Oleh kerana hujan lebat sepanjang jalan perjalanan kami dari Kunak ke Sandakan mengambil masa yang lebih lama dari biasa. Kami bertolak dari Kunak pukul 11:30 pagi dan sampai di Sandakan pukul 5:30 petang. Tentulah, kami singgah makan di Lahad Datu dan juga minum kopi di Kinabatangan.
Setiba di Sandakan kami dapati semua hotel yang biasa kami menginap telahpun penuh. Selepas lebihkurang 3 jam pusing-pusing mencari, akhirnya kami dapat satu bilik di sebuah hotel bertaraf "rumah tumpangan" di kawasan Bandar Sri Indah. Harga sewa untuk satu malam yang dikenakan amat tidak berpatutan - RM 198/=!!!
Apa pilihan yang kami ada? Tidur di kereta atau di surau.
Kami terpaksa akur dengan perasaan yang berat dan menyedari bahawa kesempatan telah diambil ke atas kami.![]() |
ilustrasi sebagai hiasan sahaja |
Saya percaya, kadar tersebut bukan merupakan kadar yang biasa. Ini tentu kadar yang dinaikkan sewenang-wenang. Pihak hotel berkenaan mengambil kesempatan atas situasi kempen pilihanraya kecil (PRK) Batu Sapi yang sedang rancak berjalan.
Berbagai pihak tentunya datang ke Sandakan untuk PRK tersebut termasuk penyokong parti-parti yang bertanding, pemberita, pemerhati dan juga pelancong yang ingin mengambil kesempatan melihat bagaimana pilihanraya dijalankan di negeri ini.
Tindakan menaikkan kadar sewa hotel sewenang-wenangnya adalah suatu sikap yang tidak beretika dan menjejaskan nama baik pengusaha yang berkecimpung dalam industri tersebut.
![]() |
Ininilah kualiti resit yang diberikan kepada kami bagi bayaran "deposit"RM200 turut menggambarkan kualiti bilik |
No comments:
Post a Comment