Cairo (Jumaat, 11 Feb 2011): Rakyat Mesir berpesta ketika mendapat berita bahawa Hosni Mubarak, yang memerintah negara itu selama hampir 30 tahun, akhirnya mengalah kepada tuntutan rakyat yang selama 18 hari tanpa putus asa meminta Mubarak letak jawatan.
Mubarak merupakan pemimpin negara Arab yang kedua (selepas Tunisia) akur kepada tuntutan rakyat yang mahukan pentadbiran memberikan mereka lebih kebebasan. Perletakan jawatannya itu mencetuskan keriangan dan pesta di jalan-jalan bandar di seluruh negara itu. Namun begitu, apa yang akan terjadi seterusnya belum lagi jelas. Pihak tentera yang mengambil alih kuasa buat sementara waktu, belum memberikan sebarang gambaran akan langkah-langkah seterusnya yang akan diambil.
Rakyat Mesir berpesta selepas mendapat berita tentang pengunduran Mubarak |
Dalam satu kenyataan melalui televisyen pada Jumaat malam, pihak tentera berjanji yang mereka tidak akan menajdi pengganti "kerajaan yang sah", dan akan mengambil langkah-langkah bagi memenuhi aspirasi rakyat negara tersebut.
Video klip berikut menunjukkan pengumuman yang dibuat oleh Naib Presiden, Omar Suleiman mengenai perletakan jawatan itu, serta suasana riang di Kaherah selepas pengumuman tersebut:
No comments:
Post a Comment