Antara persoalan-persoalan mengenai kolam ini ialah:
- Bagaimanakah air menjadi masin dalam kolam yang begitu jauh dari laut dan berada di puncak bukit? Mungkinkah tanah bukit itu mengandungi banyak mineral garam natrium?
- Apakah yang menolak air dari dasar kolam yang berada benar-benar di puncak bukit pada kedudukan yang begitu tinggi? Mungkinkah air itu hasil daripada wap di dasar bumi lalu mengalami kondensasi ketika menghampiri permukaan?
Mungkin yang berikut merupakan penjelasan yang agak logik:
- Sejarah dan bukti keadaan batuan menunjukkan yang suatu ketika dahulu (30,000 SM) sebuah gunung merapi telah meletup di Daerah Kunak, iaitu Gunung Mostyn. Jadi, nyatalah bahawa kawasan ini merupakan kawasan gunung merapi.
- Air dari permukaan meresap ke bawah tanah, pada masa yang sama melarutkan garam dan membawa garam bersamanya. Air dan larutan garam bersentuhan dengan batuan panas atau lahar bawah tanah, menjadi panas lalu membentuk wap. Tekanan air yang panas dan wap menyebabkan air ditolak keluar melalui liang-liang tanah hingga ke permukaan.
No comments:
Post a Comment