Wednesday, July 8, 2009

SAINS DAN MATEMATIK DALAM BM DAN BAHASA IBUNDA MULA TAHUN 2012

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik (PPSM) di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia manakala di sekolah kebangsaan Cina dan Tamil akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing berkuatkuasa mulai tahun 2012. Perkara ini diumumkan hari ini, 8 Julai 2009, oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Kita, rakyat Malaysia amnya dan ibubapa khasnya hendaklah menerima keputusan ini dengan hati terbuka serta berpandangan positif. Keputusan dibuat bukan oleh satu orang, tidak pula berdasarkan sentimen atau tekanan mana-mana pihak. Sebaliknya, ia dibuat berdasarkan hasil kajian terperinci oleh pengkaji-pengkaji yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini. Semestinya mereka telah memikirkan yang sebaik-baiknya untuk generasi pewaris negara.

Sebagai individu, saya memang amat mengalu-alukan pengumuman ini dengan argumen-argumen seperti yang dinyatakan dalam pos blog ini, Pengajaran dan Pembelajaran – Guna Bahasa Yang Paling Difahami” bertarikh 25 Jun 2009.

Murid-murid yang kini dalam kelas Tahun 1, insya Allah akan berada di kelas Tahun 4 pada 2012 dimana pelaksanaan strategi terbaru ini akan bermula. Sementara itu, guru-guru sains dan matematik akan mengajar dalam dwi-bahasa untuk memastikan peralihan sistem berjalan lancar dan tidak drastik.

Yang perlu bagi ibubapa ialah meneliti jadual pelaksanaannya dan mengambil langkah sewajarnya menyediakan anak-anak agar mereka dalam keadaan bersedia dan teruja untuk belajar bila masanya tiba kelak. Semoga jadual di bawah ini sedikit-sebanyak dapat membantu.


No comments: