Monday, November 30, 2009

FENOMENA TAHUN 2012 - APA AKAN BERLAKU DI MALAYSIA?

Menurut para peramal Fenomena Tahun 2012, pada ketika itu akan berlaku suatu perubahan besar seantero dunia, malah ada yang meramalkan akan berlakunya kiamat pada tahun tersebut, tepatnya pada 21 Disember 2012. Ramalan-ramalan ini kebanyakannya bersandarkan kepada Kalendar Purba Kaum Maya di Amerika Tengah. Walau bagaimanpun, kebanyakan cerdik pandai  beranggapan bahawa ramalan tersebut tidak berasas dan merupakan salah-tafsiran ke atas kalendar tersebut.



Bagi Malaysia, yang jelasnya ialah pada tahun itu Pilihanraya Umum ke-13 dijadual akan berlangsung. Apakah perubahan besar akan berlaku seperti yang diketengahkan oleh penyokong ramalan fenomena 2012?


Dua kumpulan parti politik akan bertembung dalam usaha untuk menguasai pentadbiran negara. Barisan Nasional (BN) akan berusaha untuk merebut semula 4 buah negeri yang dikuasai pembangkang (PAS, PKR dan DAP). Sebaliknya, pihak pembangkang akan berusaha menambah kerusi, sekaligus membentuk kerajaan di semua negeri dan juga kerajaan persekutuan. 


Mana-mana antara kedua kemungkinan itu yang terjadi, maka bolehlah dikatakan bahawa suatu perubahan besar berlaku di Malaysia pada tahun 2012. Persoalannya ialah: Apakah kemungkinan satu daripadanya menjadi kenyataan?


Untuk BN merebut kembali Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan serta memperkukuh kedudukan di Perak, imej yang jauh lebih baik dari yang ada sekarang perlu ditonjolkan.


Bagi UMNO sebagai tulang belakang BN, perlu memandang serius catatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog beliau dengan tajuk “UMNO” bertarikh 30 November 2009.


UMNO perlu meneliti dengan jujur dan bersungguh-sungguh permohonan-permohonan menjadi ahli yang sudah berbulan-bulan, malah ada yang bertahun-tahun lamanya, masih menunggu keputusan samada diluluskan atau tidak. Begitu juga halnya dengan permohonan-permohonan untuk menubuhkan cawangan baru.


Juga tidak boleh dipandang ringan pandangan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal seperti yang dipetik oleh Umno On-line, yang mengingatkan para pemimpin UMNO supaya mengikis perasaan takut akan kedudukan tergugat dengan kemasukan golongan muda dan profesional dalam parti di peringkat cawangan. Pemimpin Umno perlu mengubah persepsi berkenaan dan memberi keutamaan kepada kepentingan parti dan negara.


Beliau seterusnya mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak menjadikan ancaman kedudukan dalam parti sebagai alasan bagi menyekat golongan muda dan profesional menyertai parti kerana ia akan merugikan UMNO sendiri.

1 comment:

KELAB USNO SABAH said...

UMNO diperintah oleh golongan elit Melayu sekian lama,bukan mudah golongan muda profesional untuk mendapat tempat dalam UMNO.Dalam Konteks sabah UMNO dikuasai oleh Kumpulan bekas USNO, semua wakil Kabinet Negeri bumiputera Islam diwakili oleh USNO baik diperingkat Negeri atau peringkat persekutuan. Akhirnya orang UMNO dari Kumpulan Parti Berjaya dan PBS berduyun-duyun keluar dari UMNO sementara Orang USNO yg dipinggirkan bangkit dengan pelbagai cara Tubuhkan Kelab USNO,Parti USNO, NGO Usno dll.Fenomena ini bakal mengencam UMNO Sabah yang dilihat hendak menguasai dan mencangkam UMNO dengan cara UMNO Malaya ... dimana Golongan Elite UMNO Sabah sedang merancang mewariskan UMNO kepada keturunan mereka.Orang Muda terpaksa menerima hakikat ini atau orang Muda kena Mengubah dengan cara lain. Tetapi nasihat saya kalau hendak mengubah jangan sampai KELUAR DARI MULUT BUAYA MASUK MULUT NAGA.( Buaya itu UMNO dan NAGA itu PR ).