Rumah beberapa buah keluarga di Kampung Getah Atas kini seolah-olah didirikan di atas sebuah kolam besar. Sewaktu menyertai lawatan pada 29 Disember 2010 ke kawasan tersebut paras air mencecah sehingga ke punggung. Lawatan diketuai oleh ADUN Kunak Datuk Nilwan Kabang dan disertai oleh Encik Mark dari Jabatan Kerjaraya (JKR) Kunak dan Encik James dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kawasan Kunak serta beberapa orang kakitangan dari kedua-dua jabatan tersebut.
Selepas hujan lebat pula, lantai beberapa buah rumah turut ditenggelami air. Lebih membimbangkan ialah air yang bertakung itu boleh menjadi pusat pembiakan naymuk aedes.
Dari tinjaun yang dilakukan didapati kawasan tersebut berada pada paras kedudukan yang rendah. Keadaan menjadi semakin lebih buruk apabila pemilik tanah berhampiran menimbus kawasan masing-masing untuk pembinaan bangunan perumahan atau premis perniagaan. Yang demikian menyebabkan kawasan berkenaan berada dalam keadaan seperti kawah atau kuali. Tidak terdapat sebarang laluan air untuk keluar dari kawasan tersebut.
Kedudukan kawasan ini seolah-olah seperti sebuah kuali besar |
Seorang penduduk dari kawasan yang terlibat memberitahu bahawa sewaktu hujan turun, air yang deras melimpah dari kawasan Perumahan Taman Kunakaya menyeberang jalan dan terus ke halaman rumahnya lalu bertakung disana.
Parit dari kawasan perumahan Taman Kunakaya ada dibina sehingga ke tepi jalan tetapi tidak ada laluan keluar ke saliran air utama (sungai) Membiak nyamuk? |
Encik Mark sependapat dengan Datuk Nilwan bahawa parit perlu dibina di sepanjang tepi jalan dari kawasan berhampiran Pasaraya Siong Ho untuk mengalirkan air ke sungai, iaitu Sungai Atas. Datuk Nilwan meminta Encik Mark bagi pihak JKR untuk membuat permohonan peruntukan bagi tujuan tersebut. Mereka juga sependapat bahawa tindakan itu hanya mampu mengurangkan volum air yang melimpah tetapi tidak dapat mengelakkan daripada kawasan berlekuk itu dari digenangi air.
Saya mencadangkan, setelah parit untuk menyalurkan air ke sungai dibina, air bertakung itu dipam keluar ke parit berkenaan tetapi menurut Encik James tindakan sedemikian tidak dapat mengatasi masalah tersebut.
Mungkinkah cara ini boleh membantu? |
Pada pandangan saya masalah air yang bertakung itu tidak seberapa berbanding keadaan sebuah ladang kelapa sawit di Perak tempat saya bertugas dalam tahun 1990an. Kawasan ladang berhampiran pantai dan permukaannya berada di bawah paras permukaan air laut. Pam air diletakkan di beberapa lokasi yang digunakan untuk mengepam air keluar mengikut jadual. Kelapa sawit tumbuh dengan subur dan syarikat mampu memperoleh keuntungan besar.
Untuk kawasan yang dimaksudkan, masalah air bertakung hanya timbul waktu musim tengkujuh dan musim itu bukannya sepanjang tahun. Berbanding dengan ladang yang disebutkan di atas, volum air itu juga tidaklah begitu besar. Sesuatu harus dilakukan untuk membantu mereka yang terjejas.
Menurut Encik Mark, masaalah sedemikian timbul kerana pihak pemaju perumahan dan juga orang perseorangan tidak merujuk kepada pihak JKR apabila bercadang untuk memajukan sesuatu kawasan dan melakukan kerja-kerja penimbusan kawasan tanpa mengambil kira faktor masalah saliran air.
Datuk Nilwan berharap agar pada masa akan datang, pihak yang bercadang untuk memajukan sesuatu kawasan agar berhubung dengan pihak JKR untuk mendapatkan nasihat mengenai keadaan infrastruktur terutama dari segi kesan terhadap saliran air dan alam sekitar.
No comments:
Post a Comment