Saturday, July 2, 2011

KUNAK BUMI LELUHUR - Episod 1: Dari Ethiopia ke Tingkayu


Batu lahar berongga boleh ditemui di mana-mana di Daerah Kunak, sebuah daerah yang terletak di pantai timur Sabah. Penduduk daerah ini pada amnya tahu hubungan batu-batan ini dengan kesuburan tanah pertanian yang mereka usahakan, ada segelintir yang tahu asal usulnya, namun amat sedikit yang menyedari hubungan eratnya dengan sejarah penjelajahan dan kependudukan umata manusia di bumi nusantara.

Kira-kira 30,000 tahun dahulu, gunung yang kini dekenali sebagai Gunung Mostyn, telah meletup dan memuntahkan lahar ke segenap penjuru meliputi keseluruhan kawasan Daerah Kunak dan sekitarnya. Kesan dan fenomena aktiviti magma yang mengalir di bawah bumi Daerah Kunak dapat dilihat pada terowong kartz di Mostyn, kolam air panas di Sungang, Kolam Air Masin di puncak bukit di Tingkayu dan Kolam Lumpur di Binuang.
Lahar dari Gunung Mostyn yang mengalir ke barat daya telah menutupi laluan sebatang sungai, iaitu Sungai Tingkayu. Air sungai melimpah membanjiri kawasan pamah di sekitarnya. Maka terbentuklah sebuah tasik dengan anggaran keluasan 100 kilometer persegi. Di tepi tasik flora tumbuh subur. Ia menjadi padang ragut bagi haiwan-haiwan herbivor yang menarik pula haiwan-haiwan karnivor datang mencari mangsa. Pelbagai spesis ikan air tawar membiak dengan banyaknya.
Pada 150,000 tahun SM sekumpulan manusia zaman purba meninggalkan tanah kelahiran umat manusia di Afrika dengan menyeberang selat ke Yaman. 

Dari sana keturunan mereka berpecah haluan, generai demi generasi, menuju ke segenap penjuru bumi yang mudah mereka lalui. Selepas lebihkurang 120,000 tahun, iaitu sekitar 28,000 tahun SM, sekumpulan umat manusia, yang dianggarkan sebagai generasi ke 3,000 tiba di tepi Tasik Tingkayu. 

Melihat kekayaan sumber semulajadi di kawasan itu yang boleh menampung kehidupan, maka mereka mengambil keputusan untuk mendirikan penempatan di sekitar tasik ini.

2 comments:

Kunak Press said...

menariknya, banyak batu-batan di Kunak jika ada pihak yang berani manfaatkannya boleh digunakan untuk menceburi perusahaan membuat tembok daripada batu, umpamanya gabungan batu dan simen diadu dan kemudian disusun elok dan dicat. Sesuai utk membuat tembok atau pagar rumah mengikut saiz tertentu, juga sesuai untuk hiasan lanskap kawasan pejabat atau premis perniagaan.

Orang Kunak sebenarnya beruntung kerana Tuhan mengurniakan pelbagai khazanah semulajadi yang boleh digarap melalui "mekanisme daya fikir" yang membantu dalam janaan ekonomi mereka selain memanfaatkan khazanah itu daripada terbiar.

putriaidatuladriana said...

Salam..satu info yang menarik yg perlu di ketahui olah masyarakat kunak...