Pergolakan di Timur Tengah, yang kini sedang meruncing di Libya mengancam kestabilan harga bahan petroleum dunia. Di kebanyakan negara maju kesan kenaikan harga bahan itu telahpun mula dirasai. Di Amerika Syarikat, harga petrol telah meningkat kepada $3.29 bagi setiap gelen, iaitu kenaikan sebanyak $0.60 sejak akhir tahun lepas. Kenaikan paling tinggi ialah di California dimana harga bagi satu gelen petrol ialah $4.59.
Kita sebagai rakyat Malaysia wajar bersyukur kerana setakat ini, tiada kenaikan harga bahan tersebut atas faktor alasan krisis di Timur Tengah itu. Di Daerah Kunak, harga RON95 kekal pada RM1.90 sejak bermulanya krisis itu di Tunisia bulan lalu.
Sejurus selepas mempengurusikan mesyuarat majlis tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn pada Jumaat 25 Februari, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa buat masa ini kerajaan tiada perancangan untuk menaikkan harga petrol dan akan menyemak semula subsidi petrol jika perlu. Sejumlah RM 10.3billion telah diperuntukkan dalam bajet 2011 untuk subsidi petrol. Jika krisis di Timur Tengah berlarutan, kerajaan akan menyemak semula subsidi itu, dan mungkin akan meningkat.
Perdana Menteri memberitahu bahawa kerajaan akan memantau dengan lebih dekat perkembangan di Timur Tengah, namun buat masa kini tiada cadangan untuk menaikkan harga RON95, manakala harga RON97 berlegar mengikut pasaran dunia. Harga RON95 dikawal oleh kerajaan berdasarkan peruntukan subsidi.
Menurut Perdana Menteri lagi, apapun keputusan yang dibuat, ia akan mengambil kira bebanan yang ditanggung oleh rakyat sebagai keutamaan, walaupun terpaksa memperuntukkan amaun sabsidi yang besar.
Sebagai rakyat Malaysia, kita patut menghargai keprihatinan kerajaan dengan memainkan peranan sewajarnya. Dalam hal ini, hendaknya kita memberikan kerjasama dalam mebenteras penyeludupan keluar petrol bersabsidi, atau apa-apa jua barangan yang diberikan sabsidi oleh kerajaan untuk rakyat dan penduduk negara bertuah ini.
1 comment:
ya... secocoknya rakyat sangat suka jika RON 95 tidak naik dong...
Post a Comment