Friday, January 15, 2010

LINGKARAN API - 15 JANUARI 2010


Gerhana matahari yang berlaku hari ini, Jumaat 15 Januari 2010, yang menyebabkan matahari kelihatan seperti lingkaran api yang mengelilingi cakera hitam telah direkodkan sebagai gerhana 'cincin' paling lama dalam tempoh 1000 tahun. 
Fenomena ini berlaku selama 11 minit 8 saat, telah mencatatkan rekod yang tidak akan diatasi dalam millennium akan datang. Lingkaran api ini telah disaksikan oleh penduduk bahagian Afrika Tengah, Kepulauan Maldives, selatan India, utara Sri Lanka dan sebahagian negeri Myanmar dan China.
Media-media tempatan telah mengingatkan akan bahaya memandang tanpa perlindungan mata ke arah matahari, namun ketika samar-samar kegelapan mula menyelubungi mereka, ramai penduduk yang begitu ghairah berpusu-pusu ke jalanraya untuk menyaksikan sendiri fenomena ini dan mendongak ke langit tanpa perlindungan yang sewajarnya.
Anda tidak memerlukan perlindungan mata untuk menyaksikan fenomena tersebut melalui klip video berikut yang telah kami upload ke youtube.

No comments: