Thursday, November 4, 2010

Kemenangan Berkembar Barisan Nasional



Keputusan sudahpun diketahui.
Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua pilihanraya kecil yang diadakan hari ini, Khamis 4 November 2010.

Di N45 Galas, Kelantan, Abdul Aziz Yusoff (BN-UMNO) menewaskan Dr Zulkefli Mohamed (PR-PAS) dengan majoriti  1,190 undi. Sebelum ini kerusi DUN Galas adalah milik PR-PAS.

ORANG asli Pos Hendrop membuat semakan nama mereka untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop. - Foto Zaman Huri Isa
Orang Asli menyemak nama sebelum mengundi
di Pusat Mengundi SK Pos Hendrop, Kelantan.

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calun Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff serta Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah mengangkat tangan selepas majlis pengumuman calun, di Bilik Gerakan Bukit Cekati, Gua Musang. - Foto Izhari Ariffin

Di P185 Batu Sapi, Sabah, Linda Tsen Thu Lin (BN-PBS) berjaya mempertahankan kerusi parlimen BN itu dengan menewaskan Ansari Abdullah (PR-PKR) dan Yong Teck Lee (Presiden SAPP).

PENYOKONG parti bertanding berhimpun di luar Pusat Pembuangan Undi  Sekolah Kebangsaan GAS pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
Pengundi dan penyokong calon-calon yang bertanding
di P185 Batu Sapi di luar Pusat Mengundi SK Gas, Sandakan.

AHLI Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, maut apabila motosikal berkuasa besar yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tanjung Aru di Kota Kinabalu. - Foto Fardy Bungga
Kemalangan jalanraya di Jalan Tanjung Aru, Kota Kinabalu
yang meragut nyawa Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah

No comments: