Amerika Selatan.
Tsunami sedang menghanyutkan rumah dan bangunan di Sendai bahagian timur Jepun. Foto oleh AP |
Antara negara yang menghadapi risiko tsunami tersebut ialah Russia, Taiwan, Filipina, Indonesia, Papua New Guinea, Mexico, Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Panama, Honduras, Chile, Ecuador, Colombia dan Peru.
Peta berikut menunjukkan "model ramalan tsunami" oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik menunjukkan ketinggian ombak dan jangkamasa ia melanda selepas berlakunya gempabumi pada 0546 GMT.
Peta berikut menunjukkan "model ramalan tsunami" oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik menunjukkan ketinggian ombak dan jangkamasa ia melanda selepas berlakunya gempabumi pada 0546 GMT.
Rangkaian berita "Russia Today" memuatnaik video di bawah ini ke YouTube yang dikatakan sebagai rekaman CCTV kejadian tsunami yang melanda sebuah lapangan terbang.
"Associated Press" (AP) memuatnaik beberpa klip video yang dipetik dari badan penyiaran Jepun, NHK, menunjukkan tsunami menghanyutkan bangunan ketika melanda sebuah kawasan pertanian.
Klip ini pula menunjukkan bot dan kenderaan dihanyutkan ke bawah jembatan ketika gelombang air deras meredah masuk ke daratan.
"Al Jazeera" pula memuatnaik klip video berikut termasuk rekaman dari bilik berita sebuah agensi penyiar di Jepun, ketika gempabumi tersebut melanda.
No comments:
Post a Comment