Friday, November 5, 2010

Apa Makna Keputusan PRK Batu Sapi?


1. BN Masih Mendapat Tempat di Hati Rakyat.
  • Apapun alasan yang dikemukakan, kemenangan BN di Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar (6,359) berbanding PRU-12 (3,708) adalah bukti tentang sokongan rakyat Sabah kepada BN.



2. Pengundi Bumiputera Islam Tidak Bersifat Perkauman.
  • Masyarakat Bumiputera Islam (Suluk, Bajau, Bugis, Orang Sungei dan lain-lain) merupakan kumpulan etnik pengundi terbesar di Batu Sapi, iaitu 59.02%.
  • Calon BN, Datin Linda Tsen bukan dari kalangan kumpulan etnik tersebut. 
  • Hakikat harus diterima bahawa kemenangan Datin Linda pada umumnya menunjukkan Bumiputera Islam TIDAK mengamalkan politik perkauman.
Ralat pada carta: P185 Batu Sapi, bukan P188



3. Kehadiran Pemimpin BN dari Kawasan Lain Memperteguh Kesetiaan Penyokong.
  • Terdapat pengundi yang menjadikan tokoh dari kawasan lain sebagai idola mereka. 
  • Dari perbualan dengan pengundi-pengundi di suatu daerah mengundi majoriti Bumiputera Islam, saya dapati mereka amat mengagumi Dato' Seri Hj Mohd Shafie Apdal (Semporna) dan Datuk Nilwan Kabang (Kunak). Mereka mengaku cenderung untuk berpihak kepada calon lawan BN atas beberapa sebab, tetapi untuk menjaga nama baik tokoh yang mereka sanjung dan telah ditugaskan berkempen di kawasan mereka maka merekapun balik ke pangkuan BN.


4. Spekulasi Tentang Ketiadaan Sokongan Pengundi Cina Terhadap BN ternyata Meleset.
  • Jika pengundi Cina di Batu Sapi benar-benar umum anti-BN, mereka semua akan turun mengundi untuk calon SAPP. 
  • Dengan kekuatan 9737 undi ditambah undi Bumiputera Islam yang telah datang beramai-ramai menyatakan sokongan kepada Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP itu tentu dapat mengalahkan Datin Linda.
  • Barangkali itulah yang telah diharapkan dan telah memberikan keyakinan kepada YTL dalam kempennya. Ternyata Meleset. 


5. Politik Kedaerahan/Kenegerian Sempit Bukan Untuk Rakyat Sabah.
  • "Sabah for Sabahans" dan "Kembalikan Maruah Rakyat Negeri Sabah" yang digunakan oleh pihak tertentu dalam kempen PRK Batu Sapi tidak ada makna yang jelas bagi pengundi.
  • Malah slogan-slogan tersebut hanya menimbulkan tandatanya:
> Sabah untuk orang Sabah: Adakah Sabah telah diambil oleh orang lain? Jika demikian, siapa pula yang telah ambil? Bila? Kemana dibawanya?
> Kembalikan Maruah Rakyat Negeri Sabah: Telah hilangkah maruah rakyat negeri Sabah? Kalau ya, siapa yang telah mencurinya? Bukankah perlantikan rakyat Sabah sebagai speaker Dewan Rakyat telah meningkatkan martabat rakyat negeri ini? Tidakkah kedudukan rakyat Sabah sebagai Naib Presiden parti terbesar kerajaan suatu pengiktirafan tinggi bagi negeri ini?
  • Pemilihan calon dari kalangan anak tempatan tetap relevan bukan kerana sikap kedaerahan pengundi. Ia semata-mata menunjukkan bahawa rakyat mahukan wakil mereka dari kalangan yang mengerti keadaan mereka secara lebih mendalam dan terperinci. Bandingkan profil calon-calon yang bertanding di bawah ini:
Profil calon Barisan Nasional
Nama: Datin Linda Tsen Thau Lin
Umur: 54
Anak: 4 orang
Pekerjaan: Ahli muzik profesional (piano)
Pendidikan: Sekolah Rendah Chi Hwa, Sandakan, Sekolah Menengah Tiong Hwa, Sandakan St Brandon School, Clevedon, United Kingdom Trinity College of Music, London Fellowship London College of Music
Jawatan politik: Timbalan Ketua Wanita Elopura, Naib Ketua Exco Wanita Exco Pusat



Profil calon SAPP
Nama: Datuk Yong Teck Lee
Umur: 52

Ini kali pertama Yong dipilih sebagai calon pilihan raya selepas beliau hilang kelayakan untuk berbuat demikian selama lima tahun mulai 2001 kerana melanggar peraturan pilihan raya pada 1999.
Walaupun larangan terhadap beliau itu ditarik balik pada 2006, Yong tidak mengambil bahagian pada pilihan raya umum 2008 apabila permintaan SAPP untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu yang disandang oleh Parti Bersatu Sabah (PBS), ditolak oleh Barisan Nasional (BN).
Yong berkata, isu "Sabah untuk rakyat Sabah" dan "Borneonisasi" akan menjadi teras dalam tema SAPP bagi menghadapi pilihan raya kecil ini.


Profil calon Parti Keadilan Rakyat
Nama: Ansari Abdullah
Umur: 56 tahun
Isteri: Alisyah Abdullah
Asal: Tuaran, Sabah
Anak: 5 orang (dua lelaki dan tiga perempuan)
Akademik: Ijazah Sarjana Undang-undang Universiti Malaya
Ahli PKR: Sejak 1999
Kerjaya: Peguam Syarikat Ansari & Co, Kota Kinabalu, Sabah
Jawatan dalam PKR: Pengerusi Perhubungan PKR Sabah (2007-2008) dan Ketua PKR Bahagian Tuaran (kini)

6. Wajar Dipahat Pada Tembok Sejarah untuk Dijadikan Iktibar
  • Meski keyakinan untuk menang masing-masing diwar-warkan oleh semua pihak yang bertanding, namun di hati kecil mereka, terdapat kesangsian.
  • BN turun ke gelanggang dibayangi prestasi lembab PRU-12 dan kekalahan PRK 16 Mei 2010 di P212 Sibu, SAPP menguji populariti berada di luar BN mempertaruhkan tokoh utamanya iaitu  presidennya sendiri, manakala PR mengemukakan calon beragama Islam dengan anggapan pengundi Batu Sapi yang majoriti beragama Islam akan berpihak kepada mereka.
  • Kemenangan BN adalah kerana kelebihannya atas kekurangan pada yang lain, bukan bermakna BN tiada kekurangan.
  • Yang menang janganlah hendaknya sampai takbur dan alpa akan faktor-faktor yang telah mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti. Sebaliknya, muhasabah diri perlu diteruskan agar segala kekurangan terus dikurangkan. Segala janji hendaklah dikotakan termasuk janji-janji pada PRU-12.
  • Yang tewas wajar menilai semula matlamat perjuangan.
7. Jangan Pandang Remeh Kebijaksanaan Pengundi
  • Wang ringgit bukan segalanya.
  • Kata-kata manis dan slogan canggih adakalanya hanya indah pada diri yang empunya.
  • Rakyat mahukan transformasi tetapi bukan semata-mata transformasi. Arah transformasi itu harus jelas.
  • Rakyat mahukan keadilan, bukan sekadar mengikut takrif golongan tertentu. Asas keadilan itu mestilah menyeluruh.

2 comments:

kunakpress.blogspot said...

PRK Batu Sapi:
. tercipta sejarah, presiden sebuah parti di Sabah tewas dlm pilihanraya.
. Cara kempen caci-mencaci, mengaibkan, dan cakap besar bukan kaedah berkesan untuk berjaya dlm politik krn pengalaman dan sejarah lampau seseorang individu itu juga sentiasa diingat oleh rakyat apatah lagi jika menggunakan 'Slogan' yg tidak kena pada keadaan semasa kini.
. Untuk menjadi seorang wakil rakyat di sesuatu kawasan, seseorang individu perlu melakukan banyak perkara bukan hanya pada teori tetapi praktikal.
Saya melihat kesesuaian individu itu utk dipilih sebagai wakil rakyat haruslah bermula daripada perkenalan rapat dikalangan masyarakat setempat dan bukannya pada saat-saat tertentu memunculkan diri.

terima kasih

Pak Runa said...

. Ciri calon WR seperti yg sdr KP nyatakan tepat sekali. Semoga pada masa-masa akan datang kita mempunyai lebih ramai calon yang memiliki kriteria tersebut. Insya Allah, negara akan terpimpin ke arah yang lebih makmur dan harmonis.