Monday, April 6, 2009

MESJID BARU UNTUK KAMPONG SKIM COCOS

Sebuah mesjid baru akan dibina di Kampung Skim Cocos, Kunak tidak lama lagi. Perkara ini dinyatakan oleh YB Encik Nilwan Kabang dalam satu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung pada pagi Isnin 6 April 2009 di kampung tersebut. Dalam respon beliau terhadap keluhan penduduk kampung yang menyatakan bahawa surau yang ada sudah tidak dapat menampung jemaah terutama pada hari Jumaat, beliau berkata bahawa pihak kerajaan memang sudah membuat perancangan bersama MUIS (Majlis Ugama Islam Sabah) untuk membina mesjid baru di kampung itu.

Dalam majlis yang sama YB menyarankan agar penduduk kampung mengkaji kemungkinan untuk mengusahakan projek homestay bagi memenuhi permintaan penginapan oleh pelancung-pelancung yang berkunjung ke Daerah Kunak. Banyak tempat di daerah ini telah dikenalpasti berpotensi untuk dijadikan tarikan pelancung yang secara langsung akan membantu menaikkan taraf ekonomi penduduk setempat. Pada masa kini, para pelancung terutama yang berasal dari bandar lebih mengutamakan menginap di homestay untuk menikmati udara segar dan merasai sendiri kedamaian persekitaran desa.

Turut hadir di majlis ini ialah Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Luar Bandar, Penolong Pengarah Komuniti Bistari Negeri Sabah, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Kunak dan Kakitangan UPKR Kunak, Pegawai Jabatan Kesihatan Kunak, Pegawai Penerangan Daerah Kunak dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. Majlis dianjurkan oleh Komuniti Bistari Kampung Skim Cocos, Kunak.

3 comments:

La Bahri said...

Ini sudah bagus, harap-harap "ketidakmampuan" masjid/surau menampung jamaah berlaku dalam banyak keadaan, bukan hanya setahun dua kali.... (time raya jak), pasal kalau kayu pengukurnya dibuat berdasarkan dua kali setahun itu saja, maka banyaklah masjid baru yang perlu dibina di N51. Pembinaan Masjid Baru perlu juga disusuli dengan program untuk mengimarahkannya, dan saya yakin wak-wak di Kg Skim Cocos mampu untuk merealisasikannya.

aKuNakJaya said...

Satu keadaan yang jauh berbeza di antara Surau KG SKIM COCOS dengan Surau KG CENDERAWASIH. Kalau di SKIM sudah tidak dapat menampung jemaah, sebaliknya di CENDERAWASIH, lengang setiap Jumaat. Jadi bagi penduduk di CENDERAWASIH, utk dapat yg lebih AFDAL, trpaksa ke lain-lain Kampun untuk solat Jumaat. Dulu ada juga tawaran utk Kg Cenderawasih buat mesjid, tapi tidak ada tapak. Itu zaman Dt Jasa Hj Rauddah.

hazmie amie said...

Masalah surau cenderawasih dah satel dah..yang masalahnya perancangan penubuhan mesjid yang dimaksudkan sampai sekarang belum terlaksana lagi...