Saturday, April 25, 2009

ADUN KUNAK GIGIH MEMPERJUANG NASIB MASYARAKAT

KOTA KINABALU: Dalam persidangan Dewan Undangan Negerei Sabah yang berlangsung dari 16 hingg 22 April 2009, ADUN N51 Kunak, Encik Nilwan Kabang telah mendapat perhatian besar dari lain-lain ahli dewan, exco negeri dan menjadi tumpuan media. Ini adalah kerana, baik ucapan bahas mahupun soalan-soalan yang beliau kemukakan adalah tertumpu kepada usaha untuk memakmurkan masyarakat Daerah Kunak khasnya dan Negeri Sabah amnya. Disamping itu, tidak pernah kedengaran dari bibir beliau kata-kata kesat yang mengutuk atau merendah-rendahkan sesama insan.

Utusan Borneo (22 Apr ,09- ms 3) antara lain memetik sebagai berikut:
... Menurutnya (Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kevudayaan dan Alam sekitar) disebakan kekangan siling peruntukan dalam pelaksanaan projek RMK9, Kementerian Pelajaran tidak dapat melaksanakannya (program ubahsuai dan naiktaraf pendidikan seluruh negara) secra menyeluruh.
"Bagaimnaapun, tiga buah sekolah di Kunak menerima pembinaan bilik darjah kabin iaitu SK Mostyn, SK Pangi dan SK Kampung Selamat. Mengikut kontrak, projek ini dijangka siap pada September tahun ini.
"SK Tun Fuad, SK Binuang, SK Skim Cocos dan SK Kunak Jaya juga disenaraikan dalam fasa kedua untuk menerima pembinaan bilik darjah kabin dan projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan RMK9"
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Kunak, Nilwan Kabang yang bertanyakan tentang apakah langkah-langkah pihak Kementerian Pelajaran dalam menangani masalah ketidaksempurnaan prasarana sekolah seperti kerusi, meja yang rosak serta patah dan tandas yang tidak dibaiki.

The Sabah Times (23 April '09-ms 2) pula melaporkan:
...Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakatdan Hal Ehwal Pengguna Herbert Timbon Lagadan berkata, sebagai sebuah negara yang mengamalkan "Masyarakat Penyayang" adalah menjadi tanggungjawab kepada ahli-ahli keluarga yang berkemampuan untuk membantu dan menjaga ibubapa mereka.
"Bagaimanapun sekiranya seorang berumur di bawah 60 tahun, dan disahkan oleh Jabatan Kebajikan sebagai berada dalam keadaan miskin maka bantuan boleh diberikan di bawah skim Bantuan Am.
"Sekiranya pemohon mengidap penyakit kronik dan dalam keadaan terlantar maka bantuan lain akan disalurkan termasuk Bantuan Penjagaan Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan
 Pesakit Kronik Terlantar yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan. Bantuan berkenaan akan dibayar atas nama penjaga kepada pemohon," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Kunak Nilwan Kabang, pada sesi soal jawab persidangan di Dewan Undangan Negeri, disini, kelmarin.
    Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan ADUN Kunak yang ingin tahu apakah jenis bantuan yang akan diberikan kepada bapa tunggal yang mempunyai anak yang ramai tetapi tidak berkemampuan, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun berkata:
"Bapa tunggal juga layak menerima bantuan. Mereka yang berumur 60 tahun ke atas layak menerima pelbagai bantuan am dan Bantuan Orang Tua."

  • Caption/Gambar: Apabila melawat kampung, Nilwan sememangnya suka duduk berbual dengan warga emas dan golongan yang memerlukan bantuan. Mungkinkah soalan yang ditimbulkan didorong oleh suasana sebegini?

2 comments:

Latarapik said...

Penduduk Kunak sememangnya tidak tersalah pilih ADUN. Adil, perihatin, bertanggungjawab, mesra rakyat, pendek kata ciri-ciri pemimpin sejati ada pada beliau. Penduduk Kunak amat bertuah. Semoga keperihatinan En. Nilwan dibalas Allah dengan kesejahteraan seisi keluarga agar dapat terus berkhidmat untuk penduduk Kunak. Terima kasih YB.

Note to KUNAKIANS: We like to see more photos on future articles as photo and picture could talk straight to heart.

Lamporre said...

Salam,

Selain penambahbaikan dan peningkatan mutu prasarana pendidikan, satu lagi projek yang kerap diperkatakan oleh masyarakat marhain di kebanyakan tempat terutama di ceruk desa ketika ini ialah pengwujudan Pusat Teknologi Maklumat (bekalan komputer berinternet lah tu). Pusat ini boleh diwujudkan di balai-balai raya atau surau dengan sedikit pengubahsuain bagi membina bilik khas untuk tujuan ini. Antara dua hingga 5 buah komputer dibekalkan tertakluk kepada kapasiti penduduk dengan pengawasan JKKK atau AJK Surau. Kos laluan perkhidmatan internet pada 6 bulan pertama diperuntukkan oleh kerajaan sementara memberi ruang dan peluang kepada JKKK/AJK memikirkan kaedah mendapatkan sumber kewangan bagi kesinambungan pembiayaan. Mungkin pungutan RM1 untuk satu rumah setiap bulan mampu mengatasi masalah ini.

Satu lagi perkara yang sudah terdapat YB terutama di Semenanjung yang berani menyahut cabaran, iaitu mewujudkan Pusat Aduan Wakil Rakyat. Pusat ini berfungsi menerima segala aduan rakyat termasuk cadangan, bantahan, permohonan sokongan/bantuan hatta kritikan yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran wakil rakyat setempat. Pusat ini kelak yang akan menyalurkan segala permasalahan itu kepada pihak/jabatan yang berkaitan. Misalnya masalah jalan rosak disalurkan kepada JKR, masalah air kepada JBS dan sebagainya. Pusat ini juga yang akan buat follow up setiap perkara yang telah dipanjangkan kepada pihak berkenaan dan kemudian memberi maklum balas kepada pengadu. Ini termasuk memberi penerangan tentang permasalahan, misalnya jika sesuatu permohonan untuk melaksanakan projek tidak diluluskan maka pusat ini akan menerangkan sebab keinginan dan permohonan tidak terpenuhi atau kenapa sesuatu perkara/isu itu dilaksanakan. Dalam masa sama, pusat ini menjadi pemudah cara dan menunjuk ajar akan tatacara atau prosedur yang perlu dilakukan bagi memastikan permasalahan yang timbul dapat diatasi.

Memang tidak mudah melaksanakan pusat seperti ini kerana sudah barang tentu ketidakpuasan senantiasa wujud kerana kita tidak mampu memuaskan hati semua orang pada satu masa. Dalam masa yang sama kehendak manusia yang tidak terbatas tidak akan pernah terpenuhi lalu akan senantiasa wujud permintaan dan keinginan. Namun sekurang-kurangnya rakyat marhain punya ruang untuk menyampaikan aduan, rintihan dan kehendak mereka, dan ada pula pihak yang sudi mendengarnya. Soal terpenuhi atau tidak, itu adalah persoalan susulan.

Ironinya, sudah ada YB yang berani menyahut cabaran tersebut dan berani menerima resiko "sakit kepala", Kerana kesakitan itulah yang menambah sokongan rakyat kepada mereka.