Bilangan rumah di bawah skim Projek Bantuan Rumah (PBR) atau dahulunya dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi tahun 2010, untuk kawasan DUN Kunak yang disampaikan oleh ADUN Kunak, Datuk Nilwan Kabang pada 26 Mac 2011 sebenarnya berjumlah 80 unit dan bukannya 40 unit.
Datuk Nilwan menyampaikan replika kunci rumah PBR kepada ketua isirumah penerima |
Angka 40 yang dilaporkan oleh BERNAMA dan telah dipetik oleh beberapa media cetak, elektronik dan media alternatif, termasuk Berita Harian Online, sebenarnya adalah bilangan rumah PBR yang akan dibina di Daerah Kunak pada tahun 2011. Selain daripada pembinaan 40 unit rumah PBR baru bagi tahun ini, peruntukan untuk pembaikan 40 unit rumah golongan paling memerlukan juga telah disediakan dengan peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Replika kunci rumah untuk 80 unit rumah PBR yang dibina dalam tahun 2010 disampaikan oleh Datuk Nilwan kepada para ketua isirumah penerima di Dewan Masyarakat Kunak dalam satu majlis yang digabungkan bersama beberapa acara lain, termasuk Majlis Doa Kesyukuran. Turut disampaikan ialah bantuan keperluan rumahtangga kepada 81 penerima dan peralatan sekolah kepada 17 penerima, melalui peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
"Backdrop" hiasan pentas dalam majlis doa kesyukuran dan penyampaian beberapa kategori bantuan di Dewan Masyarakat Kunak pada Sabtu 26 Mac 2011 |
No comments:
Post a Comment