Saturday, June 26, 2010

GERHANA BULAN - 26 JUN 2010

Gerhana Bulan Separa pada 26 Jun 2010

Gerhana bulan separa dapat dilihat dari kawasan Kunak dan juga Sabah dan Sarawak, kawasan Pasifik serta bahagian timur Australia hari ini 26 Jun 2010. 
Animasi menunjukkan laluan bulan menerusi bayang bumi. Berdasarkan informasi dari NASA.

Masa Berlakunya Gerhana

Gerhana penumbra ("P1") bermula pada pukul 3:57 petang tetapi tidak dapat dilihat kerana keadaan masih terang. Gerhana separa ("U1") mula dilihat pada pukul 6:38 petang dan berakhir ("U4") pada pukul 8:00 malam. Gerhana penumbra berakhir ("P4) pada pukul 9:21 malam.

Kawasan-kawasan dimana Gerhana Separa dapat dilihat

Gerhana Bulan Separa pada hari ini dapat dilihat di kawasan-kawasan berikut:
  • Hawaii.
  • Western Alaska.
  • Australia.
  • New Zealand.
  • Bahagian Timur Malaysia dan lain-lain kawasan di Asia.

No comments: