Saturday, April 9, 2011

Satu Lagi Ciri Jelas Yang Membezakan Telur Tiruan Dengan Telur Asli

Kemungkinan terdapatnya telur tiruan dijual bercampur dengan telur asli tidak boleh diketepikan. Ini bererti, tidak mustahil di antara 30 butir telur dalam sekotak yang kita beli di pasaran, kemungkinan terdapat beberapa butir telur tiruan. Oleh itu, setiap kali membuka kulit telur untuk digoreng atau dimakan selepas direbus, hendaklah kita pastikan ianya betul-betul telur asli agar kita tidak termakan bahan yang bukan sahaja memudharatkan kesihatan tetapi mungkin juga mengandungi 'gelatin' dari haiwan yang diharamkan.

Satu daripada ciri telur asli yang belum dapat ditiru oleh 'pembuat telur tiruan' ialah lapisan kulit tipis atau membren yang terdapat pada telur asli seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Telur Asli mempunyai lapisan kulit dalam atau membren yang tipis
tetapi tidak pada telur tiruan




1 comment:

kunakpress.blogspot said...

kalau telur ada tiruan, tetapi ayam hidup mustahil hasilkan telor tiruan. Inilah kerja-kerja manusia yg suka meniru resam ayam...

jaga-jagalah wahai manusia yang sampai hati melukakan hati ayam kerana menghasilkan "telur ayam tiruan"