Friday, April 10, 2009

KEPRIHATINAN PEMIMPIN SETEMPAT

Kebakaran yang berlaku di Kg Sungai Atas, Kunak pada 9 April 2009 telah memusnahkan kediaman keluarga Cikgu (mantan) Bendie Bin Tepou. Menurut beliau, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 pagi. Pada waktu itu beliau berada di rumah sebelah, iaitu di rumah anak lelakinya. Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kunak tiba 10 minit selepas menerima panggilan kecemasan namun api telah memusnahkan hampir keseluruhan rumah kayu itu. Bagaimanapun, mereka dapat mengawal api daripada merebak ke bangunan-bangunan yang berhampiran.

ADUN Kawasan N51 Kunak YB Encik Nilwan Kabang dan rombongan termasuk Pegawai Daerah serta kedua-dua Penolong Pegawai Daerah, Ketua Polis Daerah dan kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kunak melawat mangsa ditempat kejadian. Bantuan bagi meringankan beban mangsa yang tinggal hanya sehelai sepinggan segera diatur, termasuklah bahan keperluan harian dan pembinaan rumah untuk keluarga mangsa.

Kerugian akibat dari kejadian ini dianggarkan bernilai RM 70 ribu. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

No comments: