Saturday, June 19, 2010

TOKEK: REPTILIA PALING POPULAR MASA KINI

Akhir-akhir ini gelombang populariti sejenis reptilia bergelar tokek turut di rasa di Daerah Kunak ini, terutama di kalangan anak-anak muda. Ramai yang menjadikan memburu dan menjual tokek sebagai mata pencarian.
Harga tokek dikatakan mencecah sehingga RM 1 juta sekilogram dan hanya tokek seberat tidak kurang 200 gm yang ada nilai di pasaran.



Enzim yang dihasilkan oleh tokek dikatakan boleh digunakan untuk merawat penyakit AIDS. Namun begitu, belum ada kajian klinikal atau dokumentasi sah sejauh mana kebenaran dakwaan itu.
Dikatakan bahawa seekor tokek seberat 64 kilogram (klik untuk maklumat lanjut) pernah ditemui di Kalabakan, Tawau dan telah dijual dengan harag RM 64juta kepada seorang pembeli yang mengekspotnya ke negeri Cina.
Nama saintifik tokek ialah Gekko gecko. Ia termasuk dalam kelas haiwan reptilia dan suborder Sauria, iaitu semua jenis reptilia bersisik kecuali ular.
Menurut rekod sains, tokek jantan boleh mencapai saiz antara 30 hingga 40 sentimeter manakala tokek betina pula antara 20 hingga 30 sentimeter. 
Berat tokek dewasa ialaha antara 150 hingga 300 gm. Jika benar tokek seberat 64 kg ditemui di Kalabakan, maka ia adalah sesuatu yang amat luar biasa.
Kulit tokek berwarna kebiru-biruan atau agak kelabu dengan bintil-bintil kuning, oren, cokelat atau merah tua.   Matanya berwarna cokelat atau cokelat-kehiajuan dengan anak mata tegak memanjang.
Apabila seekor tokek jantan mendiami sesuatu kawasan, ia akan mempertahankannya daripada dimasuki oleh tokek jantan lain atau apa jua jenis haiwan. Ia suka hidup bersendirian dan hanya akan berhubung dengan tokek betina pada musim mengawan. Makanan tokek yang utama ialah serangga dan haiwan-haiwan vertebrata kecil.
Umur tokek biasanya mencapai antara 7 hingga 10 tahun, namun terdapat tokek peliharaan yang menjangkau usia sehingga 18 tahun.
Suara tokek amat nyaring. Bunyi yang biasa didengar adalah bunyi untuk memanggil pasangan seakan berbunyi "TOKEH" atau "GEHKO". Dari bunyi itulah nama biasa dan nama saintifik reptilia ini diberikan, yang disadur dari istilah Bahasa Melayu, Sunda, Tagalog atau Jawa.
Dengar dan saksikan bagaimana tokek berbunyi pada klip video ini:




2 comments:

adam91 said...

wakakaaka... hebat still ngan tekek lgi... agak terkejut bila ada kes pembunuhan gara2 tekek... hampeh~~~ n yg sya dgr utk pelihara tekek mesti ada lesen da~~~ tpi xtau sejauh mana kebenaran ni... sya pun dpt tau dri kengkawan...

Pak Runa said...

Entahlah, adam91. Saya ada pelihara seekor, tanpa lesen. Nak tunggu sampai besar baru jual. Tau-tau terlepas tak kembali. Kempunan jadi jutawan...heh heh heh...