Walau di mana jua, di perjalanan, di tempat kerja atau di rumah, terkadang kita terluka. Luka yang kecil jika tidak segera dirawat boleh membawa kepada infeksi dan boleh menjadi sesuatu yang merbahaya.
Dengan yang demikian adalah elok sekiranya terdapat ubat yang boleh dicapai dan digunakan bila-bila masa ia diperlukan. Ini terutamanya penting bagi rumah atau kediaman yang agak berjauhan dari klinik.
Allah mengamanahkan bumi ini kepada umat manusia untuk menjadi khalifah dan besertanya Dia memenuhinya dengan pelbagai khasiat di serata tempat, di darat dan di lautan. Pelbagai jenis tumbuhan disediakan untuk umat manusia. Setiap spesis mempunyai manfaatnya tersendiri. Hanya sahaja masih banyak yang belum diketahui oleh manusia bagaimana untuk memanfaatkannya.
Sejak dahulu kala masyarakat Melayu memang banyak menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai herba perubatan termasuklah lidah buaya, mengkudu, bawang putih, tongkat ali, pokok inai, gelenggang dan sebagainya.
Apa nama pokok ini?
Tumbuhan yang menjadi topik entri ini cukup berkesan digunakan sebagai ubat luka. Saya tidak tahu nama tumbuhan tersebut dan belum pernah menjumpainya dalam mana-mana artikel. Jadi, kalau ada di kalangan pembaca yang tahu nama pokok ini, harap dapat dikongsi bersama melalui ruangan komentar.
Daun dari jenis palmate pedate |
Bentuk Daun
Daun pokok berkenaan adalah dari jenis palmate atau pedate, iaitu ia beberbenyuk seperti tapak tangan yang terbuka, setiap tangkai daun mempunyai bebarapa cuping daun yang mengunjur dari satu poin di hujung tangkai daun. Lebihkurang seperti daun ubi kayu (cassava spp).
Bentuk Batang
Batangnya jenis berkayu lembut dan boleh mengeluarkan cabang dari bahagian nodus (node) batang.
Bunga jenis majmuk (inflorescence) berwarna merah jambu |
Bunga
Bunga pokok tersebut adalah jenis majmuk (inflorescence), iaitu bunga dihasilkan secara berkelompok di hujung (rachis) tangkai bunga (peduncle). Kelopak bunga berwarna merah atau merah jambu.
Buah dan Biji
Bunga inflorescence berkembang menjadi buah yang membesar sehingga sebesar buah pokok getah (Hevea brasiliensis). Bentuk luaran buah pokok tersebut juga seperti buah pokok getah. Kulit buah yang belum matang berwarna hijau dan bertukar menjadi kuning apabila telah matang.
Setiap buah biasanya berisi tiga biji yang mempunyai kulit biji berwarna cokelat gelap dan agak keras. Endosperma biji agak bergabus.
Percambahan dan Pertumbuhan
Tumbuhan ini adalah dari jenis dikotiledon. Radikel atau akar tumbuh terlebih dahulu yang kemudian menjunjung biji keluar dari tanah untuk seterusnya tumbuh menjadi anak pokok.
Seperti kebanyakan pokok dengan batang berkayu, tanaman ini boleh tumbuh meninggi dan membesar. Pokok pertama yang saya tanam sudah menjangkau ketinggian 2 meter. Namun begitu ketinggian pokok boleh dikawal dengan mencantas.
Untuk kemudahan (portability) tumbuhan ini juga boleh ditanam dalam pasu yang sederhana besar. Dengan kaedah ini cantasan perlu kerap dilakukan agar pokok tidak menjadi terlalu tinggi. Apabila akarnya terlalu banyak dan memenuhi pasu, ia hendaklah dikeluarkan dari pasu dan sebahagian akar dicantas dan dibuang. Tanah pasu hendaklah diganti.
Seperti kebanyakan pokok dengan batang berkayu, tanaman ini boleh tumbuh meninggi dan membesar. Pokok pertama yang saya tanam sudah menjangkau ketinggian 2 meter. Namun begitu ketinggian pokok boleh dikawal dengan mencantas.
Percambahan dari biji |
Radikel menjunjung biji keluar dari tanah |
Pokok yang masih muda |
Cara Penggunaan Sebagai Ubat Luka
Apabila seseorang mengalami luka seperti terhiris benda tajam atau terjatuh lalu terluka;
1. terlebih dahulu bersihkan luka itu menggunakan air yang bersih. Lebih baik jika ia dibersihkan menggunakan larutan antiseptik.
Cabang dipotong secara menyerong menggunkan alat pemotong yang bersih |
2. Potong batang atau cabang pokok (yang dibincangkan dalam entri ini) secara menyerong. Pastikan pisau atau alat memotong tersebut telah dibersihkan terlebih dahulu menggunakan air yang bersih atau larutan antiseptik.
Cecair keluar dari cabang atau ranting yang telah dipotong |
3. Cecair (sap) akan keluar dari batang atau cabang yang telah dipotong. Titiskan cecair tersebut ke kawasan luka. Cecair tersebut akan mengering selepas beberapa minit.
Hasilnya
1. Cecair yang telah kering akan menghalang pendarahan (jika luka itu tidak terlalu besar).
2. Luka menjadi kering, tidak bernanah dan biasanya sembuh dalam 3 atau 4 hari.
Biji Benih
Bagi yang berminat untuk menanam pokok ini, biji benih boleh diperoleh dari penulis blog di Kg Cenderawasih, Kunak. Percuma dan gratis...Kalau nak menyumbangpun, tak jadi masalah...
Biji Benih
Bagi yang berminat untuk menanam pokok ini, biji benih boleh diperoleh dari penulis blog di Kg Cenderawasih, Kunak. Percuma dan gratis...Kalau nak menyumbangpun, tak jadi masalah...
2 comments:
ini namanya pokok yodium diindonesia terdapat banyak dijawa timur pokok yodium diambil getah nya untuk luka baru, dalam 15-30minit luka akan kering serta merta
pokok ini dinamakan pokok yodium diindonesia, getahnya diambil buat sembuh luka baru 15-30minit luka kering serta merta
Post a Comment