Tuesday, October 13, 2009

SUBSIDI BERAS TIDAK SELARAS KONSEP 1 MALAYSIA

Cadangan pembahagian kupon beras berasaskan kepada pendapatan keluarga berjumlah RM1,500 sebulan di kawasan bandar dan RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar seperti yang diumumkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini, patut dikaji semula. Penentuan kelayakan yang disebutkan dalam laporan media hari ini tidak selaras dengan amalan konsep 1 Malaysia. Harga beras samada di bandar atau di luar bandar adalah sama sahaja. Malah kadangkala ia lebih mahal di kawasan luar bandar, terutama yang kegiatan pertaniannya bukan tanaman padi.

Penentuan kelayakan penerima subsidi dalam Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) ini juga sebaik-baiknya berasaskan pendapatan per kapita isirumah. Kaedah ini akan memberi faedah kepada golongan rakyat yang benar-benar memerlukannya. Sebuah keluarga di luar Bandar dengan pendapatan berjumlah RM1,500 dan mempunyai 7 orang anak tentunya lebih memerlukan subsidi itu berbanding keluarga lain yang berpendapatan RM 1000 dan mempunyai seorang anak sahaja.


1 comment:

Anonymous said...

Memang wajar perkara ini perlu dikaji semula dan ia dilihat tidak menyelesaikan kemelut yang sebelum ini dihadapi rakyat khususnya di bandar dan luar bandar.
Kalau sebelum ini isu dan masalah mengenai Beras Nasional RM 18 yang dijual pada harga RM 22 oleh peniaga runcit kepada pengguna belum selesai, manakan pula ada lagi cadangan dan kriteria baru diperkenal oleh kerajaan seperti ini? Sama-sama kita melihat perkembangan dan kesan cadangan itu sama ada berhasil atau lebih merumitkan?...