Kunak 21 September 2012 - Kumpulan Shoutul Mundzir yang mewakili Daerah Lahad Datu telah muncul sebagai johan dalam kategori nasyid moden dalam Festival Kesenian Islam Peringkat Bahagian Tawau bagi tahun 1433H/2012M. Naib johan disandang oleh Kumpulan Fawwaz dari Tawau manakala tempat ke-3 diraih oleh Kumpulan Nur Hikmah dari Semporna. Festival yang diadakan di Dewan Sri Kunak, Kunak itu menyaksikan 3 kumpulan bertanding dalam kategori tersebut dan juga tiga kumpulan dalam kategori nasyid tradisi.
Johan dalam kategori nasyid tradisi ialah Kumpulan Qaisarah yang mewakili Daerah Tawau, naib johan ialah Kumpulan Shoutul Umairah dari Daerah Kecil Tungku manakala tempat ke-3 disandang oleh Kumpulan As-Syabah dari Daerah Semporna.
Shoutul Mundzir Johan Nasyid Moden |
Qaisarah Johan Nasyid Tradisi |
Dalam ucapan perasmiannya Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N51 Kunak, Yang Berhormat Datuk Nilwan Kabang menyeru para hadirin, khususnya generasi muda Islam untuk mendalami ilmu agama, memperteguh aqidah dan memperkasa daya-saing agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam.
YB Datuk Nilwan menyampaikan Ucapan Perasmian |
Dalam kata-kala aluan yang dimuatkan dalam Buku Aturcara program tersebut YB Datuk Nilwan menjelaskan, "Merujuk kepada pengisian program ini iaitu Marhaban, Kompang dan Nasyid maka dapatlah kita simpulkan bahawa cabang seni yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam festival ini ialah yang berkaitan dengan muzik atau irama.
"Program seperti ini memang wajar diadakan kerana persepsi mengenai muzik Islam di kalangan masyarakat kita lazimnya tidaklah begitu positif. Hal yang demikian terjadi kerana muzik sering dikaitkan dengan hiburan, manakala hiburan pula acapkali dikaitkan dengan kelalaian dan tingkahlaku berfoya-foya.
Persepsi sedemikian sebenarnya tidaklah tepat bahkan berdasarkan prasangka semata-mata tanpa mengetahui terlebih dahulu pengertian yang mendasari seni muzik itu sendiri.
"Muzik sebenarnya bersifat neutral. Ia bergantung kepada manusia yang mencipta, mencorak, mengalun dan menggabungkannya serta bagaimana ia dapat dimanfaatkan oleh manusia. Memang jelas apabila muzik itu boleh menyusahkan hati, mengacaukan fikiran dan keharmonian serta membangkitkan nafsu maka sudah tentu ia adalah batil. Namun jika muzik itu boleh menaikkan semangat juang, mengingatkan manusia kepada Tuhan dan mendekatkan diri kepada Allah maka tentulah ia adalah hak."
Datuk Nilwan berharap semoga program tersebut dapat membantu merangsang penghasilan seni muzik serta irama yang bermanfaat yang mampu membawa umat manusia kearah mematuhi segala perintah Allah serta menjauhi segala laranganNya.
Dalam program ini juga JHEAINS telah booth pameran mengenai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan tersebut termasuk bimbingan cara memohon pengsijilan halal untuk pengusaha industri makanan.
Wargakerja JHEAINS menerangkan prosedur memohon Pensijilan Halal kepada pengunjung booth pameran JHEAINS |
YB Datuk Nilwan mengisi tabung derma Rohingya |
Paluan Kompang yang menggabungkan 5 buah kumpulan kompang dari 5 daerah (Kunak, Tawau, Lahad Datu, Semporna & Tungku) |
Keputusan Pertandingan Marhaban dan Berzanji
Johan : Shoutul Khalij (Lahad Datu)
Johan : Shoutul Khalij (Lahad Datu)
Naib Johan : Al-Falah (Tawau)
Ketiga : Belia Masjid Kg Bangau-Bangau (Semporna)
Keputusan Pertandingan Kompang
Johan : Gema Sabdi (Semporna)
Johan : Gema Sabdi (Semporna)
Naib Johan : Shoutun Najah (Tungku)
Ketiga : Nur Falah (Tawau)
No comments:
Post a Comment