Kronologi Peristiwa Pembunuhan Datuk Sosilawati
28 Ogos: Pengasas sebuah syarikat pembuatan kosmetik tempatan Datuk Sosilawati Lawiya kali terakhir dilihat orang ramai pada majlis berbuka puasa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
30 Ogos: Sosilawati, 47, keluar dari rumahnya di Gombak ke Banting untuk urusan jual-beli tanah berniai RM1.4juta. Belia memberitahu anak perempuannya yang beliau akan berada di Banting selama tiga hari.
01 Sept: Tiga hari telah berlalu namun tiada khabar berita dari Sosilawati, pemandu beliau Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Karim, 32, mahupun penasihat kewangan beliau Noorhisham Mohammad, 38.
05 Sept: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah memberitahu yang pihak polis telah menerima laporan mengenai kehilangan keempat-empat orang berkenaan.
06 Sept: Kereta mewah milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemuai di Subang Jaya.
09 Sept: Seorang suspek ditahan.
10 Sept: Suspek yang ditahan menunjukkan kepada polis tempat dimana beberapa barangan milik Sosilawati ditemui. Lima orang dari kawasan tersebut telah ditahan. Seorang peguam telah dipanggila untuk memberi keterangan di ibupejabat polis Kuala Langat, kemudian dibebaskan.
11 Sept: Dua beradik telah ditahan. Polis mengesyaki bahawa mangsa telah dibunuh dan mayat mereka dibakar dan habuknya dibuang ke sebatang sungai berhampiran ladang Gadong di Tanjung Sepat, dekat Morib.
12 Sept: Pihak polis menahan dua orang peguam adik-beradik berkaitan dengan kes pembunuhan tersebut, seorang daripadanya bergelar Datuk.
Pembakaran Mayat Datuk Sosilawati Menggunakan Kaedah Tradisi
Mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang mangsa yang dibakar bersama beliau dikatakan menggunakan kaedah tradisi menggunakan najis lembu dan petrol. Kaedah itu dikatakan boleh membakar hangus mayat manusia menjadi habuk dalam tempoh antara 30 minit hingga satu jam sahaja.
Purata masa yang biasa bagi pembakaran mayat dalam keranda pada suhu 1,100°C biasanya mengambil masa antara dua hingga tiga jam.
Kaedah tradisi yang berasal dari India itu melibatkan penggunaan najis lembu yang diletakkan diatas mayat kemudian disiram petrol lalu di bakar.
Gas yang terhasil dari najis lembu yang sedang terbakar meningkatkan gejolak api yang menyebabkan tubuh badan cepat menjadi habuk.
No comments:
Post a Comment