Monday, April 4, 2011

Air Terjun Sri Bahagia Kunak

Tidak ramai penduduk Kunak yang mengetahui kewujudan air terjun tiga tingkat ini. Ia terletak di kawasan Kampung Sri Bahagia. Saya hanya mendapat tahu tentang tempat ini setelah Pengerusi JKKK kampung tersebut, Encik Abdul Rahman Pase, menunjukkan gambar di bawah ini. 





Oleh kerana saya belum melihatnya sendiri maka saya tidak dapat memberikan gambaran terperinci mengenainya. Insya Allah setelah membuat lawatan dalam waktu terdekat ini, saya akan menceritakan mengenai Air terjun Sri Bahagia itu dengan lebih lanjut.

4 comments:

darkis said...

Salam tuan kunakian...
saya amat tertarik dengan foto air terjun ini, harap segala info mengenainya dapat dikongsikan dgn seberapa segera...sebenarnya sejak dibangku sekolah lagi saya sudah pernah mendengar mengenai air terjun ini..tetapi blm bekersempatan untk kesana...jadi harapannya klu boleh dlm bulan Mei ini...sya hendak kesana...merakam sebanyak boleh panorama yg indah buat tatapan pencinta alam di luar sana...

putri aidatul adriana said...

salam,semasa menuntut dalam tingkatan 5,saya pernah sampai ke air terjun tersebut bersama dengan rombongan KELAB EKSPLORASI smk kunak pada tahun 1985.

Kunakian said...

@darkis: Kalau tiada komitmen lain waktu itu, mungkin kita boleh buat lawatan bersama rombongan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat.

@putri aidatul: 1985 - saya mengajar di smk Kunak, tapi mungkin tidak di kelas sdri.

darkis said...

ya tuan...satu cadangan yg baik dan saya amat menghargai pelawaan tersebut. saya akan balik kunak pada 1 & 2hb Mei ini sempena cuti sekolah...dan klu jadi nnt harap dpt info lebih awal takut ada hal lain pula...