Peristiwa yang digambarkan oleh ND Lala dalam lagunya Diari YB memang ada kebenarannya, sekurang-kurangnya ia berlaku kepada YB yang benar-benar berjiwa rakyat. Dihimpit masa untuk memenuhi jemputan, temujanji disamping tugas resmi. Keletihan minda dan fizikal untuk mendengar keluhan dan mencari jalan penyelesaian masaalah rakyat.
Berikut adalah secebis rutin harian yang biasa dilalui oleh ADUN Kunak, Datuk Nilwan Kabang.
Berikut adalah secebis rutin harian yang biasa dilalui oleh ADUN Kunak, Datuk Nilwan Kabang.
Pada Sabtu 2 April 2011, kira-kira pukul 7:20 malam hujan lebat telah turun mencurah-curah disertai dengan angin kencang. Hujan berterusan dan lebihkurang dua jam kemudian, saya mendapat panggilan telefon memberitahu bahawa YB Datuk Nilwan Kabang beserta beberapa orang pegawai dan kakitangan kerajaan telah turun ke kawasan yang dilanda banjir kilat di sekitar Kampung Getah dan Kampung Sungai Langgas.
Pada pandangan saya, Datuk Nilwan yang belum pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan jantung awal tahun ini, telah mendedahkan kesihatannya kepada risiko yang tinggi, kerana bimbang akan keselamatan penduduk di kawasan yang terjejas banjir tersebut. Beliau telah turun untuk memastikan langkah-langkah sewajarnya diambil untuk menghulurkan bantuan kecemasan kepada penduduk bila diperlukan.
Gambar-gambar berikut yang di-email-kan oleh Encik Halid Harun, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kunak kepada saya, menunjukkan keadaan pada malam itu.
Keadaan sejuk pada bahagian kaki boleh menyempitkan pembuluh darah menyebabkan agihan aliran darah tidak sekata dan tertumpu ke bahagian tubuh yang lebih hangat |
Pada awal pagi keesokan harinya pula YB perlu berangkat ke Kota Kinabalu untuk memenuhi temujanji dengan seorang pengarah pada pagi Isnin, 4 April dan kembali lagi ke Kunak pada sebelah petang untuk bertemu rombongan penyelidik yang bercadang menubuhkan stesen penyelidikan di daerah ini. Di sebelah malam, selain daripada menerima kunjungan penduduk yang datang meminta surat sokongan dan sebagainya, YB melayan tetamu dari UKM Bangi dengan jamuan makan malam.
Rumah Datuk Nilwan di Kunak sememangnya tidak berpagar, dan mudah bagi sesiapa sahaja untuk berkunjung. Awal pagi keesokan harinya, seperti dalam lagu ND Lala, sudah ramai tetamu menunggu. Selepas itu, dalam pukul 10:30 pagi, YB bermesyuarat pula dengan pengerusi-pengerusi JKKK sehingga pukul 3:20 petang. Oleh kerana terlambat makan tengahari, keadaan fizikal YB yang belum pulih sepenuhnya kelihatan amat lemah, maka barulah YB meminta izin orang-orang di sekelilingnya untuk berehat.
Kepada yang ada cita-cita untuk menjadi ADUN Kunak, itulah segelintir "tip of the iceberg" yang perlu tuan/puan sanggup lalui bila bergelar YB untuk kawasan N51 Kunak.
No comments:
Post a Comment