Monday, September 20, 2010

Kes Sosilawati: Siapa Isteri Sebenar A.Muthuraja

"Drama" terbaru berkaitan dengan rentetan peristiwa pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya beserta 3 orang yang lain muncul pula di India. Selain daripada S.Usharani, wanita yang mengaku sebagai isteri kepada A. Muthuraja, usahawan India yang telah dilaporkan hilang, seorang lagi wanita di India, S.Ramalakshmi mendakwa dialah isteri yang sah kepada Muthuraja.


Menurut Ramalakshmi, meskipun hubungannya dengan suaminya itu agak renggang, mereka telah merancang untuk memulihkannya. Tambahnya, Usharani tidak dikahwini secara sah oleh Muthuraja.
Muthuraja dikatakan telah hilang selepas membuat pertemuan dengan dua peguam adik-beradik yang merupakan suspek utama dalam pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.



Dua lelaki telah ditahan reman selama seminggu berkaitan dengan kehilangan usahawan dari India itu, manakala lanjutan tahanan reman dikenakan kepada tiga yang lain, termasuk peguam adik-beradik itu.
Pihak polis masih lagi menunggu sampel DNA ahli keluarga Muthuraja dari India dengan bantuan Interpol. Sampel berkenaan diperlukan dalam siasatan berikutan penemuan ratusan cebisan tulang di dasar sungai Panchau di Banting.



No comments: