Thursday, April 16, 2009

SEJARAH RINGKAS DAERAH KUNAK

Dokumen yang menyentuh sejarah Daerah Kunak jarang ditemui. Kami mengambil inisiatif ini untuk mengolah dan menambah maklumat yang ada di internet, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada umat manusia amnya dan penduduk Kunak khasnya.

Mungkinkah kapal ini yang pernah berlabuh di perairan Kunak lalu dinamakan daerah ini bersempena namanya?

Anak watan daerah ini pada amnya sependapat bahawa nama pekan Kunak didasarkan kepada nama sebuah kapal yang pernah berlabuh di Teluk Lahad Datu (dahulu dikenali sebagai Darvel Bay). Kapal dalam kelas 5,000 tan tersebut adalah kepunyaan Straits Steamship Company yang dibeli dari sebuah syarikat perkapalan Belanda, KPM pada tahun 1960. Jelaslah bahawa daerah ini hanya diberilan nama Kunak selepas tahun 1960.

Menurut Encik Sh Abiluddin (55 thn), beliau dan keluarga berhijrah dari pulau di kawasan teluk ke "tanah besar" pada tahun 1957. Ketika itu, kawasan jeti yang masih ujud sampai ke hari ini adalah tempat pengumpulan kayu balak dan dikenali sebagai Pengkalan Mostyn. Ini adalah kerana kayu-kayu balak berkenaan datang dari kawasan pembalakan Mostyn milik British Borneo Timber Company (BBTC).

Bila pula kerja-kerja pembalakan di Mostyn dimulakan? Kenapa diberi nama "Mostyn"? Kami terus menyiasat.... Ikuti perkembangannya dalam blog ini.




Bangunan ini dibina oleh tentera Jepun pada tahun 1942 dan digunakan sebagai Pejabat Pentadbiran Jepun. Pada tahun 1960an ia digunakan sebagai Klinik Ladang Mostyn. Bangunan ini masih ujud hingga ke hari ini. Perlu digazet sebagai Warisan Sejarah Negeri Sabah!




  • 25 April 2009
Kesan-kesan sejarah dan prasejarah daerah Kunak telah diutarakan oleh YB Encik Nilwan dalam Ucapan Bahas beliau pada Persidangan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang berlangsung dari 16 hingga 22 April 2009. Topik ini telah mendapat sambutan hangat dan perhatian pihak media dan agensi-agensi pelancongan. Utusan Borneo (22 April 2009) memetik sebahagian besar Bahagian 13dan 14 ucapan beliau:
"Terdapat dua aspek utama dalam produk pelancongan yang mampu menarik kedatangan pelancong. Pertama ialah produk pelancongan yang mempunyai nilai-nilai sejarah. Pra-sejarah negeri Sabah adalah paling menarik, malah unik bagi kawasan Asia Tenggara. Tapak kegiatan manusia yang tertua di negeri ini terdapat di kawasan Tingkayu di Daerah Kunak. Ia terdapat di sekeliling tebing sebuah tasik pra-sejarah yang terbentuk akibat aliran lahar yang membendung Sungai Tingkayu lebih 30 ribu tahun yang lalu. Perlatan zaman batu yang ditemui di tapak ini adalah di antara yang terbaik di Asia Tenggara. Peralatan serupa yang pernah ditemui di lain-lain kawasan di AsiaTenggara baru berusia 17 ribu hingga 20 ribu tahun yang lalu. Ini bermakna, Orang Purba Tingkayu adalah 10 ribu tahun lebih maju berbanding Orang Purba lain di Asia Tenggara. Saya memohon agar kajian arkeologi di kawasan ini dibuat secara menyeluruh dan lebih terperinci sebelum ia tertimbus dibawah arus kepesatan pembangunan. Kawasan ini hendaklah dilindungi dari terus diceroboh. Ia hendaklah diwartakan sebagai tapak warisan sejarah dunia kemudian dimajukan sebagai produk pelancongan."
"Terdapat sebuah bangunan di kawasan Ladang Mostyn (lebihkurang 8 kilometer dari Pekan Kunak) sudah dikenalpasti sebagai bekas bangunan pentadbiran zaman penjajahan Jepun. Ia dibina pada tahun 1942, iaitu sebaik sahaja penjajahan Jepun bermula di seluruh dunia. Berdasarkan kisah-kisah sejarah, modus-operandi penaklukan oleh tentera Jepun ilah: Menyerbu dengan pantas kawasan-kawasan strategik dan terus memperkukuh kedudukan. Ini membuktikan bahawa kawasan ini (Mostyn) sudahpun menjadi pusat kegiatan manusia jauh lebih awal sebelum itu. Ia merupakan suatu kawasan yang strategik, mungkin dari segi pertahanan atau ekonomi atau kedua-duanya sekali. Saya memohon agar pihak kerajaan mengambil alih bangunan ini, memulihara dan menjadikannya satu lagi produk pelancongan beridentiti sejarah...

6 comments:

Lamporre said...

Inilah tempat yang paling aku tidak gemar time aku bebudak. Apa tidaknya, dulu-dulukan sakit demam sikit jak mesti kena suntik, Pak dresser Mendiang Lajanti pula bukan main "Garang", begitu juga dgn mendiang Om Linus. Ada sekali tu aku sakit telinga, fuih.... berkejar ke kiri-kanan jua kak sepupu aku yang diarahkan escort akut ke klinik ni. Last-last, bila Uncle Lajanti pump telinga yang sakit, laa..... rupanya ada isi pensil yang terbenam dalam telinga sejak darjah dua, time tu aku darjah lima.

Lepas tu lak, kalau nak gi tengok tv ke, wayang ke (dulu mana ade orang yang ada tv sendiri di rumah), kena lalu depan klinik ni, dalam sepuluh atau dua puluh meter sebelum sampai depan klinik, langkah dah mula cepat, tiba depan klinik shuss.... pecut terus. Mana tidaknya, balik memang malam, gelap gelita lagi. Tempat tu pulak memang selalu kita dok lihat jenazah ditempatkan... seram sejuk mesti ada. DITAMBAH pula kedudukan rumaqh Pak Lanajanti hanya beberapa meter dari klinik tersebut, bukan anjingnya saja ganas tapi bebek angsanyapun suka menyondol... fuhh! kena lari beb!

Latarapik said...

Nampaknya bukan saja bangunan klinik tu yang patut di gezet. Isi pensil tu pun patut jadi bahan arkib. :)

nurnurnur said...

Selain bangunan ini (pernah juga dijadikan tempat penjagaan anak-anak pekerja ladang yang tidak mempunyai pengasuh), ada banyak lagi warisan di Mostyn yang mungkin patut dikekalkan dan dibaik pulih. Salah satunya bangunan rumah pekerja di Kg Merpati (rumah lama) yang hanya tinggal beberapa buah sahaja lagi kerana telah di robohkan untuk tujuan penanaman sawit. Rumah yang paling lama di Kg Lama sudah tidak ada, begitu juga di Kg Juita, sudah jadi ladang sawit. Habisss. Yang paling sayang ialah bangunan Panggong Wayang gambar yang didirikan oleh pihak British, sudah jadi ladang Jati. Tasik buatan (DAM) juga perlu diberi perhatian, kerana airnya yang semakin cetek akibat tumbuhan air yang tidak terkawal. Kasiang dikka'...

nurnurnur said...

Bangunan ini pernah juga dijadikan pusat penjagaan anak-anak pekerja ladang yang tidak mempunyai pengasuh.
Selain itu rasanya perlu juga babarapa buah rumah pekerja di Kg Merpati (rumah hijau yang tinggal beberapa buah sahaja kerana sudah dirobohkan) dikekalkan serta dibaik pulih sebagai salah satu tinggalan sejarah Mostyn, kerana rumah pekerja yang tertua di Kg Lama sudah dirobohkan untuk tanaman sawit. Bangunan lama iaitu panggong wayang sudah tidak ada lagi kerana digantikan dengan tanaman jati. Selain itu tasik buatan manusia (DAM) juga perlu diberi perhatian, bukan sahaja sebagai takungan bekalan air Mostyn, malah menjadi warisan sejarah. Kini airnya tambah cetek dek tumbuhan air yang tidak terkawal. Kasiang dikka'... Dahlah bekas landasan keretapi (montik)habis dijadikan habuan penjual besi buruk, tangki simpanan air sejak zaman Jepun juga ditelan oleh labuaja...

Lamporre said...

Cerita pasal Dam, dulu orang kata tempat tu 'keras', malah sampai la ni masih ada yang beranggapan tempat tu keras. Namun keras-keraspun suatu hari time bebudak dulu, kebejatan punya pasal aku and the gang pi ke Dam tu mandi and terjun, bila dah terjun of course berenang sakan, dari Zohor hingga ke Maghrib baru balik.

Balik ke rumah ntah macam mana arwah bapak tau, apalagi lepas jak waktu maghrib, dush.... kena sebijik dua.... ambik kau. Time tu aku rasa akulah orang paling malang, apa daknya balik dari "picnic" pun kena lempang jugak.... ishh malang sungguh.

Besoknya makcik aku cakap, tulah lain kali jangan buat kerja nakal, tempat tu kan keras ada buaya lagi, mana ada orang berani pergi sana hingga waktu maghrib apalagi berenang.... Masa tu baru aku sedaq, wah rupanya aku ni bukan malang, aku and the gang tergolong dalam kategori maskulin sejati.... berani ooo...

Jadik aku setuju bebenaulah kalo Tasik Dam tu dipulihara agar warisan sejarah tempat aku bertindak berani (meskipun membabi buta) dapat kekal untuk tatapan jenerasi akan datang. Boleh jugak aku bercerita pasal kesah silam aku tu pada bebudak hari ni.

mustari86 said...

Tasik(DAM) tmpt ku blajar berenang..jgn lupa kilang kelapa sawit tertua d bornea ada d mostyn..kelapa sawit pertama d borneo ada d mostyn..