"Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" - begitulah peribahasa Melayu yang menuntut generasinya agar tahu mengenang budi dan menghargai jasa orang yang telah berbuat kebaikan. Mungkin itu masih menjadi pegangan ramai penduduk Kunak, sehingga apabila mendapat khabar yang Datuk Nilwan akan kembali ke Kunak pada 15 Mac 2011, mereka berpakat mengadakan sambutan ketibaan beliau yang di luar dugaan.
Datuk Nilwan telah tidak menginjakkan kaki ke Daerah Kunak sejak awal Januari tahun ini kerana menjalani pembedahan dan rawatan susulan di IJN Kuala Lumpur.
Mengikut jadual penerbangan, Datuk Nilwan dijangka tiba di Lapangan Terbang Tawau (LTT) pada pukul 2:00 petang, maka seawal pukul 1:00 petang, puluhan orang Kunak sudah di LTT. Sementara itu, ratusan penduduk pula menunggu di kawasan berhampiran Bulatan Simpang Empat Kunak (BS4).
Hujan mulai turun, dan di LTT, kami diberitahu bahawa penerbangan yang kami tunggu telah ditunda ke pukul 3:00 petang dan dijangka tiba pada pukul 4:00 petang. Kami menelefon seorang daripada Pengerusi JKKK yang berada di BS4 agar menuju ke Mesjid Daerah Kunak dan menunggu di sana.
"Tidak apa, biarlah hujan biarlah lambat, tapi kami akan tetap menunggu di sini sampai Datuk tiba", jawab PJKK itu.
Seperti yang kami telah diberitahu, Datuk Nilwan tiba di LTT sekitar pukul 4:00 petang dan amat terharu dengan kehadiran orang Kunak yang begitu ramai. Sejurus kemudian beberapa orang wartawan telah menemuramah beliau, bertanyakan tentang perancangan beliau seterusnya untuk Daerah Kunak.
Rupa-rupanya, dalam keadaan baru pulih dari pembedahan, Datuk Nilwan tetap memikirkan akan kesejahteraan rakyat yang diwakilinya.
"Kita beri keutamaan untuk mereka (penduduk di Daerah Kunak) memperoleh kediaman yang selesa. Apabila mereka sudah ada tempat yang selesa, maka kita akan mencari kaedah bagaimana membantu mereka meningkatkan pendapatan", jelas Datuk Nilwan.
Sememangnya, sebagai pemimpin yang dekat dengan rakyat, Datuk Nilwan tahu dan telah melihat sendiri bahawa masih ramai penduduk Kunak yang keadaan rumah mereka sangat daif. Masih banyak dengan bumbung bocor, masih banyak dengan dinding rabak dan masih banyak dengan lantai reput.
Dia tahu dan telah melihat malah mengalami keadaan mereka |
Tentang majlis doa kesyukuran yang diadakan, tidak perlulah diceritakan dengan panjang lebar. Memadai dikatakan bahawa semenjak ketibaan Datuk Nilwan ke Kunak, setiap hari ada sahaja komuniti yang mengadakan majlis seumpama itu.
Untuk masa di antara menghadiri majlis-majlis doa kesyukuran itu, Datuk Nilwan menerima kunjungan penduduk di rumahnya, mendengar permasaalahan dan mengarahkan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang diadukan.
Sementara itu, kakitangan Pejabat Perhubungan ADUN dan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Kunak pula diarahkan membuat perancangan menaiktaraf kehidupan penduduk Kunak. Antara yang diberi keutamaan ialah, kebajikan penduduk miskin, bantuan kecemasan, bantuan modal kepada pengusaha kecil dan yang baru mahu memulakan usaha kecil-kecilan, pembaikan rumah, pembaikan jalan kampung, jembatan, perparitan, bekalan air, letrik, pembaikan mesjid dan surau serta rumah-rumah ibadah yang lain, peralatan pembelajaran, peralatan kesihatan dan sebagainya.
Dalam tempoh tiga hari selepas ketibaan Datuk Nilwan di Kunak, perancangan itu telah diatur dan telah dikemukakan kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah untuk mendapatkan dana, dan seterusnya pelaksanaan program.
Penduduk Kunak bolehlah menghubungi pengerusi JKKK di kampung masing-masing untuk mengemukakan permohonan-permohonan keperluan bagi membaiki rumah dan kemudahan asas. Namun begitu, kita hendaklah bertindak atau membuat permohonan yang sewajarnya. Sebagai contoh, janganlah hendaknya, yang mampu membaiki rumah sendiripun mahu juga memohon bantuan membaiki rumah.
Kita harus sedar bahawa dana kerajaanpun terhad juga. Apabila yang mampu mendapat bantuan kerana berjaya mengemukakan "permohonan bohong" maka tentu ada insan yang lebih memerlukan akan tercicir dari bantuan yang wajar diterimanya. Tidakkah yang demikian itu suatu penganiayaan?
2 comments:
itulah yg aku heran... kdg2 ada org miliki bangunan kedai dan kereta bbrp biji, tp ntah macam mana boleh dapat rumah pprt! heran-heran..#$%@$%*?
Yang demikian hasil daripada maklumat palsu dalam permohonan, dan yg paling menyedihkan bila pihak yg dipertanggungjawabkan utk 'verify' maklumat itu, turut bersubahat. Keadaan serupa dilaporkan berlaku untuk skim bantuan KWAPM utk pelajar2, namun mekanismanya kini sudah diperhalusi dan diharap dapat membenteras sikap tidak bertanggungjawab dan 'tamak' di kalangan pemohon. Mekanisma kelulusan utk permohonan lain-lain bantuan dari kerajaan juga patut dikaji semula dan diperbaiki agar bantuan itu sampai kpd yg benar-benar memerlukannya.
Terimakasih atas komen sdr Wau Janak.
Post a Comment