Thursday, July 9, 2009

21 KELUARGA KEHILANGAN TEMPAT TINGGAL

KAMPUNG BAGIANG KUNAK 08 MEI 2009.

Kebakaran yang berlaku di Kampung Bagiang, Kunak pada petang 7 Julai 2009 telah meranapkan 11 buah rumah dan menyebabkan 71 orang dari 21 keluarga kehilangan tempat tinggal. ADUN N51 Kunak, Yang Berhormat Encik Nilwan Kabang sempat bergegas ke tempat kejadian ketika api sedang marak kembali meninjau keadaan pagi tadi. Beliau disertai oleh Pegawai Daerah Kunak Encik Susilo Sumarto dan beberapa orang kakitangan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam proses penyaluran bantuan dana kepada mangsa.

Sebahagian mangsa menumpang sementara di rumah sanak saudara masing-masing manakala yang lain memilih untuk tinggal sementara di Mini Dewan yang disediakan.

Menurut seorang jurucakap dari Jabatan Kebajikan Kunak, makan-minum untuk semua mangsa disediakan bagi tempoh tiga hari dari masa berlakunya bencana. Disamping itu dana bernilai RM 3,000 disediakan untuk setiap keluarga yang terlibat untuk mendapatkan bekalan keperluan harian.

Menjawab soalan wartawan, Encik Susilo memberitahu bahawa pihaknya akan menyalurkan lain-lain bantuan mengikut prosedur Bantuan Bencana Alam.

Ditanya samada keluarga yang terlibat akan diberikan rumah dalam skim Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) YB Nilwan menjawab, “Bantuan itu akan diberikan kepada yang memenuhi kriteria kelayakan dalam skim tersebut”. Beliau menambah yang pihaknya juga sedang berusaha untuk mendapatkan tapak yang sesuai untuk keluarga berkenaan bagi membangun semula rumah mereka. Sementara itu beliau menasihatkan mereka agar bersabar menghadapi musibah yang menimpa dan berhubung dengan pihak Jabatan Kebajikan, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dan Pejabat Daerah Kunak sekiranya menghadapi kesulitan.

Kejadian kebakaran ini merupakan yang ketiga di Daerah Kunak dalam tempoh 4 bulan. Dua kejadian terdahulu berlaku di Kampung Sungai Atas iaitu pada 9 April melibatkan sebuah rumah dan pada 21 Jun melibatkan tiga buah rumah.

No comments: