Tapak dan najis gajah yang ditemuid di kawasan hutan simpan Madai-Baturong dalam ekspedisi ke kawasan tersebut pada 27 Mei merupakan jejak subspesis Elephas maximus borneensis, juga dikenali sebagai gajah pygmy dan gajah Borneo, suatu subspesis gajah Asia yang terdapat di Sabah dan utara Kalimantan.
Terdapat kontroversi mengenai asal-usul spesis gajah ini. Dua hipotesis bersaing mengenainya, satu mendakwa bahawa ia adalah gajah yang memang berasal dari kawasan tersebut manakala satu lagu mendakwa yang ianya dibawa dari luar Borneo.
Berdasarkan kajian DNA mitokondria pada tahun 2003, William Sommers, seorang penyelidik dari Kanada, percaya bahawa moyang gajah Borneo telah terpisah dari tanah besar Asia pada zaman Pleistocene kira-kira 30,000 tahun dahulu. Subspesis yang wujud di Borneo ketika ini dikatakan telah terasing dari populasi gajah Asia ketika daratan yang menyambung tanah besar Asia dengan Borneo dan lain-lain pulau di Nusantara tenggelam berikutan berakhirnya zaman ais 18,000 tahun dahulu.
Beliau percaya bahawa akibat keterasingan itu, saiz gajah Borneo menjadi lebih kecil, cuping secara relatif lebih besar, ekor lebih panjang dan gading yang lebih lurus. Namun begitu, para saintis tertanya-tanya mengapa kawasan yang didiami oleh gajah Borneo ini sangat terhad. Mereka juga tertarik dengan sifat semulajadi spesis gajah tersebut yang kurang agresif berbanding gajah liar lain.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa kemungkinan besar gajah Borneo sebenarnya berasal dari Pulau Jawa. Penemuan itu adalah berdasarkan analisa rekod-rekod arkeologi dan sejarah. Ia selari dengan kepercayaan masyarakat setempat yang sudah sekian lama mendakwa bahawa spesis gajah berkenaan dibawa ke Borneo melalui Pulau Sulu.
Dikisahkan bahawa seorang sultan di Pulau Jawa telah menghadiahkan beberapa ekor gajah kepada Sultan Sulu. Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, keturunan gajah-gajah tersebut telah dibawa ke Sabah dan ditinggalkan di sana dimana ia membiak dan menjadi gajah-gajah liar yang tidak bertuan.
Sementara itu, di Pulau Jawa, spesis gajah tersebut telah pupus pada penghujung abad ke-18 selepas ketibaan penjajah dari Eropah ke Asia Tenggara. Dengan yang demikian, pemberian hadiah itu oleh Sultan dari Pulau Jawa kepada Sultan Sulu telah menyelamatkan spesis gajah tersebut dari kepupusan total.
"Terdapat banyak catitan atau tulisan sejarah mengenai adat bertukar hadiah atau pemberian antara pembesar-pembesar negeri atau antara istana," kata Michael Stuewe, seorang ahli biologi dalam bidang kajian gajah di WWF.
Kajian yang dilakukan di Columbia University di New York mendapati bahawa secara genetik gajah Borneo amat berbeza dengan populasi gajah Asia yang lain. Junaidi Payne yang terlibat dalam kajian genetik itu bersama Earl of Cranbook dan Charles M.U. Leh mendapati bahawa tidak terdapat bukti arkeologi mahupun sejarah yang menunjukkan terdapatnya apa yang dikatakan sebagai gajah pygmy di Pulau Borneo melainkan hanya sekitar beberapa ratus tahun kebelakangan ini.
Mereka menyimpulkan bahawa penjelasan paling boleh diterima akal ialah, "gajah Borneo adalah saki-baki gajah Jawa yang kini telah pupus".
Kajian itu, kata mereka, memberikan kedudukan penting gajah Borneo dalam usaha pemuliharaan spesis. Ia memberi petunjuk bahawa satu daripada cara untuk menyelamatkan spesis mamalia besar dari kepususan ialah dengan memindahkannya dari kawasannya yang sedang terancam ke kawasan lebih selamat.
No comments:
Post a Comment