Saturday, July 11, 2009

BANTUAN TIBA KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Di saat menghadapi kesukaran berikutan sesuatu bencana alam, pertolongan dan bantuan amat diperlukan. Bagi mangsa kebakaran yang berlaku pada 7 Julai 2009 beban dan kesedihan dapat juga serba sedikit diringankan dengan kedatangan ADUN Kunak, Yang Berhormat Encik Nilwan Kabang untuk menyampaikan bantuan berupa beras dan lain-lain barangan runcit.

Bantuan tersebut adalah daripada dana Perbadanan Baitulmal Sabah yang dibawa sendiri oleh pegawainya dari Kota Kinabalu, Encik Ruhaizad Mohd Salleh. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Encik Hussin Haji Ibrahim, Pegawai Rela Daerah Kunak, Leftenan Kolonel Rosmi Saad dan beberapa orang kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyak N51 Kunak.

Dua hari sebelum itu, pada 9 Julai, Ahli Parlimen P 188 Silam, Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Kalbi juga telah melawat dan menyampaikan bantuan barangan runcit kepada mangsa kebakaran tersebut.

1 comment:

~PakKaramu~ said...

Salam dari Pak Karamu