Pemimpin masyarakat Kunak mahukan
kesinambungan pembangunan di bawah kepimpinan Barisan Nasional, seperti yang
dikecapi selama ini. Beberapa orang ketua kampong dan pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) di sini memberitahu bahawa pembangunan
di Daerah Kunak amat ketara terutama dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Simpang Empat - "Pekan Satelit Kunak" |
Ketua kampung Kampung Hampilan, Haji
Ahmad Wahab berkata, sebahagian besar sistem infrastruktur dan kemudahan asas yang diperlukan
penduduk seperti jalanraya, bekalan elektrik dan bekalan air telahpun
dinaiktaraf dan diperbaiki dari masa ke semasa.
“Tidak semua masalah dapat di atasi
sepenuhnya pada sesuatu masa,” kata Haji Ahmad mengulas kenyataan Ketua
Perhubungan PKR Silam di sebuah akhbar tempatan (Daily Express 07 April 2013) baru-baru ini yang mendakwa kepimpinan
BN Kunak tidak dapat menyelesaikan banyak masalah di daerah ini, terutama
berkaitan hal tanah dan peluang pekerjaan. Haji Ahmad berkata menghadkan skop
peluang pekerjaan terhadap sesuatu daerah adalah cara pemikiran yang sempit. Katanya,
skop peluang pekerjaan harus dilihat secara menyeluruh di peringkat nasional,
dan kadar pengangguran negara pada tahap 3.0 % adalah antara yang paling rendah
di seluruh dunia.
Laporan akhbar itu juga memuatkan
kenyataan pemimpin pembangkang tersebut sebagai berkata bahawa jika PKR
memenangi kerusi DUN Kunak dalam pilihanraya mereka akan memberikan keutamaan
dalam bidang pertanian dan peluang pekerjaan.
“Kedua-dua perkara itu bukanlah
sesuatu yang baru kerana sudahpun dimajukan, dan saya yakin akan terus
ditingkatkan oleh kerajaan BN,” kata Encik Samporna, ketua kampong Kampung Selamat.
Pengerusi JKKK Kampong Cenderawasih,
Encik Eydel Abah pula mengakui keberkesanan agensi-agensi kerajaan yang
berkenaan di Daerah Kunak dalam membantu meningkatkan pendapatan dan taraf
hidup golongan petani dan peladang. Katanya, agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan
Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan bukan sahaja membantu para petani
meningkatkan hasil tanaman, malah memperluas ke perusahaan hiliran yang telah
melahirkan ratusan pengusaha dalam bidang industri asas tani (IAT). “Kemunculan
perusahaan-perusahaan sedemikian bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada
pemilik, bahkan kepada semua penduduk,” jelas Eydel.
Produk Industri Asas Tani Daerah Kunak diperagakan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sabah 2011 |
No comments:
Post a Comment