Monday, November 8, 2010

Gunung Merapi: Yang Pulang,Yang Tinggal, Bencana dan Rezeki

Seramai 401 orang rakyat Malaysia yang terjejas akibat letupan Gunung Merapi di Jawa Tengah Indonesia selamat tiba di tanahair dengan tiga buah pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Di-raja Malaysia (TUDM). Pesawat pertama mendarat di Pengkalan Udara TUDM Subang kira-kira pukul 7:55 malam malam, diikuti pesawat kedua pada 10:45 malam dan yang terakhir selepas tengah malam.


TUDM menghantar 3 pesawat Hercules C-130 seperti di atas untuk membawa
 pulang rakyat Malaysia yang terjejas akibat letupan Gunung Merapi 
Dari jumlah itu, 378 orang adalah dari kalangan pelajar yang menuntut di empat institusi pengajian di Yogyakarta iaitu, Universiti Gajah Madah, Institusi Seni Indonesia, Poliseni dan pelajar tahfiz dari Pesantren Magelang.

Lebihkurang 100 orang pelajar Malaysia telah mengambil keputusan untuk terus tinggal di Yogyakarta, 38 daripadanya kerana menjalani latihan praktikal dan klinikal di beberapa buah hospital dan selebihnya untuk menjadi sukarelawan membantu pesakit dan mangsa akibat bencana.

Meskipun letupan gunung berapi itu membawa bencana ia juga membawa rezeki kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai di sekitar gunung berapi tersebut. Sejak Sabtu, 6 November 2010, mereka sudah mula melombong pasir vulkanik dalam sungai yang terhasil berikutan letupan itu. Pasir yang terkandung dalam muntahan gunung berapi, termasuk dari Gunung Merapi, dikatakan dari kualiti yang terbaik untuk binaan.

Pasir dari Gunung Merapi sangat tinggi harganya, iaitu antara 120 ribu hingga 160 ribu rupiah (RM 42.00 hingga RM56.00) bagi satu muatan lori membolehkan seorang pelombong pasir memperoleh pendapatan 30 ribu rupiah (RM10.00) sehari.

Melombong Pasir Vulkanik di Sungai Kali Code, Yogyakarta.





No comments: