Monday, April 6, 2009

KARNIVAL KESENIAN ISLAM

Pengerusi JKKK dan Ketua Kampong di Daerah Kunak masing-masing diminta membawa sekurang-kurangnya 20 orang warga kampung untuk menghadiri majlis keagamaan. Gesaan ini dinyatakan oleh Yang Berhormat Encik Nilwan Kabang dalam ucapan perasmiannya sempena Karnival Kesenian Islam peringkat Daerah Kunak yang bermula pukul 7.30 malam pada 5 April 2009 di Dewan Sri Kunak. Beliau dukacita melihat banyak kerusi dalam dewan yang kosong setiap kali majlis keagamaan diadakan(berbanding dengan keadaan dewan yang penuh sesak apabila acara hiburan diadakan) sedangkan 90 % penduduk Kunak adalah beragama Islam.

Dalam karnival kali ini sebanyak 10 kumpulan telah mengambil bahagian iaitu, tiga kumpulan dalam kategori Barzanji & Marhaban, tiga dalam kategori Kompang, dua dalam kategori Nasyid Traditional dan dua dalam kategori Nasyid Moden.

Kumpulan yang berjaya menjadi johan dan akan mewakili Daerah Kunak ke peringkat zon ialah Unit Belia Masjid Kampung Getah (Barzanji & Marhaban), Al-Faruq SMU (Kompang), Nur Insani, Kampong Kabog (Nasyid Traditional) dan Sinar Kampong JKR Lama (Nasyid Moden).

1 comment:

Latarapik said...

Nampaknya tidak semua kampong menghantar wakil, mungkin kurang promosi agaknya. Dengar khbar banyak kumpulan belia masjid yang agak aktif di Kunak dan agak menghairankan penyertaan tidak seberapa. Harap-harap Omen ada ikut dalam team nasyid Kg Kabog tu.