Thursday, July 9, 2009

KEAJAIBAN NOMBOR - BHG 6

MENGUASAI OPERASI HASILTAMBAH PADA SESUATU ANGKA ASAS

Istilah matematik dalam pos ini:

Angka asas : Angka asas ialah angka unit dalam sistem nombor iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9.

Selepas 3 bulan mengikuti pelajaran matematik di tahun 1 sekolah kebangsaan murid yang sederhana cergas mindanya akan dapat melakukan operasi tambah yang hasilnya tidak melebihi 10.

Apabila operasi tambah itu memberikan jawapan yang melebihi 10 maka mereka akan mengalami serba sedikit masalah.

Cubalah kaedah ini. Mudah-mudahan kita dapat membantu mereka.

Pertama: Pastikan murid itu dapat melakukan operasi tolak yang mudah, iaitu menolak angka asas yang lebih besar dengan sesuatu angka asas yang lebih kecil, misalnya:

8 -5 = ?; 7 – 2 = ?; 4 – 1 = ?; 9 – 6 = ? dan seterusnya.

Kedua: Pastikan murid itu dapat menentukan pelengkap sesuatu angka asas.

Ketiga: Terangkan kepada murid tren operasi tambah di bawah ini.

Keempat: Sediakan soalan-soalan latihan untuk mereka jawab.

Kaedah ini berhasil jika murid dapat menjawab soalan-soalan dengan betul.

1. Jika sesuatu angka asas ditambah dengan angka yang lebih kecil dari pelengkapnya maka hasilnya tidak akan melebihi 10.

6 + 2 = 8 -->pelengkap 6 ialah 4; 2 lebih kecil dari 4

3 + 5 = 8 -->pelengkap 3 ialah 7; 5 lebih kecil dari 7

4 + 3 = 7 -->pelengkap 4 ialah 6; 3 lebih kecil dari 6

2. Jika sesuatu angka asas ditambah dengan angka yang sama dengan pelengkapnya maka hasilnya ialah 10.

6 + 4 = 10 --> pelengkap 6 ialah 4

8 + 2 = 10 --> pelengkap 8 ialah 2

3 + 7 = 10 --> pelengkap 3 ialah 7

3. Jika sesuatu angka asas ditambah dengan angka yang lebih besar dari pelengkapnya maka hasilnya melebihi 10. Lebihannya merupakan beza antara pelengkap angka asas dengan angka yang ditambahkna.

7 + 4 = 11 pelengkap 7 ialah 3; 4 lebih besar dari 3; 4 – 3 = 1

8 + 6 = 14 pelengkap 8 ialah 2; 6 lebih besar dari 2; 6 – 2 = 4

5 + 7 = 12 pelengkap 5 ialah 5; 7 lebih besar dari 5; 7 – 5 = 2

4. Hasiltambah dua angka asas tidak akan melebihi 18. Yang terbesar ialah

9 + 9 = 18 pelengkap 9 ialah 1; 9 lebih besar dari 1; 9 – 1 = 8

1 comment:

Nurul said...

Sir,
Sebelum PPSMI angkas asas dalam BM ialah digit cuma bedza sebutan dengan BI yang bunyinya "dijit".