Saturday, July 16, 2011

Belia Diminta Tubuhkan Pasukan Futsal Daerah Kunak

Kunak, 16 Julai 2011 – Hari ini, sebanyak 20 pasukan yang terdiri daripada belia-belia berusia 30 tahun ke bawah menyertai kejohanan futsal peringkat Daerah Kunak yang berlangsung di gelanggang Futsal Kampung Getah, Kunak.

Dalam ucapan perasmian kejohanan itu ADUN Kunak, YB Datuk Nilwan Kabang menasihatkan para pemain agar menggunakan kesempatan itu bukan sekadar untuk memburu kemenangan dalam pertandingan tetapi juga untuk mengukuhkan perpaduan antara pemain-pemain semua pasukan.






Datuk Nilwan juga meminta penganjur agar memilih dari kalangan pemain-pemain 20 pasukan itu untuk membentuk satu pasukan yang boleh diketengahkan sebagai Pasukan Futsal Daerah Kunak dalam kejohanan-kejohanan antara Daerah.
Kejohanan dianjurkan oleh kumpulan belia yang diketuai oleh Encik Hamid Bin Harun dan Encik Anil Ajeet Singh.

1 comment:

jack said...

pemilihan mesti adiL dan tepat,,,
kalau boleh senarai hitamkan
pemain yang agrasif,jangan dipilih orang2 yang sebegitu rupa kerana ini amat memalukan....sistem pengadilan juga mesti di ambiL kira kerana mutu pengadilan amat lemah,,,[ ada kursus ka jugak dorang ne ]...
saya lihat ramai player yang berbakat tapi sayang DISIPLIN AMAT MENYEDIHKAN....menyertai untuk menang pertandingan normal tapi biarlah pemenang itu bermain dengan bola bukan dengan emosi...


[ belia kunak ]