Pada mulanya para pendukung BERSIH 3.0 begitu bangga dan merasa besar diri apabila ramai yang keluar untuk menyertai perhimpunan tersebut pada Sabtu 28 April 2012. Namun apa yang berlaku dalam perhimpunan tersebut ternyata seakan bagai kata perumpamaan, "senjata makan tuan".
Ramai yang tertarik untuk menyertai perhimpunan tersebut semata-mata kerana yakin akan matlamat yang dilaung-laungkan, terutama mengenai isu ke arah "sistem pilihanraya yang lebih telus dan adil". Mereka juga tidak ragu-ragu untuk menyertai perhimpunan kerana penganjur mencanangkan bahawa ia akan di adakan secara aman, dengan slogan "Duduk Bantah".
Kekecewaan mula timbul di kalangan peserta apabila mereka sudah berada di tapak perhimpunan. Melihat kepada tingkahlaku liar dan kekasaran yang berlaku, mereka mula sedar bahawa matlamat sebenar perhimpunan bukanlah seperti yang tersurat, tetapi lebih kepada yang tersirat iaitu, "Usaha meraih simpati dan sokongan kepada parti pembangkang dan menimbulkan kebencian kepada kerajaan".
Matlamat untuk memburuk-burukkan imej pasukan keselamatan yang bertugas mengawal keselamatan orang ramai daripada diceroboh ternyata gagal. Provokasi yang dicetuskan dengan cara merobohkan benteng penghalang ternyata ditangani dengan bijak dan berhemah oleh pasukan keselamatan. Harapan penganjur untuk menyediakan insiden keganasan polis terhadap peserta perhimpunan sebagai bahan untuk direkam oleh para jurgambar, tidak menjadi. Sebaliknya, mereka terkapai mencari alasan untuk menafikan penglibatan mereka sebagai pencetus keganasan.
"Senjata makan tuan" apabila rekaman-rekaman video yang mereka harapkan berpihak kepada mereka ternyata muncul satu persatu menunjukkan belang mereka yang sebenar.
Video berikut menunjukkan bagaimana arahan itu disalurkan kepada orang yang mula-mula merempuh penghalang tersebut:
"Senjata makan tuan" apabila kekecewaan seorang peserta perhimpunan juga dinyatakan secara terus dihadapan pengamal media kepada pemimpin tertinggi PKR dalam satu sidang media. Untuk menghalang peserta berkenaan dari terus mendedahkan taktik kotor yang berlaku dalam perhimpunan itu, beliau disuruh berhenti bercakap dan memberi laluan kepada pihak media.
"Senjata makan tuan" apabila harapan penganjur untuk mendapatkan simpati dari para pengamal media sebaliknya membuatkan mereka muak dengan sikap angkuh dan biadap sesetengah pemimpin perhimpunan.
"Senjata makan tuan" apabila sikap angkuh dan kecenderungan sesetengah pendukung Bersih 3.0 pada laman-laman sesawang sosial menggunakan kata-kata kesat dalam pos dan komen-komen mereka juga telah menimbulkan kemarahan ramai pengguna lain. Akibatnya, pengguna-pengguna yang sebelum ini setakat memerhati akhirnya teruja juga untuk menyatakan pandangan mereka. Yang demikian telah meyebabkan kemerosotan penguasaan parti pembangkang ke atas laman-laman sesawang sosial terkemuka.
2 comments:
'Ramai yang tertarik untuk menyertai perhimpunan tersebut semata-mata kerana yakin akan matlamat yang dilaung-laungkan, terutama mengenai isu ke arah "sistem pilihanraya yang lebih telus dan adil".'
Silap besar ni bro..
sebenarnya ramai yg turun sbb kos perjalanan, penginapan, makan minum ditanggung pihak parti.ada sebhagiannya dapat duit poket lebih smpai RM300 seorng.
Aku yakin ramai yg tak tau apa2 pun scara jelas tujuan bersih ni.. tp dah dpt pakej menawan..sapa tak nak kan?
aku pun kalau dikasi RM300, tinggal hotel 1,2 malam, makan, tmbg pergi balik free...konfirm pergi.alaaaa.. join 2,3jam bersih, lepas tu boleh shopping2 di KL. tak rugi apa pun.
Sponsorship macam tu memang menarik, apatah lagi perhimpunan pada hujung minggu ... cuti-cuti Malaysia secara percuma, patutlah ramai penyertaan
Post a Comment